NORHAZLINABINTIISHAK
12 views
4 slides
Oct 27, 2024
Slide 1 of 4
1
2
3
4
About This Presentation
Pidato bm bi
Size: 230.92 KB
Language: none
Added: Oct 27, 2024
Slides: 4 pages
Slide Content
1
SYARAT PERTANDINGAN
PIDATO BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS & BAHASA ARAB
1. KATEGORI PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi Islam
(IPTIM).
1.2 Dibahagikan kepada tiga kategori:
a) Pertandingan Pidato Bahasa Melayu (Siswa & Siswi)
b) Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris (Siswa & Siswi)
c) Pertandingan Pidato Bahasa Arab (Siswa & Siswi)
1.3 Setiap IPT hanya dibenarkan menghantar seorang wakil bagi setiap kategori.
2. SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan dan telah
diketahui oleh semua peserta sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum pertandingan
diadakan.
2.2 Pengundian nombor giliran dan tajuk yang akan dipidatokan akan dijalankan 30 minit
sebelum pertandingan dijalankan atau pada waktu khusus yang telah ditetapkan oleh
penganjur.
2.3 Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
2.4 Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik, agama,
perkauman, individu atau seumpamanya.
2.5 Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat bantu untuk
mengukuhkan hujah.
2.6 Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan
perkataan yang kasar atau kurang manis.
2.7 Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap pemidato seperti pitam, pengerusi
pertandingan boleh menangguhkan pertandingan pidato hingga 15 minit. Pemidato akan
dibatalkan penyertaan sekiranya tempoh tersebut berakhir.
2
3. MASA
3.1 Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit. Manakala, 3 minit pula diberikan kepada
peserta bagi pidato spontan ketiga-tiga bahasa.
3.2 Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
3.3 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke-6 menandakan masa hampir tamat.
Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke-7 menandakan masa telah
tamat dan peserta dikehendaki memberhentikan pidatonya.
3.4 Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak
memberhentikan pidato peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti walaupun masa
sudah tamat.
4. SKEMA PEMARKAHAN
4.1 ISI (54 MARKAH)
Pemidato akan diadili dari segi pengenalan, isi, penutup dan penyusunan ayat serta
rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:
a) Pengenalan mestilah menarik perhatian penonton, mengandungi definisi, dan
mengandungi rumusan bagi setiap isi.
b) Mengandungi tiga isi penting, data dan bahan yang tepat serta rumusan.
c) Merumus kesemua isi penting dan mengakhiri dengan impak yang positif.
d) Penyusunan isi menarik dan mudah difahami serta mempunyai kesinambungan yang
sesuai.
5. CARA PENYAMPAIAN & PENAMPILAN (24 MARKAH)
a) Pertuturan yang jelas dan bersemangat.
b) Bijak menggunakan lenggok suara dan nada yang jelas dalam berpidato.
c) Bijak menggunakan bahasa tubuh, bahasa isyarat dan ekspresi muka.
d) Ucapan diberikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
e) Mengekalkan hubungan mata dengan penonton.
f) Menggunakan perbendaharaan kata dan pemikiran yang bijak.
g) Tiada gangguan lisan dan bukan lisan (um, er, hm).
h) Pakaian yang menutup aurat dan tidak melanggar syarak.
6. BAHASA & ADAB (15 MARKAH)
a) Pemilihan perkataan yang sesuai.
b) Tatabahasa dan sebutan yang jelas dan terang.
c) Penggunaan bahasa yang standard.
d) Tiada kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi.
3
e) Perlakuan dan tutur kata yang sopan.
7. SPONTAN (7 MARKAH)
a) Ucapan yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.
b) Ucapan mengandungi pengenalan, isi penting dan penutup.
c) Menunjukkan struktur ayat dan tatabahasa yang sesuai.
d) Menunjukkan kelancaran dalam ucapan dan sebutan.
e) Menyampaikan ucapan dalam tempoh 3 minit.
8. SYARAT TAMBAHAN
8.1 Hakim
a) Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
b) Tiga (3) orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang
daripadanya sebagai ketua.
9. PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM:
9.1 Pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan yang
tepat serta logik termasuk penghuraiannya, persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang menyakinkan, penguasaan bahasa yang jelas dan gaya bahasa
yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan
penonton melalui tepuk sorak.
9.2 Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah.
9.3 Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
9.4 Pemidato yang melanggar peraturan syarat pertandingan akan dipotong markah,
antaranya:
a) Para peserta tidak dibenarkan menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan
politik, agama, perkauman, individu atau seumpamanya.
b) Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan
perkataan yang kasar atau kurang manis.
10.0 PENENTUAN PEMENANG
10.1 Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.
10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
10.3 Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan kepada
markah tertinggi dalam bahagian spontan. Jika masih berlaku persamaan, maka
4
markah dalam bahagian isi tertinggi akan dijadikan penentuan pemenang dan begitulah
seterusnya. Jika semuanya sama, maka pemenang akan ditentukan melalui undian.
10.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
11.0 PAKAIAN
11.1 Pakaian peserta siswa & siswi adalah mengikut identiti IPT sendiri.