Profesion Keguruan. Makluman untuk Bakal Guru

stephenkbpa 9 views 3 slides Jan 20, 2025
Slide 1
Slide 1 of 3
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3

About This Presentation

umum


Slide Content

Definisi
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting
dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan
masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari
masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia
Ke-9.
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi
makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan
tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi
dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab
guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi,
mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-
murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka
berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati
oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka
tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka
guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses
pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam
sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi
mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal
ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-
jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah

Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri
pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan
persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun
dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan
nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan
kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan
yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga
hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang
sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-
murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam
bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati
oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan
Tags