UNIT 14 MENANGANI
KONFLIK IDENTITI DIRI ASAS
PEMBENTUKAN PERSONALITI
Pendidikan Moral Tingkatan 2 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Konflik identiti
Konflik identiti diri bermaksud
perselisihan atau pertentangan
dalaman individu.
Perselisihan ini juga boleh
berlaku antara individu
dengan individu yang lain
dari segi idea, kepentingan,
matlamat dan kehendak serta
perselisihan dalam mengenali
personaliti, keperibadian dan
perwatakan.
Konflik identiti
Konflik identiti diri
ini boleh terjadi
apabila tiada
keseimbangan
dalam diri
seseorang individu.
Identiti
Konflik identiti
Peringkat remaja
merupakan fasa yang
mencabar bagi seseorang
individu.
Pada peringkat inilah,
mereka mula membuat
keputusan yang akan
mempengaruhi masa
hadapan.
Mereka mula
membayangkan
persahabatan, alam
percintaan dan alam
pekerjaan
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONFLIK
IDENTITI DIRI SEBAGAI REMAJA
Kurang penghayatan agama dan
nilai-nilai murni
Tidak mempunyai jati diri yang kuat
Perasaan ingin mencuba dan ingin
tahu yang tinggi dalam diri
Selalu berasa tertekan
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh media massa
Kurang penghayatan agama
dan nilai-nilai murni
Remaja yang tidak mempunyai jati diri
dan pendirian yang kuat akan mudah
terjerumus dengan konflik identiti diri
kerana kegagalan mengawal diri
sendiri.
Tidak mempunyai jati
diri yang kuat
Remaja sememangnya
mempunyai keinginan untuk
mencuba sesuatu yang
baharu sehingga boleh
melanggar etika dan norma
hidup.
Perasaan ingin
mencuba dan ingin
tahu yang tinggi
dalam diri
Remaja
sememangnya
mempunyai
keinginan untuk
mencuba sesuatu
yang baharu
sehingga boleh
melanggar etika
dan norma hidup.
Selalu berasa tertekan
Remaja terdorong untuk
melakukan sesuatu perkara di
luar jangkaan apabila berasa
tertekan.
Pengaruh rakan sebaya
Remaja mudah terpengaruh dengan
rakan-rakan dan orang sekeliling
kerana tiada pegangan dan matlamat
hidup yang jelas.
Pengaruh media
massa
Remaja mudah
terpengaruh dengan
drama dan filem yang
berunsurkan keganasan
identiti
Zaman remaja juga merupakan
peringkat pembentukan identiti.
Ketika inilah, berlakunya proses
perkembangan dan perubahan
dalam diri seseorang yang
meliputi aspek pemikiran,
perasaan dan perlakuan.
Jika tidak dapat mengawal diri,
dikhuatiri remaja itu mudah
terpengaruh untuk melakukan
aktiviti yang tidak sihat dan tidak
bermoral.
Oleh itu, remaja perlu
menerapkan nilai-nilai moral yang
positif untuk menangani konflik
identiti diri.
CARA MENGATASI
KONFLIK IDENTITI
DIRI
Mengeratkan hubungan
kekeluargaan
Tidak melakukan perkara
yang bertentangan
dengan adat dan
budaya dalam
masyarakat
Berfikiran positif dalam
menghadapi sebarang
masalah
CARA MENGATASI
KONFLIK IDENTITI
DIRI
Mengamalkan gaya
hidup sihat dan
positif.
Berkawan dengan
individu yang positif
Selalu
mengamalkan dan
menghayati ajaran
agama
cabaran
Sememangnya, zaman remaja
merupakan tahap hidup yang
amat penting.
Walaupun pelbagai cabaran seperti
perubahan diri, perubahan mental,
perubahan fizikal, perubahan
tingkah laku dan pelbagai bentuk
rintangan ditempuh, keupayaan
remaja mengatasi cabaran tersebut
akan membentuk individu yang
berjaya.
KEPENTINGAN
MENANGANI KONFLIK
IDENTITI DIRI
Mengeratkan hubungan dengan
orang lain.
Mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara
negatif.
Menikmati hidup yang lebih
bahagia dan tenang.
Memelihara imej dan maruah
diri.
Disukai oleh orang lain.
Kesimpulan
konflik yang berlaku pada zaman remaja
merupakan satu pengalaman dan penerimaan
ilmu baharu sebelum menghadapi zaman dewasa.
Jika zaman remaja ditempuh dengan membentuk
identiti diri yang positif, mereka akan berjaya
menjadi individu yang matang dan boleh
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
dan negara.
Oleh itu, remaja perlu menghayati dan
mengamalkan nilai murni seperti rasional, berani,
berdikari dan jujur dalam membentuk individu yang
berketerampilan.