Sejarah dari palang merah dan bulan sabit merah internasional55

Hades607667 1 views 19 slides Sep 04, 2025
Slide 1
Slide 1 of 19
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12
Slide 13
13
Slide 14
14
Slide 15
15
Slide 16
16
Slide 17
17
Slide 18
18
Slide 19
19

About This Presentation

Sejarah dari palang merah dan bulan sabit merah internasional


Slide Content

SEJARAH PENUBUHAN
PALANG MERAH/BULAN
SABIT MERAH
Gerakan kemanusian untuk selamatkan
nyawa dan kesihatan manusia
Pengasas Palang Merah- Jean Henry
Dunant

Lahir - 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland.
Meninggal dunia - 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich,
Switzerland.
Lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri
Dunant.
Seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis
sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme
yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria,
benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran
Solferino di kampung Solferino, Itali kini.
Buku tulisannya 'A Memory of Solferino‘ -
menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan
orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
melibatkan tentera Perancis menentang tentera
Austria.

Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan
di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa
menderitanya mangsa peperangan tidak kira
tentera, tentera musuh mahupun orang awam
yang tidak terlibat.
Berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-
ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua
cadangan Henry Dunant, iaitu:
Membentuk organisasi kemanusiaan
antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan
Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera
yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah
dibantu.

Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan.
Pada 1901 Henry Dunant dan Frederic Passy
telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel
selepas beberapa kontroversi.

Sejarah Penubuhan Palang
Merah/Bulan Sabit Merah di
Malaysia
Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah
Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch
of the British Red Cross". 
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi
tahun 1945 dalam perenggan penutup dan
mencatatkan:
" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah
kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara
Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat
sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang
demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah
adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan
berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan
Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan
pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu
ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April /
Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu
permohonan rasmi mewujudkan  cawangan Palang
Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada
bulan Februari 1948.
Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau
Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi
satu cawangan.dalam bulan Februari 1951. Cawangan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan
bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British.

AKTA PERTUBUHAN
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen
seperti berikut :
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
Persatuan Palang Merah di Semenanjung tidak lagi sesuai
bertaraf  cawangan sahaja sedangkan ibupejabatnya di London.
Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962
iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act
of Parliament (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16
April 1962.
Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan
penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya, akta telah
diubah dan diluluskan pada tahun 1965 menjadi Malaysian Red
Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah
Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh
Malaysia pada  1 Julai 1965.
Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu
Malaysian Red Crescent Society (Change Of Name) atau
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta
ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

LAMBANG PBSM

IKRAR PBSM
Bahawa Kami
Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Berikrar
Taat Setia Kepada
Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Dan Pemerintah-Pemerintah
Di Negara Kami
Berdasarkan Prinsip-Prinsip Rukunegara
BAhawa Kami Berikrar
Akan Setia
Patuh Kepada Perlembagaan
Dan Undang-Undang
Serta Arahan Persatuan
Walau Di Mana Kami Berada
Bahawa Kami Berikrar
Akan Sentiasa
Mmemberi Khidmat Sukarela Kami
Kepada Kami Yang Sakit Dan
Menderita
Di Waktu Aman Atau Bencana
Berdasarkan Prinsip Bulan Sabit
Merah Seperti Berikut:
KEMANUSIAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
BERSATU
KESEJAGATAN

PRINSIP-PRINSIP ASAS
PBSM

KEMANUSIAAN
Mencegah dan meringankan kesengsaraan
dengan sedaya upayanya dimana sahaja ia wujud.
Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan
kesihatan serta memastikan wujudnya sikap
hormat-menghormati sesama manusia. Ia
memupuk sifat persefahaman , persahabatan ,
kerjasama dan kedamaian antara manusia.
KESAKSAMAAN
Bantuan diberi tanpa
membezakan bangsa , kaum ,
agama , darjat atau pendapat
politik. Usaha utamanya ialah
meringankan kesengsaraan
dan keutamaan diberi
berdasarkan kes-kes yang
paling memerlukan.

BERKECUALI
Untuk mempertahankan
kepercayaan yang ada padanya ,
ia tidak menyebelahi mana-mana
pihak atau menyertai apa-apa
pertikaian yang berbentuk politik ,
perkauman , agama atau ideologi.
KEBEBASAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah adalah sebuah pergerakan
yang bebas. Walaupun Persatuan-
persatuan Palng Merah dan Bulan Sabit
Merah Kebangsaan membantu badan-
badan awam yang berkuasa tetapi ia
diberi kuasa untuk bertindak secara
bebas. Pada setiap masa ia berpandu
kepada prinsip-prinsip Pergerakan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

BERSATU
Hanya terdapat satu Persatuan
Bulan Sabit Merah atau
Persatuan Palang Merah di
dalam sesebuah negara. Ia
adalah terbuka kepada sesiapa
yang ingin menjadi ahli. Ia
harus menjalankan aktiviti-
aktivitinya yang berbentuk
kemanusiaan di seluruh
negara.
PERKHIDMATAN
SUKARELAWAN
Pergerakan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah adalah
satu badan sukarela yang
bertindak tanpa memikirkan
keuntungan.

KESEJAGATAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
adalah sebuah pergerakan antarabangsa .
Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan
mempunyai taraf , tanggungjawab dan tugas
yang saksama untuk menolong antara satu sama
lain.

Lagu: Bulan Sabit
Merah
Malaysia

Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada kita
Di Darat dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
 
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah dan Bersemangat

Lirik  :    Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu     :    Dato’ Johari Salleh
"Lagu Bulan Sabit Merah" – pertama kali
dimainkan di sebuah upacara (1975) bagi
meraikan penukaran nama Persatuan
Palang Merah Malaysia kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia.

BIBLIOGRAFI
Wikipedia Bahasa Melayu, (2009). This is the title of a Web Page.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jean_Henry_Dunant. Accessed on 5 February
2009.
BSMM Pahang, (2008). This is the title of a Web Page.
http://www.redcrescent.org.my/pahang. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://www.joomla-my.org/shaifful/sejarah-palang-merah.html. Accessed
on 5 February 2009.
Geocities. This is the title of a Web Page.
http://www.geocities.com/pbsmmsly161/prinsip.html. Accessed on 7
February 2009.
Wikipedia Bahasa Melayu, (2009). This is the title of a Web Page.
http://id.wikipedia.org/wiki/Gerakan_Internasional_Palang_Merah_dan_Bul
an_Sabit_Merah. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/kokurikulum/persatuan-bulan-sabit-merah/115-
lagu-pbsm.html. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/sejarah-palang-merah.html. Accessed on 7
February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/langkah-menubuhkan-pbsmm-sekolah.html.
Accessed on 7 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/ikrar-pbsm.html. Accessed on 7 February 2009.