pengurusan selepas menanam tanaman di ladang

salwasafiya 0 views 23 slides Sep 30, 2025
Slide 1
Slide 1 of 23
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19
Slide 20
20
Slide 21
21
Slide 22
22
Slide 23
23

About This Presentation

Selepas aktiviti penanaman, pengurusan penjagaan selepas aktiviti menanam merupakan satu aktiviti penting


Slide Content

PENGURUSAN SELEPAS MENANAM

Sulaman Anak Pokok Menyulam Aktiviti menggantikan pokok yang mati,sakit atau tidak seperti yang dikehendaki dengan pokok baharu yang subur. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih

CIRI POKOK YANG ROSAK Anak pokok tanaman menjadi kering daun gugur warna daun kekuningan ata keperangan batang/ ranting menjadi reput dan rapuh

Sulaman Anak Pokok Tujuan Menyulam Mengelakkan daripada penyakit yang boleh merebak. Mencapai tahap penanaman dan penggunaan tanah yang maksimum. Menggantikan pokok yang baru dan lebih sihat. Menepati kehendak di dalam pelan (pokok hiasan dan landskap). Mengekalkan anggaran hasil.

Cangkul Sulaman Anak Pokok Peralatan kerja menyulam Digunakan untuk menggali dan menimbus lubang penanaman. Bahagian belakang mata cangkul yang rata boleh diguna untuk memadatkan tanah yang telah ditimbus. Tong Penyiraman Tong penyiraman yang mempunyai muncung berlubang-lubang halus digunakan selepas aktiviti penyemaian keratan ke dalam polibeg/bekas semaian. Penggali (Post hole digger Digunakan semasa membuat lubang untuk menanam. ia diguna sekirang pokok yang hendak disulam memlunyai saiz polibeg yang besar seperti pokok palma hiasan. Sudip tangan Sudip tangan digunakan semasa membuat lubang untuk menanam.

Kereta Sorong Sulaman Anak Pokok Peralatan kerja menyulam Digunakan untuk membawa anak pokok dan bahan-bahan ke tempat penanaman. Pisau Didgunakan untuk mengoyak beg politena semasa aktiviti penyulaman. Pita Ukur Diguna untuk menentukan jarak tanaman yang betul dalam aktiviti penyulaman. Kayu Pancang Adalah penting untuk memastikan kedudukan pokok yang disulam tepat dan selari dengna pokok yang lain. Ia diguna bagi menanda tanaman pokok hiasan dan buah-buahan.

Sulaman Anak Pokok Teknik menyulam Membuat lubang tanaman Lubang tanaman yang dibuat dalam kerja penyulaman hendaklah bersaiz sama dengan saiz polibeg anak pokok yang baru. Sebelum membuat lubang tanaman, kayu penanda diguna untuk menentukan titik tanaman dengan tepat.

Sulaman Anak Pokok Teknik menyulam Membuat lubang tanaman dengan menggunakan skop tangan, sazi lubang lebih besar sedikit daripada saiz polibeg. Membuat lubang tanaman dengan menggunakan cangkul dan penggali untuk anak pokok yang lebih besar, saiz lubamg besar sedikit dari saiz polibeg.

Sulaman Anak Pokok Mengganti/ menyulam anak pokok baru Kayu penanda yang digunakan untuk memastikan anak pokok ditanam pada kedudukan tenagh-tengah pada lubang.

Sulaman Anak Pokok Mengganti/ menyulam anak pokok baru Kedudukan kolar anak pokok pada aras tanah. Kambus lubang tanaman, padatkan dan siram anak pokok.

Anak benih tanaman yang yang berada di tapak semaian perlu melalui proses pengerasan sebelum diubah ke ladang. Proses ini dilakukan dengan mendedahkan kepada keadaan terbuka (cahaya matahari) secaraberansur-ansur. Peringkat umur anak benih yang sesuai untuk menjalani proses pengerasan itu berbeza di antara jenis sayur. Proses ini bergantung pada lama masa anak benih itu perlu berada di tapak semaian. Secara amnya, proses pengerasan boleh dilakukan dalam masa satu minggu sebelum diubah ke ladang. Bagi semaian di ladang , tahap lindungan boleh dikurangkan berperingkat-peringkat sehingga semua lindungan dibuang. Jika di dalam rumah tanaman, bekas semaian hendaklah dikeluarkan ke tempat yang terdedah pada cahaya matahari. Pengerasan Tujuan pengerasan Teknik pengerasan Untuk memudahkan anak benih tanaman sayur-sayuran menyesuaikan diri dengan keadaan lapangan (ladang) yang lebih mencabar. Anak benih tanaman sayur-sayuranyang bersaiz kecil dan tidak tahan dengan proses pengerasandapat dikenal pasti. Untuk mempercepatkan pembentukan tisu berkayu.

A. Pengerasan anak benih buah-buahan Anak benih buah-buahan yang berjaya dicantum dan dari jenis yang sensitif kepada cahaya matahari seperti manggis, nangka, cempedak, kedondong dan durian perlu disimpan di bawah lindungan 80 % selama 1 – 2 bulan. Kemudian dipindahkan ke bawah rumah lindungan 50 % - 60 % bagi proses pembesaran. Anak benih seterusnya dilakukan pengerasan dengan cara dikurangkan lindungan kepada 25 %- 40 %. Anak benih buah-buahan dari jenis yang tahan terhadap cahaya matahari dan berbatang agak keras seperti belimbing dan manggis perlu dipindahkan ke rumah lindungan 50% sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Seterusnya dilakukan pengerasan dengan cara dikurangkan lindungan kepada 25 – 40 %. Pengerasan Teknik pengerasan B. Pengerasan anak benih tanaman hiasan Anak benih tanaman hiasan ( contoh : tanaman bunga kertas ) yang baru berjaya dibiak menggunakan keratan ranting dan berada di dalam beg plastik perlu disimpan di bawahlindungan 80 % selama 3 – 4 hari. Kemudiananak benih dipindahkan pula ke bawah rumah lindungan 50% bagi proses pembesaran. Akhirnya anak benih dilakukan pengerasan dengan cara dikurangkan lindungan kepada 25% – 40% sebelum ditanam ke lapangan . Anak benih perlu didedahkan secara berperingkat kepada cahaya matahari dan dikurangkan kelembapan supaya pokok tidak melecur apabila berada di lapangan.

Kawalan Rumpai Rumpai ialah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh dalam sesuatu kawasan tanaman Definisi yang lain : Tumbuhan yang hidup di tempat yang tidak diingini Tumbuhan yang tidak ada tempatnya Tumbuhan yang mana kegunaannya masih belum diketahui Tumbuhan yang menggangu objektif manusia dalam keadaan yang tertentu (hiasan, pengeluaran, perjalanan dan sebagainya) Definisi Rumpai

Boleh dibahagikan kepada 3 jenis : Kawalan Rumpai Jenis-jenis Rumpai Daun lebar Kebanyakannya jenis dikotilidan. Contoh yang biasa ialah ara tanah, mamam pasir, bayam pasir, paku pakis dan lain-lain. Rusiga Rumput Rumput berbatang berbentuk tiga segi ,tidak ada upih daun dan kebanyakannya terdiri daripada keluarga Cyperaceae seperti menerong. Terdiri daripada keluarga Graminea, batang bulat, selalunya berongga, ada upih daun dan beruas. Contohnya lalang, kemuncup, rumput padi burung dan lain-lain.

Kepentingan / Kebaikan Merumput Kawalan Rumpai Tiada persaingan antara tanaman dan rumpai oleh itu tanaman mendapat baja dengan sempurna dan meningkatkan produktiviti tanaman. Menghapuskan perumah bagi perosak tanaman– perumah musuh/serangga dimusnahkan dan serangan perosak akan berkurangan. Mencantikkan kawasan tanaman – keadaan sekitar lebih kemas, kelembapan dan pengudaraan tanaman lebih sempurna. Menggunakan kaedah manual. Menggunakan peralatan manual seperti parang, sabit dan cangkul. Mengunakan mekanikal / jentera kecil. Merumput dengan menggunakan jentera kecil pertanian seperti, Mesin rumput bergalas (Bush cutter). Kaedah merumput.

Kawalan Rumpai Racun rumpai sentuh Racun jenis ini disembur pada daun dan batang dan pada keseluruhan rumpai yang mengakibatkan kecederaan secara sentuh lazimnya racun ini dapat rumpai berdaun lebar, rumput, rusiga dan paku pakis. Contoh : Paraquat Jenis-jenis Racun Rumpai Racun rumpai separa serap Racun jenis ini juga disembur pada daun dan batang rumpai. Setelah disembur, bahan aktif akan bertindak di dalam daun dan akhirnya membunuh daun tersebut. Terdapat juga sedikit pergerakan bahan aktif daripada daun dan pembentukankesan racun akan terjadi apabila terkena cahaya matahari. Bahagian daun yang hijau akan berubah warna dan rumpai akan mati dalam masa beberapa hari. Contoh : Glufosinate Ammonium

Kawalan Rumpai Jenis-jenis Racun Rumpai Racun rumpai serap Racun jenis ini juga disembur pada daun dan batang rumpai. Racun bergerak dari punca yang terkena semburan ke bahagian lain rumpai. Kesan semburan dapat dilihat setelah dibiarkan beberapa hari. Contoh : Glyphosate Racun rumpai sisa tanah Racun jenis ini disembur pada tanah yang bersih daripada rumpai dan akan kekal aktif untuk beberapa waktu. Apabila biji benih rumpai bercambah akar atau pucuknya akan menyerap racun dan seterusnya akan mati. Contoh : Bensulide, metolachlor dan pendimethalin

Kawalan Rumpai Langkah keselamatan A . Semasa penyemburan Alat-alat penyembur dipastikan berada dalam keadaan elok. Tangki yang bocor boleh mencederakan pekerja. Gunakan pakaian yang sesuai seperti topi, baju berlengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung dan mata. Pastikan kadar semburan tidak melebihi kadar yang disyorkan. Jangan menyembur racun melawan arah angin kerana membahayakan pekerja. Pastikan kanak-kanak dan haiwan ternakan tidak berkeliaran ke tempat rumput yang baru disembur dengan racun. Jangan menyembur racun pada waktu panas. Basuh segera bahagian badan yang terkena percikan racun. Jangan makan atau merokok ketika menyembur racun. Selepas menyembur racun, hendaklah mandi dengan sabun. Pakaian yang digunakan untuk menyembur racun mestilah direndam dan dibasuh. Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika menggunakan racun rumpai sebagaimana berikut:

Kawalan Rumpai Langkah keselamatan Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika menggunakan racun rumpai sebagaimana berikut: B. Pembersihan alat penyembur. Tangki dan alat penyembur perlu sentiasa dijaga supaya di dalam keadaan baik. Tangki dan alat perlu di cuci setiap kali selepas digunakan. Jangan gunakan penyembur yang sama untuk semua jenis racun. Khaskan satu tangki penyembur untuk racun rumpai dan yang lain untuk racun kulat atau racun serangga. Penapis, muncung dan getah penyambung perlu diteliti supaya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bocor. Pam diteliti supaya injap penggolek atau diafragma berada dalam keadaan baik. Penyembur yang telah kering disimpan dalam stor supaya terhindar daripada terdedah kepada habuk dan keadaan lembap.

Kawalan Rumpai Langkah keselamatan Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika menggunakan racun rumpai sebagaimana berikut: C. Penyimpanan Racun Rumpai Bekas racun hendaklah disimpan dalam setor khas berkunci tetapi mempunyai sistem peredaran udara yang mencukupi. Elakkan daripada menyimpan racun bersama-sama bahan makanan dan baja . Jangan terlalu banyak menyimpan racun pada satu tempoh masa. Racun yang disimpan terlalu lama mungkin akan rosak dan akan mengurangkan keberkesanannya. Elakkan racun daripada terdedah kepada cahaya dan suhu yang tinggi. Racun perlu disimpan dalam bekas-bekas asal. D. Pembuangan Bekas Isian Racun Bekas-bekas racun yang tidak digunakan perlu dibuang dan tidak dibiarkan berselerak. Bekas-bekas racun perlu dicuci dengan bersih sebelum ditanam pada kedalaman sekuarang-kurangnya 75cm. Bekas-bekas plastik tidak boleh digunakan.

Kawalan Rumpai Langkah keselamatan Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika menggunakan racun rumpai sebagaimana berikut: D . Pembuangan Bekas Isian Racun Bekas-bekas racun yang tidak digunakan perlu dibuang dan tidak dibiarkan berselerak. Bekas-bekas racun perlu dicuci dengan bersih sebelum ditanam pada kedalaman sekuarang-kurangnya 75cm. Bekas-bekas plastik tidak boleh digunakan.

Kawalan Rumpai Aktiviti menyembur racun rumpai Alat penyembur digunakan untuk mengubah racun daripada bentuk cecair ke dalam bentuk titisan. Bagi penyembur isipadu rendah biasanya boleh menyembur pada isipadu kurang daripada 50 liter/ha dan bersifat sistemik. Bagi racun jenis sistemik, tumbuhan tidak perlu dibasahi keseluruhan kerana racun tersebut boleh diserap. Dengan semburan isipadu (ultra low volume), titisan yang kecil lebih berkesan kerana lebih mudah melekat pada pokok dan dapat mengenai keseluruhan tumbuhan terutamanya rumpai jenis kecil. Alat penyembur jenis sandang banyak digunakan kerana mudah dikendali dan tidak terlalu mahal. Cecair diisi ke dalam tangki mengikut isipadu tangki di antara 5-15 liter. Jumlah cecair dibawa dengan cara tangki disandang pada bahu atau digalas dibahagian belakang. Tangki dibuat daripada keluli tembaga, keluli nirkarat atau palstik yang lebih ringan dan senang dibawa.

Kawalan Rumpai Aktiviti menyembur racun rumpai Penyembur digerak dengan tangan dengan adanya tuil bagi mewujudkan tekanan di bahagian dalam tangki. Pam yang digunakan untuk jenis ini ialah jenis diafragma. Tuil digerak berulangkali lalu mewujudkan tekanan dalam suatu ruang. Tekanan yang wujud akan menolak cecair didalam tangki itu keluar. Ada juga penyembur yang tidak perlu dipam semasa menyembur racun tetapi sebaliknya tangki telah dipam terlebih dahulu sebelum digunakan. Jenis ini disebut sebagai “penyembur pneumatik”. Tangkinya tidak boleh diisi penuh dengan cecair. Ruangan di bahagian atas cecair adalah perlu supaya udara dapat dipamkan bagi mewujudkan tekanan dan mengekalkan pengaliran cecair melalui muncung. Biasanya terdapat suatu tanda di bahagian atas tangki bagi menandakan aras maksimum larutan yang boleh diisi. Semasa menyembur racun, tekanan di dalam tangki berkurangan dan perlu dipam semula ke dalam apabila tiada lagi tekanan.
Tags