1. Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan di BAHAGIAN A dan 4 soalan di
BAHAGIAN B
2. Jawab semua soalan Bahagian A
3. Tiap-tiap soalan BAHAGIAN A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Tulis jawapan soalan Bahagian B pada ruang yang disediakan.
Nama Murid Tahun 4
Bahagian Markah
A
B
Jumlah 50
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
2
BAHAGIAN A
Arahan am : Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C,
D. Antaranya ada jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul.
1. Mata Jahitan tangan yang manakah digunakan sebagai jahitan sementara?
A. Jahitan jelujur kasar
B. Jahitan jelujur halus
C. Jahitan silang pangkah
D.Jahitan insang pari
2. Jarak antara mata jahitan jelujur adalah_____________ .
A. 1mm hingga 3 mm
B. 2mm hingga 3mm
C. 3mm hingga 5mm
D. 5mm hingga 7 mm
3.
Pernyataan di atas merujuk kepada mata _________
A. jahitan sembat
B. jahitan kia
C. jahitan jelujur kasar
D. jahitan insang pari
Digunakan sebagai jahitan tetap
Mengemaskan bahagian tepi fabrik
Jahitan hiasan untuk menjahit motif
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
3
4. Alatan jahitan yang manakah digunakan untuk memindahkan tanda pola ke
fabrik?
A. Pita ukur
B. Roda surih
C. Kertas karbon
D. Kapur tukang jahit
5. Mengapakah artikel yang siap dijahit harus dihias?
A. Supaya artikel lebih tahan lama
B. Supaya artikel mudah disimpan
C. Supaya artikel kelihatan kemas
D. Supaya artikel cepat disiapkan
6. Pola jahitan merupakan
A. potongan fabrik yang hendak dijadikan artikel.
B. kain yang diperbuat daripada benang yang ditenun
C. potongan kepingan fabrik yang menyerupai artikel jahitan yang hendak
dijahit.
D. potongan kepingan kertas yang menyerupai artikel jahitan yang hendak
dijahit.
7. Puan Siti ingin mengambil ukuran badan pelanggan yang menempah
pakaian di kedainya.Apakah alatan jahitan yang perlu digunakan?
A. Pembaris
B. Pita pengukur
C. Roda surih
D. Peretas Jahitan
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
4
8. Sarah ingin membaiki kelepet lengan bajunya yang meretas.Mata jahitan di
bawah boleh digunakan untuk membaiki kelepet lengan bajunya yang
meretas KECUALI
A. Jahitan jelujur kasar
B. Jahitan silang pangkah
C. Jahitan sembat
D. Jahitan kia
9. Apakah maksud tenaga boleh baharu?
A. Tenaga yang boleh dijanakan secara semula jadi secara berterusan.
B. Tenaga yang tidak boleh dijanakan secara semulajadi secara berterusan.
C. Tenaga yang boleh dijanakan secara semulajadi secara berkala.
D. Tenaga yang boleh dijanakan secara tiruan .
10. Tenaga yang diperolehi daripada sumber matahari dikenali sebagai
tenaga_______ .
A. Tenaga bunyi
B. Tenaga cahaya
C. Tenaga haba
D. Tenaga solar
11. Berikut merupakan tenaga boleh baharu KECUALI
A. Georterma
B. Matahari
C. Tanah
D. Biojisim
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
5
12. Apakah maksud Geoterma?
A. Bahan daripada reputan benda hidup
B. Sumber tenaga utama
C. Tenaga haba yang diperoleh daripada perut bumi.
D. Empangan yang dibina bagi menjanakan tenaga elektrik
13. Penggunaan tenaga boleh baharu boleh menggurangkan penggunaan
tenaga tidak boleh baharu seperti
A. bahan daripada benda hidup
B. petroleum
C. ombak
D. air
14. Penggunaan tenaga boleh baharu dapat memberi peluang pekerjaan
seperti
A. bomba
B. jurutera solar
C. juru wang
D. ahli perubatan
15. Papan solar digunakan untuk menghasilkan projek kipas solar.Apakah
fungsi papan solar?
A. Menghubungkan komponen elektrik dan mengalirkan arus elektrik.
B. Menggerakkan udara apabila disambungkan dengan motor.
C. Menyerap cahaya matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik atau
haba.
D. Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
6
16. Elemen yang manakah dilihat sewaktu menilai hasil lakaran projek kipas
solar?
i. Rupa
ii. Ruang
iii. Saiz
iv. Nilai
A. i dan iii
B. ii dan iv
C. ii , iii, dan iv
D. i , ii , iii dan iv
17. Apakah maksud struktur kawalan pilihan?
A. Satu langkah set tindakan yang sentiasa berulang
B. Satu langkah set tindakan yang sentiasa berubah –ubah
C. Satu langkah tindakan yang boleh diberi pilihan ya atau tidak
D. Satu langkah yang mempunyai dua atau lebih set tindakan sebagai
pilihan untuk dilaksanakan
18. Berikut merupakan jenis struktur kawalan pilihan kecuali
A. dwipilihan
B. Pilihan kedua
C. Pilihan tunggal
D. Pelbagai pilihan
19. Apakah jenis kawalan yang digunakan untuk membolehkan lampu
kecemasan van ambulans bernyala secara berturutan dan berulang?
A. Struktur kawalan pilihan
B. Struktur kawalan tunggal
C. Struktur kawalan ulangan
D. Struktur kawalan pelbagai
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
7
20. Dalam struktur kawalan pilihan , gambar rajah berikut merujuk kepada
A. Carta alir
B. Algoritma
C. Pseudokod
D. Langkah – langkah
21. Nyatakan fungsi bagi simbol yang ditunjukkan di bawah.
A. Menguji syarat
B. Menunjukkan aliran aktiviti
C. Arahan untuk memproses input
D. Membaca input atau memaparkan output
MULA
MASUK ke dalam perpustakaan
CARI buku yang dikehendaki
JIKA buku dijumpai , MAKA
PERGI ke kaunter untuk dipinjam
TAMAT JIKA
KELUAR dari perpustakaan
TAMAT
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
8
22. Apakah perkakasan yang mengawal peranti elektronik berdasarkan atur
cara yang dimuat turun ke dalamnya?
A. Papan reka
B. Motor servo
C. Perentang tetap
D. Papan mikropengawal
23. Apakah maksud pertanian bandar?
A. Pertanian yang dijalankan di belakang rumah
B. Pertanian yang dijalankan di kawasan yang luas
C. Aktiviti bercucuk tanam yang dijalankan berdekatan sumber air
D. Aktiviti bercucuk tanam di sekitar rumah yang mempunyai ruang
terhad.
24. Apakah kaedah penanaman yang sesuai digunakan bagi pertanian bandar?
i. Secara kecil – kecilan
ii. Secara konvensional
iii. Secara perladangan
iv. Secara teknologi moden
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iv
D. ii dan iv
25. Berikut merupakan jenis takungan kecuali
A. Fertigasi
B. Akuaponik
C. Hidroponik
D. Bekas pengairan kendiri
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
9
26. Apakah fungsi larutan nutrien?
A. Untuk menjadikan tumbuhan lebih segar
B. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
C. Sebagai sumber makanan kepada tumbuhan
D. Untuk menjadikan tumbuhan tahan dari serangan serangga
27. Apakah jenis sistem takungan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?
A. fertigasi
B. Hidroponik
C. Kultur Air Dalam ( Tanpa Kitaran Semula )
D. Kultur Air Dalam ( Dengan Kitaran Semula )
28. Apakah maksud Taman Mini Edibel?
A. Menanam pelbagai jenis tumbuhan di kawasan luas
B. Menanam pelbagai tumbuhan kaktus sebagai hiasan
C. Menanam pelbagai jenis tumbuhan yang menghasilkan makanan
dalam kawasan terhad
D. Menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk menghasilkan suasana
yang menarik
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
10
29. Apakah fungsi tali mop semasa menghasilkan Taman Mini Edibel?
A. Untuk mengikat anak benih
B. Untuk menyerap air dan nutrien
C. Untuk menyukat kandungan air
D. Untuk memudahkan tumbuhan hidup
30. Berikut merupakan bahan guna semula yang boleh dijadikan takung
tanaman kecuali
A. Tayar
B. Akuarium
C. botol minyak
D. bekas plastik makanan
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
11
BAHAGIAN B
Arahan : Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.
5 markah
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
12
Padankan simbol dengan sumber tenaga boleh baharu yang betul.
Tenaga Solar 1
Tenaga Biojisim 2
Tenaga Angin 3
Tenaga Ombak 4
Tenaga Air 5
a
b
c
d
e
5 markah
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
13
Jadual berikut menunjukkan simbol untuk penulisan carta alir. Tulis nama simbol
tersebut di ruang yang disediakan.
Simbol Nama
Aliran aktiviti Proses Terminal mula atau tamant
Syarat input atau output Syarat
5 markah
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD 2021
14
Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul mengenai pertanian dalam bandar dan
( x ) bagi pernyataan yang tidak benar.
1. Tanaman biasanya ditanam di suatu sudut
khas di kawasan terhad.
2. Melalui sistem takungan, tanaman perlu
disiram setiap hari.
3. Tanaman kaedah hidroponik adalah kaedah
tanaman moden.
4. Tanaman pertanian bandar hanya
menggunakan kaedah konvensional.
5. Kebanyakan tanaman dikawasan terhad
ditanam menggunakan takung.