Sejarah form 2 unit 8.3 (Hubungan Kerajaan)

MOHAMADRAIYANBINMOHA 0 views 9 slides Sep 01, 2025
Slide 1
Slide 1 of 9
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9

About This Presentation

Simplified slide from text book


Slide Content

Hubungan Kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis dengan Negeri-negeri
Melayu yang Lain
by Raiyan & Kimi

Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis telah muncul sebagai kerajaan yang
berdaulat. Setiap kerajaan ini telah berusaha memantapkan pemerintahan masing-masing
dengan menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Hubungan
tersebut terjalin dalam aspek diplomatik dan perdagangan. Terdapat tiga asas hubungan
ini, iaitu keserumpunan, geografi dan agama.
Pengenalan

Pada peringkat awal pengasasan, setiap kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana hendak
memperkukuh kedaulatan.
Asas Hubungan
Tujuan
1. Keserumpunan
Persamaan dalam
aspek bahasa dan
budaya mendorong
wujud hubungan
dengan negeri-negeri
Melayu yang lain.
Persamaan ini
memudahkan interaksi
sesama kerajaan.

2. Geografi
Sempadan antara negeri yang
berjiran memudahkan
perhubungan.
Sungai penting sebagai laluan
perhubungan yang dikongsi
secara bersama-sama antara negeri.
Pembentukan pelabuhan di pinggir
sungai telah menggalakkan
hubungan dengan negeri berjiran
dan kuasa luar.
Berlaku melalui penerimaan
Islam oleh pemerintah.
Diperkukuhkan dalam kegiatan
keagamaan menerusi peranan
ulama.
Berkongsi institusi pendidikan
agama menerusi kehadiran
penuntut dari pelbagai wilayah.
3. Agama

Pengiktirafan bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah. Hal ini mewujudkan
hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama.
Hubungan pertahanan yang diwujudkan dapat mengekalkan
kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan kuasa lain.
Hubungan Diplomatik
Cara Jalinan Hubungan Diplomatik :-
1. Pengiktirafan
Kerajaan Kedah, Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri
Melayu yang lain. Hubungan diplomatik dijalinkan menerusi pengiktirafan kerajaan Melayu yang lain, bantuan
pertahanan dan perkahwinan diraja.
2. Pertahanan
3. Perkahwinan
Perkahwinan diraja akan mengukuhkan hubungan dan
menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.

Hubungan Perdagangan
Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis juga menjalinkan hubungan perdagangan
dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Hubungan perdagangan dijalinkan menerusi pembinaan
pelabuhan dan hasil perdagangan tempatan.

Pelabuhan asas kepada pembentukan hubungan dengan pedagang tempatan seperti Melaka,
Perak dan Johor serta pedagang luar dari Siam, China, Arab dan Kemboja.
Contoh:
1.Negeri Sembilan, Pangkalan di Sungai Linggi.
2.Pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar.

1. Pelabuhan

2. Barang Dagangan
Kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan menjadi tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam
Melayu. Keperluan terhadap barang dagangan ini mendorong berlakunya hubungan perdagangan antara kerajaan.
Contoh:
Kedah memperdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai. Manakala pedagang dari Perak dan Melaka
membawa barang dagangan seperti arang kayu, papan dan ikan kering.
Negeri Sembilan memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus dengan Johor dan Melaka.

Soalan?
faham atau tidak?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Terima
Kasih :3