Nota Penjodoh Bilangan nota penjodoh bilangan

Jaya558940 226 views 47 slides Feb 10, 2025
Slide 1
Slide 1 of 47
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23
Slide 24
24
Slide 25
25
Slide 26
26
Slide 27
27
Slide 28
28
Slide 29
29
Slide 30
30
Slide 31
31
Slide 32
32
Slide 33
33
Slide 34
34
Slide 35
35
Slide 36
36
Slide 37
37
Slide 38
38
Slide 39
39
Slide 40
40
Slide 41
41
Slide 42
42
Slide 43
43
Slide 44
44
Slide 45
45
Slide 46
46
Slide 47
47

About This Presentation

nota


Slide Content

 PENJODOH BILANGAN 
1

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama
yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan
digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga,
dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan
contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh
Bilangan
Kegunaan Contoh
angkatan
untuk sekumpulan
manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis,
penulis
baris
untuk kedudukan
benda/manusia yang
berbaris
orang, kedai, rumah,
pokok, tulisan, ayat,
meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan
benda-benda yang
panjang atau tinggi
sungai, lilin, galah, tiang,
pen, pokok, gigi, tongkat,
kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil
yang berkeluk atau
melengkung
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda
yang dlikat bersama-
sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda atau
tempat yang terbentang
luas
tanah, kain, sawah,
permaidani, layar, kebun,
tikar
biji
untuk buah-buahan,
benda-benda yang
bulat, dan benda-benda
yang kecil
labu, lobak, kubis, terung,
bola, cawan, guli, belon,
ketupat, batu, telur, gelas
bilah
untuk benda-benda
yang tajam
parang, pisau, golok,
gunting, sabit, keris
blok
untuk bangunan yang
besar dan bertingkat-
tingkat
pejabat, pangsapuri,
bangunan
bongkah
untuk benda-benda
yang berbongkah
ais, kayu
botol
untuk benda-benda
yang dlisi ke dalam botol
susu, kicap, air minuman

 PENJODOH BILANGAN 
2

buah
untuk benda-benda
besar dan padu, yang
tidak mempunyai bentuk
yang tertentu
bandar, negeri, kampung,
pulau, banglo, rumah,
jambatan, sekolah, beg,
komputer, papan kekunci,
radio, mesin basuh,
kereta, motosikal, basikal,
songkok, perigi, kotak,
kamus, dompet, …..
buku
untuk benda-benda
yang keadaannya
berketul
sabun, roti, benang
bungkus
untuk benda-benda
yang diletakkan dalam
bungkusan
sebungkus nasi
butir
untuk benda-benda
yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras,
peluru
carik
untuk kain atau kertas
yang dicarik
kain, kertas
cawan
untuk air yang
diletakkan di dalam
cawan
air, teh, kopi ....
cebis
untuk benda-benda
yang dikoyakkan atau
serpihan
kain, kertas, kaca
cekak /
gemal
untuk benda bersaiz
secekak jari
secekak sirih, padi
colek
untuk benda-benda
yang dicolek
sambal, sos
cubit
untuk benda yang
diambil sedikit dengan
jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda
yang dicucuk dengan lidi
sate

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar

 PENJODOH BILANGAN 
3

di bawah.





1 Pak Karim menebang
pokok itu dengan
se__________ kapak yang
tajam.
A bilah
B buah
C batang
D butir

2 Saya terjumpa se_______
jam tangan yang cantik di
dalam bilik itu.
A biji
B buah
C bentuk
D butir

3 Encik Samad mempunyai
se__________ tanah yang
luasnya dua puluh hektar
di kampung itu.
A baris
B buah
C bidang
D carik
Soalan 4 berdasarkan gambar
di bawah.





4 Di bandar itu, terdapat
banyak _______ bangunan
pencakar langit.
A blok
B bongkah
C angkatan
D bidang

Soalan 5 berdasarkan gambar
di bawah.





5 Kak Salmah memberikan
beberapa __________
gula-gula kepada adiknya.
A biji
B cebis
C bungkus
D buah

6 Saya membeli enam
__________ telur dari
kedai runcit.
A biji
B baris
C buah
D bentuk

7 Karim sedang memanggang
lima belas __________
sate untuk pelanggannya.
A gugus
B biji
C cucuk
D batang

 PENJODOH BILANGAN 
4


8 Di kedai itu, hanya tinggal
beberapa __________
tikar sahaja.
A buku
B baris
C bidang
D batang

Soalan 9 berdasarkan gambar
di bawah.





9 Di tepi perhentian bas itu
terdapat se__________
tiang lampu.
A bilah
B buah
C baris
D batang

10 Mei Mei menjerit kerana
terduduk di atas
se__________ jarum.
A buku
B cebis
C bilah
D butir

11 Dua __________ kerusi di
bahagian hadapan tempat
duduk itu dikhaskan untuk
tetamu jemputan.
A bilah
B batang
C bentuk
D baris

12 Pak Leman pulang dari
ladang dengan menjunjung
se__________ kayu api.
A bilah
B buah
C berkas
D buku

Soalan 13 berdasarkan
gambar di bawah.




13 Mak Tijah memasukkan
se__________ garam ke
dalam masakannya.
A cubit
B biji
C cucuk
D cekak
14 Puan Maisarah membeli
beberapa __________
benang emas untuk
membuat tekat pada cadar
baldu itu.
A biji
B buku
C butir
D cekak

15 Dua __________ keris
tersilang pada dinding
rumah Encik Hamid.
A bilah

 PENJODOH BILANGAN 
5

B biji
C baris
D batang

16 "Berapakah harga se_____
buah kelapa ini?" tanya
Pak Budin sambil
menunjuk ke arah
longgokan kelapa di tepi
jalan itu.
A butir
B biji
C colek
D buah

17 Puan Barhah membeli
beberapa __________
coklat untuk membuat
gubahan yang ditempah
oleh pelanggannya.
A biji
B cubit
C bungkus
D bongkah

18 Maznah mengambil
se_______ perca kain
untuk menampal kainnya
yang koyak.
A bungkus
B colek
C carik
D bidang

19 Pak Andak mengasah dua
_________ pisau sehingga
tajam.
A batang
B bilah
C cucuk
D cubit

20 Dia begitu kenyang setelah
menghabiskan se_______
durian.
A biji
B baris
C buah
D bongkah

21 Masih terdapat beberapa
__________ tanah sawah
di kampung saya yang
tidak diusahakan.
A buah
B baris
C bentuk
D bidang
22 Tukang masak itu
memasukkan se________
serbuk perasa ke dalam
kari ayam itu untuk
menyedapkan rasanya.
A cucuk
B cubit
C bungkus
D carik

Soalan 23 berdasarkan
gambar di bawah.





23 Aidil membaling beberapa

 PENJODOH BILANGAN 
6

__________ guli ke dalam
sungai.
A biji
B buah
C butir
D batang

24 Pak Haron mempunyai
se__________ tanah yang
luasnya tiga hektar.
A blok
B baris
C bidang
D batang

25 Se________ cincin berlian
itu berharga RM2,000.
A cebis
B bongkah
C colek
D bentuk

Soalan 26 berdasarkan
gambar di bawah.





26 Gajah sedang mengangkat
se__________ kayu balak
menggunakan belalainya.
A buah
B batang
C bongkah
D butir

27 Banjir kilat telah
menyebabkan beberapa
__________ jalan raya
terpaksa ditutup.
A buah
B blok
C batang
D baris

Soalan 28 berdasarkan
gambar di bawah.





28 Se__________ tentera
udara itu sedang menjalani
latihan payung terjun.
A baris
B angkatan
C berkas
D buku

29 Dua __________ tayar
keretanya terpaksa ditukar
kerana sudah haus.
A biji
B butir
C buah
D bentuk

30 Hasliza membeli se______
sabun di kedai Pak Mail.
A buah
B buku
C biji
D berkas

 PENJODOH BILANGAN 
7


Penjodoh
Bilangan
Kegunaan Contoh
das
untuk bunyi letupan
atau tembakan.
tembakan
deret
untuk benda-benda
yang tersusun
bangunan, rumah, kedai,
kereta
ekor
untuk semua jenis
binatang
nyamuk, semut, kuda,
buaya, musang, gajah,
arnab, rama-rama
gelas untuk air yang diisi di
dalam gelas
air, susu
gelung /
lingkar
benda yang berlingkar
ubat nyamuk, tali, dawai,
rotan
genggam
untuk benda-benda
yang digenggam
pasir, beras, padi
gerombolan untuk kumpulan
penjahat
penjahat, samseng,
pengganas, perusuh
gugus
untuk buah-buah
ataupun benda sama
jenis yang dikumpulkan
dalam satu ikatan
anggur, langsat, kelapa
sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda
yang bergulung
filem, permaidani, tikar,
dawai, kertas
gumpal
untuk benda yang
berkepul atau berketul
tanah, darah, asap
helai
untuk benda-benda
yang nipis dan lebar
kain, baju, seluar, sapu
tangan, singlet,
selendang, selimut,
tuala, sarung, kertas,
kertas tisu, daun,
bendera, bulu burung
hidang
untuk kumpulan
makanan dan minuman
yang disajikan
kuih-muih, lauk-pauk
hiris/ iris
untuk benda-benda
yang dipotong nipis
bawang, timun, daging,
buah-buahan

 PENJODOH BILANGAN 
8

ikat
untuk benda-benda
yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur,
papan
jambak
untuk benda-benda
yang bertangkai atau
berangkai-rangkai
bunga, kunci
jambangan
untuk bunga di dalam
pasu atau belanga.
bunga
jemput
untuk benda-benda
yang diambil dengan
hujung jari
nasi, garam, gula, ikan
bilis, udang kering
kajang untuk benda-benda
yang lebar
atap, kertas
kaki
untuk benda-benda
yang bertangkai
payung, cendawan,
bunga
kalung untuk benda yang
disusun kalung (rantai)
bunga, mutiara
kandang
untuk haiwan di dalam
kandang
kerbau, kambing, lembu,
kuda
kapur
untuk sirih yang
dibubuh kapur.
sirih



Latihan 2
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu memasukkan beberapa
__________ halia ke
dalam masakannya.
A hiris
B gugus
C jambak
D kapur

2 Perompak bank itu
melepaskan beberapa
__________ tembakan
sebelum melarikan diri.
A gulung
B jemput
C das
D deret

3 Ibu membeli tiga _______
sayur di pasar tani.
A naskhah
B keping
C tandan
D ikat

 PENJODOH BILANGAN 
9


4 Mak cik menyuruh saya
mencabut beberapa
__________ uban di
kepalanya.
A ekor
B gulung
C gelung
D helai
5 Puan Liew membawa
se__________ payung
kerana hari hendak hujan.
A deret
B kaki
C jambak
D kandang

6 Adik mengambil dua
__________ beras lalu
diberi kepada burung itu.
A gugus
B genggam
C gumpal
D gerombolan

7 Mak Timah kehilangan
se__________ kunci
semasa pulang dari pasar.
A gelung
B jambangan
C jambak
D gumpal

8 Puan Hayati memotong
beberapa __________
bawang lalu dimasukkan
ke dalam masakannya.
A hiris
B helai
C kaki
D hidang

9 Pemuda itu mengambil
se__________ kertas tisu
lalu mengelap tangannya.
A helai
B gumpal
C gugus
D ikat

10 Di langit kelihatan
se__________ awan hitam
berarak perlahan-lahan.
A gumpal
B genggam
C gugus
D deret

11 Encik Lim meminta
se__________ tali untuk
mengikat kayu.
A gelung
B ikat
C gulung
D gerombolan

12 Beberapa __________
daun telah gugur di
halaman rumah.
A gumpal
B gugus
C kalung
D helai

13 Pak Mat menjual
se__________ rambutan

 PENJODOH BILANGAN 
10

gading itu dengan harga
RM5.
A ikat
B jemput
C bentuk
D kajang

14 Datuk membeli se_______
dawai mata punai untuk
membuat reban ayam
serama.
A gumpal
B gugus
C gelung
D keping

15 Fuad memetik empat
__________ langsat yang
telah masak di belakang
rumah neneknya.
A kajang
B gumpal
C kaki
D gugus

16 Anuar membeli se______
bunga ros untuk ibunya
sempena menyambut Hari
Ibu.
A kapur
B jambak
C gugus
D kaki

Soalan 17 berdasarkan
gambar di bawah.




17 Se__________ rumah
kedai musnah dijilat api
dalam kebakaran
semalam.
A gerombolan
B kajang
C deret
D kandang

18 Pemburu itu berjaya
menembak se__________
harimau yang ganas.
A kalung
B das
C gugus
D ekor

19 Emak membeli beberapa
__________ kain baru di
kedai kain itu.
A kajang
B helai
C deret
D ikat

20 Muhamad melemparkan
se__________ padi ke
arah ayam -ayam
peliharaannya.
A gelas
B genggam
C gumpal
D gugus

21 Beberapa titik darah ayam
katik di atas meja itu

 PENJODOH BILANGAN 
11

dilapnya dengan
se__________ kain basah.
A gumpal
B kalung
C helai
D gelung

22 Ibu membeli se_________
anggur dan sebiji tembikai
di pasar malam.
A jambak
B jambangan
C gugus
D genggam

23 Di bawah katil itu ada tiga
__________ tikar yang
dibuat daripada daun
mengkuang.
A gulung
B deret
C lingkar
D gelung

24 Beberapa __________
bulu ayam berterbangan
ditiup angin.
A kapur
B helai
C kaki
D hidang

25 Kakak membeli se_______
bunga kekwa untuk emak.
A ketul
B jambak
C kajang
D kaki

26 Sebaik-baik sahaja sultan
tiba, kedengaran tembakan
meriam sebanyak dua
puluh satu __________.
A gerombolan
B ikat
C das
D gugus

27 Nur Syawal minum
se__________ susu
sebelum tidur.
A hiris
C hidang
B gelas
D deret

28 Tiga __________ sayur
sawi itu berharga seringgit.
A kalung
B ikat
C helai
D gelas

29 Ruang tamu di rumah Mak
Long dihiasi dengan
beberapa __________
bunga orkid.
A helai
B genggam
C jambangan
D kaki

30 Untuk memagari
kebunnya, Pak Cik Rashid
telah membeli beratus-
ratus __________ kawat

 PENJODOH BILANGAN 
12

berduri.
A gumpal
B gulung
C gelung
D genggam



Penjodoh
Bilangan
Kegunaan Contoh
kawan untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah,
gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan
manusia, haiwan, dan
benda
burung, awan, pulau,
bintang
kepal
untuk benda-benda yang
dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang
nipis atau pipih
roti, biskut, kuih, kad,
gambar, setem, lencana,
foto, papan, disket, cakera
padat, atap, tanah …….
kepul
gumpalan asap atau
awan yang tebal.
asap, awan
kerat
untuk bahagian benda-
benda yang dipotong
tebu, kayu, buluh, rotan
ketul
untuk benda-benda yang
berketul dan padu
batu, ais, tanah liat, ikan,
daging, tulang, kuih,
arang, roti, sabun ….
kotak
untuk benda-benda yang
diisikan di dalam kotak
mancis, rokok, pensel
warna
kumpulan
untuk manusia atau
haiwan yang berada
dalam kumpulan
pelajar, pemuda,
pengakap, pekerja,
perompak, burung, itik,
gajah, harimau ……
kuntum untuk semua jenis bunga mawar, melati, anggerik
laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar
untuk benda-benda yang
lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang
berada dalam longgokan
sampah, durian, pakaian,
tanah, cili

 PENJODOH BILANGAN 
13

mangkuk
untuk makanan yang
diisi ke dalam mangkuk
sup, bubur, pengat
naskhah
untuk bahan bacaan
yang berjilid
surat khabar, risalah,
majalah, makalah, buku
orang untuk manusia
guru, jururawat, doktor,
pekedai, runcit, posmen
pangsa
untuk bahagian dalam
buah durian.
durian
papan
untuk benda-benda yang
berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan
manusia yang
berpasangan
merpati, kasut, sepatu,
sarung kaki, selipar,
cermin mata, anting-
anting, kekasih, suami
isteri ……
pasukan
untuk sekumpulan orang
yang berpakaian
seragam
pemain bola sepak, polis,
tentera pengakap
patah untuk perkataan perkataan, kata
petak
untuk sawah, bendang,
tanah
sawah, bendang, tanah

Latihan 3
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Adik memetik tiga _______
bunga di taman itu.
A kuntum
B longgok
C keping
D pangsa

2 Beberapa __________
burung sedang terbang di
udara.
A kepal
B laras
C pasang
D kawan

3 Se______ anggota bomba
sedang bertungkus-lumus
untuk memadamkan
kebakaran.
A pasukan
B kawan
C longgok
D kumpulan

4 Ibu menghadiahi abang

 PENJODOH BILANGAN 
14

se__________ kasut
berjenama Adidas
sempena hari jadi abang.
A kotak
B pasang
C petak
D longgok

Soalan 5 berdasarkan gambar
di bawah.




5 Se__________ lembu
ternakan sedang meragut
rumput di padang yang
terbiar itu.
A orang
B kawan
C pasukan
D pasang

6 Dia tidak dapat bercakap
walau se__________ pun
apabila ditanya kerana
ketakutan.
A petak
B pangsa
C papan
D patah

7 Semasa berada di puncak
Gunung Kinabalu, Suffian
telah memakai empat
__________ baju supaya
tidak kesejukan.
A lapis
B lembar
C laras
D keping

8 Dalam serbuan ke gudang
lama itu, pihak polis
merampas lima _________
senapang patah yang
digunakan pemburu haram
itu.
A kawan
B kuntum
C pangsa
D laras


Soalan 9 berdasarkan gambar
di bawah.




9 Terdapat se__________
pasir di hadapan pintu
masuk sekolah.
A longgok
B pasang
C petak
D kerat

10 Ibu menghidangkan tiga
__________ sup di atas
meja makan.
A naskhah
B mangkuk
C pasang
D kotak

 PENJODOH BILANGAN 
15

11 Siew Eng mengambil
beberapa _______ gambar
semasa lawatannya ke
Pulau Langkawi.
A petak
B keping
C laras
D lembar

12 Ayah memakai se_______
baju Melayu yang lengkap
pada majlis hari raya itu.
A pangsa
B pasang
C papan
D patah

13 Sehari se_______ benang,
lama-lama menjadi kain.
A longgok
B laras
C kelompok
D lembar

Soalan 14 berdasarkan
gambar di bawah.





14 Ayah menghadiahkan
se__________ baju kurung
kepada Aliya bersempena
dengan hari jadinya yang
ke-12.
A pasang
B pangsa
C papan
D lembar

15 Emak membeli empat
__________ petai dengan
harga dua ringgit.
A keping
B lembar
C petak
D papan

16 Se__________ lebah
membuat sarang di pohon
kekabu di tepi jalan itu.
A kawan
B kumpulan
C pasukan
D pasang

17 Dia mengambil se_______
mancis dari dapur
rumahnya.
A kotak
B petak
C patah
D kerat

18 Kassim membawa dua
__________ roti ke
sekolah untuk dimakan
pada waktu rehat.
A papan
B keping
C kerat
D kuntum

Soalan 19 berdasarkan
gambar di bawah.

 PENJODOH BILANGAN 
16






19 Emak menghadiahi kakak
se__________ anting-
anting emas pada hari
perkahwinan kakak.
A pangsa
B kotak
C pasang
D keping

Soalan 20 berdasarkan
gambar di bawah.





20 Aizat membantu se______
nenek melintas jalan.
A pasukan
B ketul
C orang
D pasang

21 Di dalam kotak itu masih
ada tiga _________ cakera
padat yang belum
digunakan lagi.
A kerat
B keping
C kotak
D naskhah

22 Panjang rencana ini
mestilah tidak kurang
daripada 80 __________
kata.
A kerat
B papan
C petak
D patah

23 Se_______ papan dinding
rumahnya telah reput
dimakan anai-anai.
A keping
B petak
C ketul
D papan

24 Sekumpulan budak nakal
melemparkan beberapa
__________ tanah liat ke
dinding rumah Pak Malek.
A ketul
B keping
C kepul
D kepal

25 Se__________ lelaki telah
ditangkap kerana
mengemis di tepi jalan.
A pasukan
B pasang
C orang
D ketul

26 Se__________ anggota
polis telah berkejar ke
tempat kejadian itu.
A pasang
B kelompok

 PENJODOH BILANGAN 
17

C kumpulan
D pasukan

27 Anjing itu sedang
menggonggong se_______
tulang.
A keping
B ketul
C patah
D laras

28 Aminah membeli beberapa
__________ bunga ros
untuk dibuat gubahan.
A pasang
B ketul
C kuntum
D mangkuk

29 Pak Sudin membeli enam
__________ roti canai
untuk sarapan.
A keping
B ketul
C papan
D kerat

30 Kakak melanggan
beberapa __________
majalah setiap bulan.
A kerat
B keping
C kepal
D naskhah

Penjodoh
Bilangan
Kegunaan Contoh
pintu
untuk bangunan yang
mempunyai beberapa
pintu
rumah, kedai
potong
untuk benda-benda yang
sudah dipotong
kek, kuih, roti, nanas,
tembikai, betik, oren,
daging
pucuk
i. untuk surat atau
benda-benda yang
tajam hujungnya
ii. untuk senjata api
surat, jarum, rebung,
pistol, meriam, senapang
puntung
untuk sebahagian benda
yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkai untuk ayat yang
berangkai-rangkai
doa, lagu, madah
rangkap untuk perenggan puisi pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang
halus, labuh, dan
bersirat
jala, jaring, pukat

 PENJODOH BILANGAN 
18

ruas
untuk benda yang
beruas-ruas
tebu, buluh, jari, rotan
rumpun /
perdu
untuk tumbuhan yang
tumbuh rapat-rapat
serai, tebu, buluh, padi,
lalang, rumput, daun
pandan
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
suap
untuk makanan yang
dijemput dan
dimasukkan ke mulut
roti, nasi
tandan
untuk buah-buahan yang
bertandan
pisang, kelapa, pinang,
kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan,
bunga-bungaan, dan
daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga,
padi, daun
teguk
untuk air yang sedang
diminum
air, teh, kopi
timbun
untuk himpunan benda
yang bertindih-tindih
pasir, tanah, batu,
manggis, sampah
tingkat
untuk bangunan yang
bertingkat
kedai, bangunan, rumah
titik / titis
untuk cecair yang
menitis
air, darah, dakwat,
embun, air mata
tongkol
untuk buah yang
bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan
yang berulas-ulas
limau, durian, cempedak,
nangka, langsat,
manggis, bawang putih
untai
untuk benda yang
berangkai-rangkai
rantai manik, kalung
mutiara, tasbih, pantun,
sajak, syair
urat
untuk benda-benda yang
halus dan panjang
rotan, benang, dawai, tali,
gelang
utas
untuk benda-benda yang
panjang dan berurai
benang, tali, dawai, rantai


Latihan 4

 PENJODOH BILANGAN 
19

Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar
di bawah.





1 Pak Nayan sedang
menebar se__________
jala.
A urat
B rangkap
C rawan
D ruas

2 Di hadapan rumah datuk
ada dua __________
mempelam.
A pohon
B rangkai
C tangkai
D urat

Soalan 3 berdasarkan gambar
di bawah.





3 Posmen itu menyerahkan
se_________ surat kepada
saya.
A pucuk
B untai
C tongkol
D teguk

4 Guru meminta setiap murid
menulis se__________
pantun.
A bilah
B rangkap
C pasang
D biji

5 Roti itu tidak boleh
dimakan lagi kerana
terkena beberapa
__________ dakwat.
A teguk
B titik
C ulas
D timbun

6 Datuk saya sakit tenat, dia
tidak berselera untuk
makan walaupun
se__________ nasi.
A suap
B pintu
C rumpun
D teguk

7 Ayah mengambil
se__________ kuih lapis
lalu memakannya.
A pucuk
B potong
C timbun
D suap

Soalan 8 berdasarkan gambar

 PENJODOH BILANGAN 
20

di bawah.





8 Encik Tham membeli
beberapa __________
jagung di pasar tani itu.
A tangkai
B timbun
C tongkol
D ulas

9 Polis menjumpai beberapa
__________ pistol di
pondok usang itu.
A pucuk
B timbun
C tingkat
D rangkai

10 Di tepi jalan terdapat lima
__________ batu halus
untuk dibuat jalan.
A tongkol
B tangkai
C timbun
D rumpun

11 Pekebun itu menjual
sepuluh se__________
pisang kepada Encik Chan.
A untai
B tandan
C tangkai
D timbun

Soalan 12 berdasarkan
gambar di bawah.





12 Bapa saya membeli
se__________ pisang
untuk keluarga kami
sebagai pencuci mulut
selepas makan malam.
A utas
B ulas
C sikat
D tandan

13 Para penonton terpegun
apabila mendengar Salina
mengalunkan se________
syair.
A tangkai
B utas
C potong
D rangkap

14 Ibu membubuh beberapa
__________ nila ke dalam
air di dalam baldi itu untuk
menila baju sekolah adik.
A ruas
B titik
C pucuk
D potong

Soalan 15 berdasarkan
gambar di bawah.

 PENJODOH BILANGAN 
21





15 Ayah makan tiga
__________ durian
bersama dengan pulut
yang ditanak oleh ibu.
A utas
B ulas
C timbun
D ruas

16 Beberapa __________
rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B ruas
C potong
D pucuk

17 Pak Cik Yusof mempunyai
beberapa __________
rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B tingkat
C untai
D rangkai

18 Mak andam menyuapkan
se__________ pulut
kuning ke mulut pengantin
perempuan semasa majlis
persandingan.
A teguk
B suap
C rawan
D urat

19 Siti mengikat bungkusan
itu dengan se__________
tali.
A ulas
B utas
C ruas
D pucuk

20 Ayah membeli se________
rantai emas untuk emak
semalam.
A ruas
B utas
C urat
D rangkai

21 Shamsiah muntah-muntah
setelah makan beberapa
__________ cempedak
goreng yang dibeli dari
warung Pak Ali.
A utas
B ulas
C ruas
D untai

22 Sheng Kian terjumpa
se__________ rambut di
dalam nasi lemak itu.
A urat
B utas
C suap
D teguk

23 Azli makan se__________
tembikai sebagai pencuci
mulut.

 PENJODOH BILANGAN 
22

A potong
B puntung
C ruas
D tangkai

24 Dia hanya sempat minum
se___________ teh kerana
sudah terlewat ke sekolah.
A tangkai
B teguk
C suap
D rangkai

25 Alia memetik se_________
bunga mawar di taman
mak ciknya.
A rumpun
B perdu
C tangkai
D tongkol

26 Di tepi sungai itu terdapat
se__________ buluh.
A ruas
B rumpun
C rangkap
D rawan

27 Ibu memasukkan beberapa
__________ bawang putih
ke dalam minyak panas itu.
A urat
B utas
C untai
D ulas

28 Suhaili membeli se______
kalung mutiara untuk
ibunya.
A tompok
B tangkai
C ruas
D untai

29 Hamizah tidak suka makan
durian walaupun se_____.
A ulas
B usul
C utas
D urat

30 Ibu Osman menanam
beberapa _______ serai di
belakang rumahnya.
A pohon
B batang
C rumpun
D ulas
Latihan 5
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Kumari mengambil dua
__________ kek untuk
sarapan paginya.
A potong
B cubit
C baris
D ruas

2 Kedai buku itu menjual
ratusan __________ surat
khabar setiap hari.
A gumpal
B bungkus

 PENJODOH BILANGAN 
23

C naskhah
D keping

Soalan 3 berdasarkan gambar
di bawah.





3 Pak Din membajak sawah
dengan menggunakan dua
__________ kerbau jantan.
A ekor
B biji
C buah
D tandan

4 Pengunjung ke Pameran
Kesenian Islam itu
berpeluang melihat dua
__________ manuskrip
lama yang ditulis dengan
tangan.
A gelung
B naskhah
C bentuk
D baris

5 Selain pistol, polis juga
menemui beberapa
__________ peluru dalam
serbuan itu.
A biji
B ruas
C butir
D buah

6 Dia menulis menggunakan
se__________ pen
berwarna hitam.
A biji
B buah
C batang
D tangkai

Soalan 7 berdasarkan gambar
di bawah.





7 Melly Yeo menghadiahi
Cikgu Riezam se________
hadiah.
A biji
B ketul
C jambak
D bungkus

Soalan 8 berdasarkan gambar
di bawah.





8 Nelly sedang menulis
se__________ surat
kepada rakannya di Kedah.
A untai
B pucuk
C keping
D naskhah

 PENJODOH BILANGAN 
24

9 Fazilah telah mengirim tiga
__________ surat kepada
tunangnya.
A helai
B pucuk
C biji
D kajang

10 Perompak yang
bersenjatakan se________
pistol itu mati ditembak
oleh polis.
A utas
B pucuk
C bilah
D bentuk

11 Pak Cik Seman memikul
se__________ rotan untuk
dijual di Pekan Sabtu.
A ruas
B berkas
C gugus
D tandan

12 Kumar pun mengambil
se__________ cangkul
untuk membuat beberapa
batas sayur.
A ikat
B rawan
C kaki
D batang

13 Berat timbangan dua puluh
__________ pisang itu
ialah seratus kilogram.
A biji
B sikat
C sisir
D tandan

14 Dia membawa pulang dua
__________ kayu api
untuk dijual.
A rumpun
B berkas
C titik
D buah
15 Rokiah membawa se_____
buah semasa melawat ke
rumah saudaranya.
A biji
B kotak
C timbun
D bakul

Soalan 16 berdasarkan
gambar di bawah.





15 Halimah membeli se_____
minyak tanah di kedai Pak
Atan untuk diisikan ke
dalam pelita.
A titik
B ulas
C botol
D teguk

Soalan 17 berdasarkan
gambar di bawah.

 PENJODOH BILANGAN 
25





17 Pak Cik Baharom
menebang se__________
pokok di belakang
rumahnya.
A ruas
B lingkar
C batang
D rumpun

18 Karim menerima se______
surat daripada kakaknya
semalam.
A helai
B pucuk
C keping
D naskhah

19 Azman membeli se______
payung di pasar mini itu.
A buah
B kaki
C batang
D pucuk

20 Nelayan itu membawa dua
_________ jala ke sungai.
A untai
B lapis
C pasang
D rawan

21 Di tepi rumah nenek ada
tiga __________ pokok
serai.
A rumpun
B ranting
C longgok
D batang

22 Baju abang terkena
beberapa __________
dakwat hitam.
A titik
B tompok
C kaki
D bekas

23 Kim Suan membeli dua
__________ akhbar dari
kedai buku itu.
A naskhah
B buku
C lembar
D helai

24 Bungkusan itu diikat
dengan se__________ tali
supaya tidak mudah
terbuka.
A utas
B ruas
C ulas
D urat

25 Kamal sedang membaca
dua __________ pantun
yang ditulis oleh gurunya.
A cebis
B rangkap
C butir
D pucuk

 PENJODOH BILANGAN 
26

26 Se__________ garam
dimasukkan ke dalam
bubur kacang itu untuk
menambah keenakannya.
A cubit
B bungkus
C genggam
D gumpal

27 Alina menghadiahi Cikgu
Chin se_________ bunga.
A ikat
B jambak
C cucuk
D ketul

28 Ayah menyuruh abang
membeli dua __________
filem.
A gulung
B keping
C gelung
D botol

29 Adik telah makan dua
__________ jagung yang
dibeli di pasar malam.
A ulas
B tongkol
C buah
D batang

30 Kejadian tanah runtuh itu
telah menyebabkan
beberapa __________
jalan ditutup kepada lalu
lintas.
A batang
B buah
C butir
D baris
Latihan 6
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar
di bawah.





1 Nenek menggoreng dua
__________ pisang untuk
hidangan pada waktu
petang.
A ulas
B butir
C sisir
D tandan

2 Yusniza telah membubuh
se__________ garam ke
dalam gulai itu.
A biji
B cubit
C keping
D genggam

Soalan 3 berdasarkan gambar
di bawah.

 PENJODOH BILANGAN 
27



3 Azman sedang menelefon
ibunya di se__________
pondok telefon awam.
A bidang
B batang
C buah
D unit

4 Ramli sedang membasuh
se__________ kasut.
A pasang
B utas
C kuntum
D tongkol

Soalan 5 berdasarkan gambar
di bawah.





5 Ibu membelikan adik
se__________ buku cerita.
A bilah
B buah
C buku
D potong

6 Pak Hashim menggunakan
se__________ jala untuk
menangkap ikan.
A rawan
B helai
C pasang
D kerat
Soalan 7 berdasarkan gambar
di bawah.





7 Pihak polis menemukan
beberapa __________
pistol semasa
menggeledah rumah itu.
A das
B butir
C pucuk
D jambak

8 Adik memelihara beberapa
__________ kucing.
A kawan
B ulas
C orang
D ekor

9 Pengacara majlis itu
menyampaikan se_______
pantun sebagai pembuka
majlis.
A rangkap
B puntung
C papan
D lembar

10 Se________ benang boleh
digunakan untuk menjahit
beberapa helai baju.
A kaki
B buku
C pangsa

 PENJODOH BILANGAN 
28

D baris

11 Kim Han membaling
beberapa __________
pasir ke dalam sungai.
A tandan
B longgok
C genggam
D kuntum

12 Lengan baju pegawai itu
terkena beberapa _______
dakwat merah.
A potong
B titik
C cubit
D gugus

13 Pemburu itu menggunakan
beberapa __________
peluru untuk menembak
rusa.
A bilah
B laras
C butir
D das

14 Petani itu memberikan
sepuluh _________ jagung
kepada kami.
A ruas
B baris
C tongkol
D orang
15 Budak itu makan dua
__________ nangka
sebagai pencuci mulut.
A ulas
B papan
C gelung
D utas

16 Beberapa __________
lalang telah tumbuh di
halaman rumah Amir.
A rumpun
B longgok
C jambak
D untai

17 Penjual itu menggantung
beberapa ________ pisang
di hadapan kedainya.
A pohon
B tangkai
C sikat
D lembar

18 Pesakit itu makan kurang
daripada lima __________
nasi setiap hari.
A cucuk
B suap
C pucuk
D cebis

19 Abang membawa dua
__________ joran untuk
memancing di tasik itu.
A utas
B batang
C bentuk
D urat

20 Anna membuat sulaman
bunga-bunga pada

 PENJODOH BILANGAN 
29

se_________ sapu tangan.
A keping
B lembar
C helai
D bidang

21 Shasha membuat sulaman
itu dengan beberapa
__________ benang emas
dan perak.
A helai
B untai
C lembar
D utas

22 Lina memasang beberapa
__________ lilin bagi
menerangi biliknya.
A buah
B puntung
C kaki
D batang

23 Di sekolah itu ada sepuluh
_________ komputer yang
dilengkapi dengan internet.
A biji
B bentuk
C buah
D kotak
24 Beberapa __________
peserta ekspedisi itu masih
terkandas di Gua Musang
akibat banjir.
A angkatan
B pasukan
C pasang
D orang

25 Puan Yong memasukkan
se__________ pakaian
yang kotor itu ke dalam
mesin basuh.
A longgok
B kawan
C rumpun
D kelompok

26 Sesisir pisang itu
mengandungi dua belas
___________ pisang.
A buah
B batang
C biji
D tangkai

27 Pak Majid menebang
pokok itu dengan
se__________ kapak.
A bilah
B batang
C keping
D bentuk

28 Se__________ tentera
sedang berkhemah di kaki
bukit ini.
A pasukan
B gerombolan
C kumpulan
D kawan

29 Daripada se__________
pisang itu, dia hanya
mengambil sesisir saja
untuk dimakan.

 PENJODOH BILANGAN 
30

A gugus
B tangkai
C jambak
D tandan

30 Ibu memasukkan
se_________ garam ke
dalam masakannya.
A cubit
B carik
C cebis
D kepal














Latihan 7
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Alin membelek -belek
se__________ rantai emas
dengan penuh minat.
A urat
B bentuk
C utas
D lingkar

2 Puan Rahmah
memasukkan beberapa
__________ durian ke
dalam periuk yang berisi
santan itu.
A utas
B buah
C biji
D ulas

3 Beberapa __________
buah durian Pak Halim
masih belum terjual.
A timbun
B kelompok
C kumpulan
D longgok

4 Setiap pengunjung ke
pusat memancing itu
dibenarkan membawa dua
__________ pancing.
A kaki
B pucuk
C batang
D bilah

5 Nenek memerlukan
beberapa __________
rotan untuk membuat bakul
ini.
A urat
B utas
C untai
D rawan

6 Mereka duduk di pangkin

 PENJODOH BILANGAN 
31

itu dengan beralaskan
se__________ tikar
mengkuang.
A bidang
B lembar
C keping
D rawan

7 Lampu suluh ini
memerlukan tiga
__________ bateri yang
bersaiz besar.
A ketul
B buah
C biji
D buku

8 Kamil hanya sempat
minum se__________ air
sebelum bas sekolahnya
datang.
A teguk
B hiris
C tangkai
D tongkol

9 Teck Onn membawa
se__________ rotan untuk
membuat bakul.
A bentuk
B bilah
C butir
D berkas

10 Di tepi rumah Siong Kee
terdapat se__________
perigi.
A buah
B baris
C bentuk
D bilah

11 Puteri itu memakai
se__________ cincin
berlian yang sangat cantik.
A cebis
B carik
C bentuk
D keping

12 Kakak sedang mengarang
se__________ rantai
manik untuk saya.
A urat
B gelung
C untai
D buah

13 Perempuan itu memakai
se__________ subang
berlian.
A buah
B bentuk
C pasang
D utas

14 Hock Lian diminta oleh
gurunya membaca
se__________ pantun.
A puntung
B patah
C deret
D rangkap

15 Kim Hong memasukkan
dua __________ ais ke

 PENJODOH BILANGAN 
32

dalam air tembikai.
A kepul
B kerat
C keping
D ketul

16 Dia mencangkul dua
__________ sawah
sebelum berhenti untuk
berehat.
A petak
B potong
C kotak
D papan

17 Nenek mengambil
se__________ benang
untuk menjahit baju itu.
A gelung
B potong
C lembar
D kerat

18 Oleh sebab hari hujan, Ai
Choo memakai
se__________ payung.
A kaki
B lembar
C laras
D kapur

19 Nelayan itu membawa
pendayung dan se_______
pukat.
A puntung
B helai
C petak
D rawan

20 Ah Seng terselamat kerana
jatuh ke atas se_________
pasir.
A longgok
B mangkuk
C pasang
D genggam

21 Gopal telah menjumpai
se__________ rantai emas
di pasar raya itu.
A urat
B gelung
C utas
D bentuk
22 Se__________ posmen
telah mendapat
kecederaan apabila
dilanggar oleh motosikal.
A orang
B mayang
C pasukan
D longgok

23 Di dalam piring itu terdapat
empat __________ biskut
gajus.
A kerat
B keping
C kumpulan
D ketul

24 Kapal terbang itu lalu
berhampiran
se__________ awan.
A longgok
B gerombolan

 PENJODOH BILANGAN 
33

C bentuk
D kepul

25 Penggembala itu
membawa se__________
kambing ke padang.
A pasukan
B gerombolan
C jambangan
D kawan

26 Konduktor bas itu terjumpa
se__________ kunci di
lantai bas.
A jambak
B jambangan
C kelompok
D ketul

27 Emak membeli se_______
cincin emas di kedai Pok
Yik.
A butir
B utas
C bentuk
D buah

28 Pembalak itu menebang
pokok dengan
se__________ kapak.
A batang
B bentuk
C buah
D bilah

29 Orang tua yang sakit itu
terdaya makan se_______
nasi sahaja.
A suap
B titik
C teguk
D hidangan

30 Adik saya tertelan
se__________ guli.
A ekor
B biji
C bentuk
D ruas

Latihan 8
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Emak sedang merebus
beberapa __________
jagung di dalam periuk.
A rumpun
B timbun
C sikat
D tongkol

2 Budak itu menjerit kerana
terduduk di atas se______
jarum.
A bilah
B urat
C papan
D pucuk

3 Anjing itu menggonggong
se__________ tulang yang
dicurinya.
A ketul
B ekor
C patah

 PENJODOH BILANGAN 
34

D kalung

4 Saya minum se_________
susu sebelum pergi ke
sekolah.
A botol
B gelas
C bakul
D senduk

5 Kakak sedang mengarang
se_________ manik untuk
saya.
A lembar
B tangkai
C untai
D utas

6 Dia memetik beberapa
__________ bunga untuk
disematkan ke sanggulnya.
A kuntum
B kerat
C jambangan
D ketul

7 Pasangan pengantin itu
memakai se__________
bunga di leher mereka.
A kaki
B kalung
C gelung
D pohon

8 Se__________ anting -
antingnya telah hilang
dicuri orang.
A pasang
B pucuk
C cebis
D butir

9 Pekebun itu menanam
pokok-pokok pisang di atas
se__________ tanah.
A berkas
B petak
C genggam
D bidang

10 Ikan yang dibawanya
pulang itu, ditangkap
dengan menggunakan
se__________ jala.
A helai
B rawan
C lembar
D keping

11 Dia membawa pulang dua
__________ kayu api
untuk dijual.
A rumpun
B berkas
C titik
D buah

12 Se__________ layar
kapalnya telah koyak ditiup
angin.
A buah
B pucuk
C helai
D bidang

13 Gopal dan Kim Seng

 PENJODOH BILANGAN 
35

mengikat pencuri itu
dengan se__________ tali.
A ikat
B potong
C utas
D jambak
14 Budak gemuk itu dapat
menghabiskan lima
__________ nasi lemak.
A senduk
B bungkus
C cubit
D mangkuk

15 Pihak tentera melepaskan
beberapa __________
tembakan ke arah
pengganas itu.
A laras
B das
C patah
D kotak

16 Sapu tangan itu dijahit
dengan se__________
benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

17 “Masukkan se__________
garam ke dalam lauk itu,”
kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

18 Se______ awan mendung
berarak ditiup angin ke
arah utara.
A gugus
B kelompok
C hamparan
D kumpulan

19 Beberapa __________
pulau yang indah terdapat
di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

20 Se__________ kata pun
tidak tertulis walaupun
sudah dua jam dia
menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

21 Ayah membeli dua
__________ durian di
pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

22 Kakak menggunakan
se_________ kain sebagai
pembalut luka pada

 PENJODOH BILANGAN 
36

jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

23 Buku itu berharga dua
belas ringgit se_________.
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

24 Beliau memulakan
ucapannya dengan
se__________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

25 Ayah membeli dua
__________ petai di gerai
itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

26 Mazirah membeli sebatang
tebu dan memotongnya
agar setiap adiknya
mendapat se__________.
A biji
B ruas
C hiris
D ketul

27 Pemuda itu telah
menjumpai se__________
kunci sewaktu dalam
perjalanan ke perhentian
bas.
A utas
B bilah
C jambak
D rumpun

28 Beberapa _ _________
mutiara diletakkan pada
kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

29 Pemuda itu membeli
se_________ surat khabar
mingguan di kedai Ali.
A keping
B lembar
C naskhah
D helai

30 Naemah mengambil
se__________ isi ikan
terubuk bakar yang masih
panas itu.
A ekor
B cubit
C ketul
D genggam
Latihan 9

 PENJODOH BILANGAN 
37

Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.

1 Pekerja syarikat
pembinaan itu telah
menemukan enam ______
pistol di bawah se_______
sampah di kawasan itu.
A laras ... bungkus
B pucuk ... longgok
C das ... timbun
D dentum ... bukit

2 Ibu memotong dua ______
bawang besar dengan
se__________ pisau yang
tajam.
A biji ... batang
B butir ... bilah
C biji ... bilah
D buah ... batang

3 Perompak itu telah
melepaskan beberapa
__________ tembakan ke
arah se__________ polis
yang mengepung pondok
persembunyian mereka.
A pucuk ... pasang
B laras ... angkatan
C dentuman ... kawan
D das ... pasukan

4 __________ suami isteri
itu telah membeli
se__________ tanah di
pinggir Kuala Lumpur
dengan harga yang amat
murah.
A Angkatan ... hektar
B Pasukan ... lembar
C Pasangan ... bidang
D Kumpulan ... relung

5 Ai Teen membeli
se__________ bunga yang
merangkumi beberapa
__________ bunga ros,
kekwa, dan teluki.
A jambak ... kuntum
B tangkai ... kaki
C pangsa ... kuntum
D rumpun ... pucuk

6 Anggota polis telah
menemukan se_________
wang kertas dan se______
kunci di dalam beg
penjenayah itu.
A ikat ... gugus
B keping ... kawan
C kampit ... rawan
D lembar ... jambak

7 Tuan Haji Rahman
membeli beberapa
_________ buluh dan lima
_________ kelapa di pasar
tani untuk membuat
lemang.
A ruas ... biji
B rumpun ... ulas
C batang ... butir
D batang ... buah

8 Emak memberi adik

 PENJODOH BILANGAN 
38

se__________ biskut dan
dua __________ nangka .
A ketul ... biji
B keping ... ulas
C ketul ... butir
D potong ... tongkol

9 Jamaliah membeli tiga
__________ tapai ubi dan
dua __________ lemang di
pasar malam Batu Lima.
A bungkus ... potong
B gugus ... puntung
C biji ... rumpun
D buku ... ketul

10 Rosli pergi ke Lumut untuk
membeli se__________
payung dan se__________
jala.
A bentuk ... rawan
B buah ... jambak
C kaki ... rawan
D batang ... buah

11 Kakak membaca
se__________ surat
khabar sambil makan
se__________ kek.
A naskhah ... pasang
B mayang ... potong
C naskhah ... potong
D patah ... naskhah

12 Se__________ pelancong
telah membeli dua
__________ durian dari
gerai itu.
A orang ... pasukan
B longgok ... pucuk
C pasukan ... longgok
D orang ... longgok

13 Di sudut bilik itu terdapat
se__________ tikar dan
se__________ penyapu.
A gulung ... buah
B gelung ... batang
C gulung ... batang
D gulung ... bilah

14 Di belakang rumah Suri
ada se_________ sungai
dan se__________ buluh.
A buah ... pohon
B batang ... rumpun
C bidang ... jambak
D jalur ... batang

15 Ibu hanya memerlukan
se_________ jarum dan
se_________ kain untuk
menampal seluar Aiman
yang koyak itu.
A lembar ... pasang
B bilah ... carik
C batang ... carik
D cucuk ... cebis

16 Arshad makan sepuluh
__________ sate dan tiga
__________ nasi himpit di
warung Mak Cik Gayah.
A batang ... potong
B cucuk ... ketul
C ketul ... ulas

 PENJODOH BILANGAN 
39

D bungkus ... butir

17 Sebelum pergi memancing
di jeti, ayah telah
memasukkan tiga
__________ mata kail dan
se__________ roti ke
dalam beg galasnya.
A buah ... biji
B bilah ... buku
C bentuk ... buku
D bentuk ... ulas

18 Di belakang rumah itu
terdapat se__________
serai dan se__________
pokok cempedak yang
tumbuh dengan subur.
A pasang ... pohon
B rumpun ... bidang
C batang ... baris
D rumpun ... batang

19 Intan membalut luka budak
itu dengan menggunakan
se__________ kain
sebelum menghantarnya
ke hospital dengan menaiki
se__________ kereta.
A carik ... buah
B meter ... bentuk
C helai ... biji
D lembar ... laras

20 Mak Cik Zaleha telah
membuat se__________
rantai menggunakan
beberapa __________
bunga cempaka.
A utas ... buah
B utas ... kuntum
C relung ... jambak
D gulung ... kuntum

21 Haikal telah menggunakan
se__________ tali untuk
menambat lima _________
lembu kepunyaan Pak
Kassim yang dijaganya.
A utas ... ekor
B rantai ... ekor
C gelung ... ekor
D gulung ... buah

22 Kamarul mengambil
beberapa __________
dawai dan se__________
kertas dari atas almari.
A gelung ... kajang
B gelung ... utas
C gulung ... kajang
D gulung ... utas
23 "Hidangkan se__________
biskut dan se__________
air teh kepada Puan Jun,"
kata ibu kepada kakak.
A piring ... teko
B piring ... cawan
C pinggan ... gelas
D pinggan ... teko

24 Pak Sham mengambil
se__________ jala lalu
menuju ke se__________
sungai.
A utas ... buah

 PENJODOH BILANGAN 
40

B rawan ... batang
C rawan ... buah
D utas ... buah

25 Se_________ bunga telah
dimasukkan ke dalam
se_____ pasu yang cantik.
A tangkai ... biji
B jambangan ... biji
C jambak ... buah
D kuntum ... buah

26 Hilda membeli se________
kasut dan se__________
baju dari kedai ini.
A buah ... helai
B biji ... helai
C pasang ... helai
D pasang ... buah

27 Dia mengambil se_______
kangkung dan beberapa
________ cendawan dari
peti sejuk.
A ikat ... batang
B ikat ... kaki
C batang ... kaki
D batang ... buah

28 Sebelum berangkat pulang
ke kampung, ayah
menjamah se__________
pulut kuning dan dua
__________ roti.
A jemput ... keping
B ketul ... potong
C lembar ... hiris
D gumpal ... buku

29 Zaliza membeli se______
nasi lemak dan se_______
kek di gerai itu.
A bungkus ... jambak
B potong ... raga
C bungkus ... potong
D ketul ... mayang

30 Puan Jamilah memakai
se__________ cincin dan
se__________ rantai
sebagai perhiasan diri.
A pasang ... bilah
B bentuk ... utas
C rangkap ... utas
D utas ... untai



Latihan 10
Isi tempat-tempat kosong
dengan jawapan yang paling
sesuai.

1 Saya hendak membeli
se______ sayur kangkung
dan se________ pisang
emas di pasar.
A tangkai ... gugus
B kaki ... sikat
C ikat ... sikat
D kaki ... tandan

2 Abang Fazli telah
mengirimkan se_________
pantun dan se__________

 PENJODOH BILANGAN 
41

cincin sebagai tanda
kasihnya kepada Kak
Diana.
A untai ... mata
B utas ... pasang
C rangkap ... bentuk
D rawan ... utas

3 Puan Low membeli dua
__________ anggur dan
beberapa __________
durian.
A gugus ... buah
B gugus ... biji
C jambak ... buah
D kelompok ... biji

4 “Tolong belikan saya
se__________ pisang dan
se__________ rambutan di
gerai buah-buahan itu,”
pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat ... longgok

5 “Letakkan lima _________
mangkuk dan beberapa
__________ camca di atas
meja itu,” kata Chef Wan
kepada pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

6 Maimun menggubah dua
__________ bunga mawar.
Kemudian, dia meletaknya
di atas se__________
almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

7 Pak Cik Aziz ke hutan
dengan membawa
se__________ parang dan
se__________ tali untuk
mencari rotan.
A bentuk ... lembar
B batang ... gelung
C laras ... gulung
D bilah ... utas

8 Ayah membelikan adik
se__________ langsat dan
se__________ rambutan.
A gugus ... tangkai
B gugus ... ikat
C biji ... longgok
D tangkai ... gugus

9 Atikah menghadiahi
gurunya se__________
bunga dan se__________
pena.
A kuntum ... bilah
B jambangan ... berkas
C tangkai ... pucuk
D jambak ... batang

10 Polis telah melepaskan
beberapa __________

 PENJODOH BILANGAN 
42

tembakan dengan
menggunakan lima
__________ rifel M16.
A butir ... pucuk
B das ... laras
C biji ... batang
D laras ... das

11 Dia mengutip beberapa
__________ batu lalu
dibaling ke arah se______
burung ciak itu.
A genggam ... kawan
B batang ... kumpulan
C ketul ... kawan
D kepal ... ekor

12 Kakak membeli se_______
kain songket dan se_____
tikar di Kedai Payang.
A helai ... gulung
B carik ... gelung
C cebis ... hamparan
D helai ... bidang

13 Se__________ senapang
dan beberapa __________
peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A batang ... biji
B das ... buah
C laras ... butir
D kaki ... butir

14 Berapa harga se________
ikan dan se__________
sayur sawi ini?
A bakul ... berkas
B longgok ... ikat
C berkas ... ikat
D kawan ... gulung

15 Beberapa _________ jalan
raya dan dua __________
kedai ditenggelami air
akibat hujan lebat.
A jalur ... pintu
B kaki ... baris
C batang ... deret
D baris ... buah
16 Setiap kali ayah pulang
dari kampung, dia akan
memuatkan k eretanya
dengan beberapa _______
rambutan serta beberapa
_______ kelapa.
A ulas ... sikat
B biji ... tandan
C tangkai ... tandan
D ikat ... sisir

17 Untuk memasak gulai itu,
kita perlu memasukkan
se________ asam gelugur
dan beberapa __________
bawang merah.
A potong ... biji
B hiris ... ulas
C ketul ... biji
D keping ... ulas

18 Sebelum beredar dari
rumah nenek, emak
sempat menjamah
se__________ pulut dan
memakan se__________

 PENJODOH BILANGAN 
43

sirih.
A ketul ... keping
B genggam ... helai
C potong ... lembar
D suap ... kapur

19 Tiap-tiap orang yang
menyertai aktiviti gotong-
royong itu membawa
se_________ penggali dan
beberapa ________ dawai
seorang.
A batang ... gelung
B buah ... gelung
C kerat ... lembar
D bilah ... utas

20 Emak menanam beberapa
__________ sayur dan tiga
__________ serai di
belakang rumah untuk
menjimatkan
perbelanjaannya.
A baris ... pucuk
B deret ... kelompok
C batas ... rumpun
D ikat ... jambak

21 Hanya se__________
penduduk di kawasan itu
yang mendapat peluang
masuk ke beberapa
__________ maktab
perguruan.
A gelintir ... buah
B golongan ... biji
C kelompok ... deret
D kumpulan ... baris

22 Orang tua itu memilih
beberapa _______ jagung
terbaik untuk dijadikan
benih yang akan ditanam
di se__________ tanah
terbiar.
A ulas ... kaki
B biji ... keping
C tongkol ... bidang
D buah ... kumpulan

23 Beberapa __________ lilin
dititiskan di atas
se__________ kertas
lukisan untuk
menghasilkan corak batik.
A batang ... keping
B titis ... bidang
C titik ... helai
D titik ... bidang

24 Se________ gajah sedang
mengangkat beberapa
__________ kayu balak
menggunakan belalai.
A ekor ... batang
B baris ... pohon
C kawan ... batang
D gerombolan ... buah

25 Banjir kilat telah
menyebabkan beberapa
__________ jalan raya
dinaiki air dan beberapa
__________ kenderaan
terkandas.
A buah ... buah

 PENJODOH BILANGAN 
44

B blok ... buah
C batang ... buah
D baris ... batang



Soalan 26 hingga Soalan 30.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang
menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.

26 A Beberapa kaki pokok
kelapa di belakang
rumahnya tumbang
akibat ribut.
B Pistol ayah masih
mengandungi empat
buah peluru.
C Di pelabuhan itu ada
tiga bentuk kapal
dagang dari luar
negara.
D Di atas piring itu masih
ada tiga potong kek
coklat.

27 A Kakak mengikat
bungkusan itu dengan
selembar tali.
B Sepucuk bunga ros
menghiasi sanggul
peragawati itu.
C Hanan membeli
segulung gambar
pemandangan di
pameran itu.
D Beberapa buah gelas
pecah setelah
dulangnya terjatuh ke
lantai.

28 A Sekawan tentera
sedang berbaris di
padang.
B Pemburu itu
melepaskan beberapa
das tembakan ke arah
seekor rusa.
C Dua papan cermin
tingkap itu pecah
kerana terkena sebiji
bola.
D Tiga helai gambar yang
diambilnya semalam
agak kabur.

29 I Setiap malam kami
mendengar suara aneh
dari sebuah rumah di
atas bukit itu.
II Beberapa kuntum
bunga ros di
jambangan itu sudah
layu.
III Erin tidak dapat
menjawab dengan
tepat beberapa buah
soalan Matematik itu.
IV Sebuah rumah kongsi
itu dapat memuatkan
sepuluh orang buruh
asing.
A I dan III sahaja
B ll dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D I, II, dan IV sahaja

 PENJODOH BILANGAN 
45


30 I Di dalam sampan Pak
Lajis ada serawan jala
dan sebuah bakul.
II Dua ketul butang baju
kemeja ayah sudah
tanggal.
III Datuk mengambil
segenggam beras lalu
ditaburkannya ke
tanah.
IV Empat baris pantun ini
dikarang oleh Puan
Darina.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja

 PENJODOH BILANGAN 
46



JAWAPAN
Latihan 1
1. A 6. A 11. D 16. B 21. D 26. B
2. B 7. C 12. C 17. C 22. B 27. C
3. C 8. C 13. A 18. C 23. A 28. B
4. A 9. D 14. B 19. B 24. C 29. A
5. A 10. C 15. A 20. A 25. D 30. B

Latihan 2
1. A 6. B 11. A 16. B 21. C 26. C
2. C 7. C 12. D 17. C 22. C 27. B
3. D 8. A 13. A 18. D 23. A 28. B
4. D 9. A 14. C 19. B 24. B 29. C
5. B 10. A 15. D 20. B 25. B 30. C

Latihan 3
1. A 6. D 11. B 16. A 21. B 26. D
2. D 7. A 12. B 17. A 22. D 27. B
3. A 8. D 13. D 18. B 23. A 28. C
4. B 9. A 14. A 19. C 24. A 29. A
5. B 10. B 15. D 20. C 25. C 30. D

Latihan 4
1. C 6. A 11. B 16. A 21. B 26. B
2. A 7. B 12. C 17. A 22. A 27. D
3. A 8. C 13. D 18. B 23. A 28. D
4. B 9. A 14. B 19. B 24. B 29. A
5. B 10. C 15. B 20. B 25. C 30. C

Latihan 5
1. A 6. C 11. B 16. C 21. A 26. B
2. C 7. D 12. D 17. C 22. A 27. A
3. A 8. B 13. D 18. B 23. A 28. A
4. B 9. B 14. B 19. B 24. A 29. B
5. C 10. B 15. D 20. D 25. B 30. A

 PENJODOH BILANGAN 
47


Latihan 6
1. C 6. A 11. C 16. A 21. C 26. C
2. B 7. C 12. B 17. C 22. D 27. A
3. C 8. D 13. C 18. B 23. C 28. A
4. A 9. A 14. C 19. B 24. D 29. D
5. B 10. B 15. A 20. C 25. A 30. A

Latihan 7
1. C 6. A 11. C 16. A 21. C 26. A
2. D 7. C 12. C 17. C 22. A 27. C
3. D 8. A 13. B 18. A 23. B 28. D
4. C 9. D 14. D 19. D 24. D 29. A
5. A 10. A 15. D 20. A 25. D 30. B

Latihan 8
1. D 6. A 11. B 16. A 21. A 26. B
2. A 7. B 12. D 17. B 22. A 27. C
3. A 8. A 13. C 18. B 23. C 28. B
4. B 9. D 14. B 19. C 24. C 29. C
5. C 10. B 15. B 20. A 25. B 30. B

Latihan 9
1. B 6. A 11. C 16. B 21. A 26. C
2. A 7. A 12. D 17. C 22. A 27. B
3. D 8. B 13. C 18. D 23. B 28. A
4. C 9. A 14. B 19. A 24. B 29. C
5. A 10. C 15. B 20. B 25. C 30. B

Latihan 10
1. C 6. D 11. A 16. C 21. A 26. D
2. C 7. D 12. C 17. C 22. C 27. A
3. B 8. B 13. C 18. D 23. C 28. B
4. B 9. D 14. B 19. A 24. C 29. D
5. A 10. B 15. D 20. C 25. C 30. D
Tags