program pelancaran Hari Antidadah kebangsaan 2018.docx

g73319817 0 views 7 slides Feb 19, 2025
Slide 1
Slide 1 of 7
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7

About This Presentation

PPDa


Slide Content

KERTAS CADANGAN
PELANCARAN PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
PERINGKAT SK KEPONG (FRIM) TAHUN 2018
TARIKH: 5 MAC 2018 (ISNIN)
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 8.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SK KEPONG (FRIM)
Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM)
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

KERTAS CADANGAN
PELANCARAN PROGRAM HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
PERINGKAT SK KEPONG (FRIM) TAHUN 2018
1. PENDAHULUAN
Pada 19 februari 1983, kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan.
Semenjak itu 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan
yang disambut setiap tahun. Bagi memupuk kesedaran dalam kalangan
murid sekolah tentang bahaya najis dadah terhadap manusia khususnya
generasi muda pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan
sambutan ini dilaksanakan di peringkat sekolah dengan pelaksanaan
program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bertujuan menyebar
luaskan maklumat berkaitan najis dadah di samping mewujudkan kesedaran
kepada warga sekolah khususnya murid agar mereka dapat mengenali jenis
dadah dan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendedahan terhadap bahaya penyalahgunaan dadah harus dikongsikan
kepada murid supaya mereka tidak sesekali mencuba untuk mendekati
sebarang bentuk najis dadah sebaliknya sentiasa berwaspada dalam
kehidupan seharian termasuk pergaulan yang boleh menyebabkan mereka
terjerumus ke kancah najis dadah. Usaha ini diharapkan dapat membantu
melahirkan generasi akan datang bebas dari pengaruh najis dadah.
Sehubungan dengan itu, satu program kerjasama antara Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan Unit PPDa SK Kepong (FRIM) telah dilakukan bagi
melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Sambutan Hari Antidadah
Kebangsaan peringkat sekolah bagi tahun 2018.
2. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah melahirkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah khususnya murid tentang bahaya najis dadah terhadap diri mereka.
3. OBJEKTIF
3.1Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada murid dan
masyarakat sekolah tentang bahaya dadah dan kesannya terhadap
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
3.2Melahirkan generasi yang mampu mengatakan tidak kepada najis
dadah.
3.3Menyemai dan memupuk amalan gaya hidup sihat sebagai alternatif
kepada penyalahgunaan dadah.
3.4Menerapkan nilai cintakan diri, keluarga dan negara.

4. SASARAN
4.1Warga SK. Kepong (FRIM)
4.2Murid tahap 1 dan 2 SK Kepong (FRIM)

5. PENDEKATAN
Cadangan pelaksanaan aktiviti PPDa adalah seperti berikut:
i.Pelancaran Bulan Pencegahan Dadah
ii.Program Lima Minit Anti-Dadah
iii.Ceramah Anti Dadah
iv.Pertandingan PPDa
1. Melukis / Mewarna Poster.
2. Pertandingan Teka Silang kata atau Kuiz Antidadah
3. Pertandingan mencipta pantun / sajak
6. IMPLIKASI KEWANGAN
Kos perbelanjaan untuk tujuan Pelancaran Program Hari Antidadah
Kebangsaan Peringkat SK Kepong (FRIM) Tahun 2018
Peruntukan : PIBG / SUWA - RM10.40
BIL PERKARA KUANTITI
JUMLAH
(RM)
PEMBAYARAN SUMBER
1Bunting Program
Pelancaran Hari
Antidadah
Peringkat
Kebangsaan
Peringkat
Sekolah 2018
1 unit X RM10.40 RM10.40
JUMLAH RM10.40

7. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Minah binti Ali
Guru Besar

Timb. Pengerusi : Zuraimi bin Ahmad Zawawi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Arfah binti Ab. Aziz
Penolong Kanan Pentadbiran
Norhajar binti Othman
Penolong Kanan Kokurikulum
Mohamad Azhan bin Mat Saad
Penolong Kanan Petang
Setiausaha : Mohd Rodze bin Ardzemi
Guru Bimbingan & Kaunseling
Bendahari : Nur Aida binti Alias
Bendahari PIBG
AJK : AJK PPDa
AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling
Guru Pusat Sumber
Guru Pendidikan Kesihatan
Guru Kelas tahap 1 dan 2
Penyelaras VLE Frog
8.JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program Mohd Rodze bin Ardzemi
Pen. Penyelaras Khairul Amirul bin Abu Samah
Pengerusi Majlis Guru Bertugas mingguan
P.A Sistem Mohd Hairulnizam bin Md Sah
Persiapan Tempat Mohd Adam Izzuddin bin Sharifudin
Perakam Peristiwa Rohaizi bt Rusli
Dokumentasi Mohd Rodze bin Ardzemi

9.TENTATIF PROGRAM
Pelancaran Program Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat SK Kepong
(FRIM) 2018
7.30 pagi Perhimpunan Mingguan
Bacaan doa
Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah
Bacaan Ikrar
7.45 pagi Ucapan Guru Bertugas
Bacaan Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan 2018
Aktiviti 5 minit Antidadah
Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Bulan Antidadah
Kebangsaan Peringkat SK. Kepong (FRIM) oleh:
Pn. Minah binti Ali, Guru Besar SK Kepong
8.00 pagi Majlis bersurai – murid bergerak ke kelas masing-masing
*pelaksanaan modul 5 minit anti dadah dan aktiviti bagi Bulan PPDa dan
adalah dilaksanakan sewaktu PdP di dalam kelas mengikut jadual waktu
yang bersesuaian seperti waktu pendidikan seni dan pendidikan
kesihatan.

10.PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya seperti yang telah dirancang berdasarkan masa yang ditetapkan.
Bagi memastikan harapan ini tercapai, pastinya kerjasama dan sokongan
daripada semua warga SK Kepong amat diperlukan. Segala sumbangan
yang diberi amat dihargai dan didahului ribuan terima kasih
Disediakan oleh; Disemak oleh:
(MOHD RODZE BIN ARDZEMI) (ZURAIMI BIN AHMAD ZAWAWI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK. Kepong (FRIM) SK. Kepong (FRIM)
Diluluskan / tidak diluluskan:
(MINAH BINTI ALI)
Guru Besar
SK. Kepong (FRIM)

LAMPIRAN 1
Tags