5. Kesungguhan Al-Kailani explain’ Dakwah
tersebut, mereka berhak mengharapkan
pahala yg sama darjatnya dgn orang2 yg
berjihad di medan perang, Insyallah.
Setiap minggu, beliau akan memberi
peringatan kpd pemuda2 Islam terpilih yg
datang berhimpun dari seluruh dunia di
Baghdad. Perhatikanlah pidato beliau.
“Barangsiapa yang benar ikutannya kepada
Rasulullah S.A.W. dipakaikan padanya baju besi
dan topi besi Baginda, disandangkan padanya
pedang Baginda, dikurniakan kepadanya adab,
sifat dan akhlak baginda, di pakaikan padanya
persalinan baginda dan dia sangat gembira.
Betapa tidak, kerana dia dari umat Baginda?
Kerana itu, dia bersyukur kepada Tuhannya.
Kemudian Allah S.WT. melantiknya sebagai
pembantu atau pengganti Nabi S.A.W. di kalangan
umatnya sebagai penunjuk dan da’i dan
membimbing mereka kepada pintu kebenaran
mengenal Allah S.W.T.
Dakwah adalah anugerah.
Baginda Rasulullah saw adalah penunjuk,
pemandu, pemimpin dan da’i. Apabila Baginda
wafat, Allah telah memilih pengganti dari kalangan
umatnya. Mereka tidak ramai, hanya beberapa
individu sahaja dari tiap-tiap sejuta muslim.
Itulah pemimpin dan pemandu umat, menunjukkan
kebenaran kepada mereka dan bersabar
menghadapi tekanan dan gangguan manusia.
Mereka terus-menerus memberi nasihat,
tersenyum berhadapan dengan orang munafik dan
fasik. Mereka berusaha dengan pelbagai cara dan
kebijaksanaan untuk melepaskan manusia dari
nifaq dan fasik dan membawa manusia ke pintu
Allah Azza Wajalla.
Seruan berusaha mematikan nafsu jahat
Kamu dimatikan kemudian dibangkitkan. Apabila
Tuhanmu mahu, akan dibangkitkannya kamu
untukNya. Kamu dikembalikan kepada manusia,
supaya kamu menjaga kemaslahatan mereka dan
mengembalikan mereka kepada pintuNya. Kamu
didatangkan rasa cenderung kepada dunia dan
akhirat supaya kamu mengambil bahagianmu
daripada kedua-duanya. Kamu diberikan kekuatan
untuk menghadapi manusia lalu kamu
mengembalikan mereka dari kesesatan.
Tajarrud & penglibatan total dalam dakwah.
Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak
mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan
dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya,
hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan
makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada
dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T
(yang menjadi mad’unya). Apa yang dimintanya
hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan
kepada manusia kerana dia telah menyerahkan
dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T.”
Inilah sikap da’i yg betul2 ingin bergabung dgn
‘qaedah sulbah’.
“Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan
sampai kepada tujuan dan cita-citanya
sekiranya kita hanya memberikannya waktu
lapang kita untuknya, sedangkan kita tidak
melupakan diri dan makan minum kita.
Jadilah umpama pelita yang menyala di
tengah malam yang gelap gelita, memandu
manusia kepada hidayah & menerangkannya,
Bergiat cergaslah demi agamamu dan
janganlah bermalas-malas, berusahalah untuk
menggerakkan orang yang berdiam diri.
Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila
bertugas menjalankan dakwah kerana mereka
itu lebih utama & lebih hampir untuk dinasihati,
Allah menyuruh dakwah kepada kaum
keluarga kita terlebih dahulu dan selepas itu,
urusan menjadi mudah.”