KAMIZATULLIYANABINTI
30 views
6 slides
Dec 03, 2024
Slide 1 of 6
1
2
3
4
5
6
About This Presentation
principle of marketing
Size: 70.72 KB
Language: none
Added: Dec 03, 2024
Slides: 6 pages
Slide Content
BAB 1
PENGENALAN KEPADA PEMASARAN
1.0 TAKRIF PASAR
Sebelum anda diperkenalkan dengan maksud sebenar pemasaran, adalah lebih elok
sekiranya anda mengetahui serba sedikit berkenaan dengan takrif pasaran ataupun pasar.
Ia bertujuan untuk memudahkan lagi anda memahami maksud pemasaran. Di bawah ini
ada disertakan takrif pasar yang diambil daripada beberapa sumber. Marilah sama-sama
kita mempelajarinya.
Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) mentakrifkan pasar sebagai suatu keadaan di mana
pembeli dan penjual membuat keputusan yang membolehkan pemindahan barang-barang
dan perkhidmatan. Pasar merupakan suatu kumpulan pembeli dan penjual dalam sesuatu
kawasan untuk sesuatu keluaran di suatu peringkat dalam saluran perdagangan pada
sesuatu masa yang tertentu.
Pasar adalah suatu kawasan yang di dalamnya terdapat permintaan untuk barang-barang
dan perkhidmatan, kuasa-kuasa penawaran dan permintaan yang bergerak untuk
menetapkan harga dan berlaku pertukaran barangan atau perkhidmatan. Pasaran adalah
jumlah permintaan untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan
Melalui penakrifan pasar yang telah diberikan , mungkin sekarang anda lebih bersedia
untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pemasaran.
1.1 DEFINISI PEMASARAN
Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) mendefinisikan pemasaran sebagai suatu sistem
aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi,
penentuan harga, promosi, dan pengedaran prodük bagi menggalakkan berlaku
pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yang sama
mencapai objektif organisasi.
Definisi ini menekankan bahawa pemasaran adalah satu proses sosial dan pengurusan.
Tujuan aktiviti pemasaran adalah untuk melakukan pertukaran antara dua pihak, iaitu
pembeli dan penjual dimana proses yang berlaku mestilah pertukaran yang dapat
memberikan nilai kepada pembeli dan penjual.
Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan
dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan
sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga,
pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya.
1
1.2 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PEMASARAN
Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen atau prinsip-prinsip asas yang perlu
anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain
1.2.1Keperluan, kehendak dan permintaan
Keperluan
Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal
seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu
seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga
kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan
sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar
kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan
dan diperlukan oleh pengguna.
Kehendak
Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta
personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta
mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai,
manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini
menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam
membentuk kehendak seseorang .
Permintaan
Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan
kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang
mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi
permintaan.
1.2.2Produk dan Servis/Perkhidmatan
Produk
Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan
atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk
tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja
yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk
fizikal/ketara,
Perkhidmatan
Merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak
mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Contoh : perbankan, penerbangan, perhotelan,
menggunting rambut dan banyak lagi.
2
1.2.3Nilai, Kepuasan dan Kualiti
Nilai
Biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu
produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan di
antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk
dan kos untuk mendapatkan keluaran itu. Sebagai contoh, seorang penumpang bas
sanggup membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang
lebih mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan
oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas
ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang
mereka tanggap sebelum ini.
Kepuasan
Bergantung kepada keupayaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan yang
diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau sevis. Pelanggan akan merasa
puas hati apabila jangkaan mereka itu menepati apa yang mereka jangkakan sebelum ini,
contohnya pelanggan yang membeli sabun pencuci pinggan akan merasa puas hati
apabila sabun pencuci pinggan tersebut dapat mencuci pinggan yang berminyak dengan
mudah. Pelanggan yang berpuas hati akan membuat pembelian yang berulang dan
mereka akan memberitahu pengguna lain tentang pengalaman mereka menggunakan
produk. Perkara utama di sini ialah memadankan jangkaan pelanggan dengan prestasi
produk.
Kualiti
Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM),
direka untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses pemasaran.
Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan seterusnya ke atas
kepuasan pelanggan.
1.2.4Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan
Pertukaran
Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya
dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud
pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang
pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:
i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk
ditukarkan
ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain dan
mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
3
Urusniaga
Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari
satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga merupakan
elemen utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:
I.Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak
II.Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada pihak yang satu lagi.
III.Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat penghantaran.
IV.Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak tawaran dari pihak yang
satu lagi.
V.Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan antara satu dengan lain.
Perhubungan
Perhubungan memainkan peranan yang penting di sini, di samping mewujudkan urusniaga
jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan dengan pelanggan, pengedar, wakil
penjual dan pembekal yang amat berharga kepada pemasar. Mereka ingin membina
perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh dengan menjanjikan dan menghasilkan
secara konsisten produk yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik dengan harga yang
berpatutan. Tambahan pula, terdapat anjakan di dalam pemasaran dari percubaan untuk
memaksimumkan keuntungan , kepada pembinaan perhubungan dua hala yang berfaedah
dengan pelanggan dan pihak-pihak lain. Prinsipnya adalah mudah, bina rangkaian
perhubungan yang baik dengan pihak yang berkepentingan dan keuntungan akan
menyusul kemudiannya.
1.2.5Pasaran
Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama ada apa
yang anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan maksudnya yang
sebenar. Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-
pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.
Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi
melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang
yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan
sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka
kehendaki.
Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk
bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa
ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.
4
1.3 KONSEP- KONSEP PEMASARAN
Terdapat lima perkembangan konsep pemasaran iaitu konsep pengeluaran, konsep
keluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan.
1. Konsep Pengeluaran
Konsep ini menyatakan bahawa pengguna akan membeli dan menggunakan produk yang
ada di pasaran mengikut kemampuan mereka.Oleh itu perlulah bagi pemasar
menumpukan perhatian kepada kecekapan dan menekankan pengeluaran produk secara
besar-besaran.Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak menjimatkan sumber dan
kesannya kos pengeluaran menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang
tinggi
Matlamat pemasar ialah untuk mengeluarkan barang yang diperlukan oleh pengguna
terutama barangan keperluan harian disebabkan permintaan yang tinggi dalam pasaran
Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-
keluaran yang tersedia dan berharga murah. Apa yang ditekankan ialah peningkatan
dalam kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini bersesuaian apabila:
I.Permintaan untuk sesuatu keluaran melebihi penawaran.
II.Kos pengeluaran yang tinggi dan peningkatan produktiviti adalah perlu
bagi menurunkan kos.
2. Konsep Keluaran / Produk
Konsep keluaran menganggap bahawa pengguna akan memebeli sesuatu produk atau
atau servis sekiranya produk tersebut berkualiti, mempunyai pelbagai ciri,berprestasi tinggi
dan mempunyai ciri-ciri inovatif.Aspek yang ditekankan ialah pembangunan produk secara
berterusan dengan melakukan inovasi ke atas produk.
Contohnya komputer yang berubah dari bentuk dekstop kepada bentuk netbook dan kini
dalam bentuk tablet hasil daripada usaha inovasi dan memahami kehendak pengguna.
3. Konsep Jualan
Konsep ini ialah pengguna tidak akan membeli atau memiliki sesuatu produk kecuali
organisasi pengeluaran tersebut berusaha menjalankan promosi dan usaha jualan yang
agresif. Bagi organisasi yang mengamalkan konsep ini, mereka memerlukan dana ataupun
wang yang banyak untuk melakukan program-program promosi, termasuklah
menggunakan teknik jualan keras.
4. Konsep Pemasaran
Konsep ini beranggapan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung
kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan
dengan cekap dan berkesan berbanding pesaing. Ianya lebih menekankan kepada
keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli.
5
Konsep ini menumpukan
i)berusaha untuk memenuhi kehendak konsumer
ii)pada masa yang sama perniagaan cuba memaksimumkan keuntungan
Dalam konsep ini semua usaha dalam organisasi perlulah bertumpu ke arah orientasi
konsumer.Contohnya, sebelum syarikat Perodua mengeluarkan kereta baru mereka iaitu
MYVI baru edisi 2018, mereka terlebih dahulu mengkaji berkenaan keperluan dan
kehendak pengguna, citarasa pengguna, pendapatan pengguna dan sebagainya.
5. Konsep Pemasaran Kemasyarakatan
Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan
pengguna dan masyarakat.
Pemasar perlu mempertimbangkan aspek persekitaran sumber yang terhad dalam jangka
masa panjang. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak
pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa
panjang.
Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan
dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat
mereka terus hidup. Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada
mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga
kebajikan masyarakat.
PERBEZAAN ANTARA KONSEP JUALAN DAN KONSEP PEMASARAN
Differences Sales Concept Marketing Concept
Starting point -In the factory -In the market
Firm’s focus and target-Inward, existing products-Outward upon the needs and
preferences of customer
Firm’s business -Selling goods and services-Satisfying customer’s wants
and needs
Firm’s goals and
primary method
-Profit through maximum sales
volume
-Promotion mainly through
advertisements and personal
selling
-Profit through customer
satisfaction
-Coordinated marketing
activities product decision
distribution decision and
promotion decision
6