Tajuk Eksperimen 3.1.1: Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina
1) Penyataan masalah Adakah kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada
lelaki ?
2) Hipotesis Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki.
3) Tujuan
Eksperimen
Untuk mengkaji kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia.
4) Pembolehubah
a) dimanipulasikan
b) bergerakbalas
c) dimalarkan
Jantina murid
Kadar denyutan nadi
Tempoh masa, umur dan jenis aktiviti fizikal
5) Radas dan bahan Jam randik
6) Susunan rajah radas
dan bahan
7) Prosedur 1.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki
dan perempuan.
2.Setiap murid mengambil bacaan denyutan nadi di pergelangan
Nadi
tangan dalam masa 1 minit. Seorang murid memegang jam
randik dan menjaga masa.
3.Catat bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa
seminit.
4.Kira purata kadar denyutan nadi mengikut jantina dan rekodkan
di dalam jadual.
8) Pemerhatian
Jantina murid
Kadar denyutan nadi
(bpm)
Lelaki 63
Perempuan 78
9) Mentafsir data
10) Perbincangan 1.Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki
kerana jantung perempuan berdegup lebih cepat.
40
60
80
50
70
Kadar denyutan nadi (bpm)
Jantina
Lelaki Perempuan
2.Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki
kerana kadar metabolisme perempuan lebih tinggi.
3.Kadar denyutan nadi ialah bilangan degupan jantung dikira
pada nadi di pergelangan tangan dalam seminit.
4.Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki
disebabkan saiz jantung perempuan yang lebih kecil
mengepam darah pada kadar yang lebih tinggi daripada lelaki.
5.Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang
lebih tepat; setiap murid mengambil bacaan nadi sekurang-
kurangnya 3 kali dan dapatkan nilai bacaan purata untuk
mengurangkan ralat rawak.
6. Data yang diperolehi adalah sah kerana bacaan nadi diambil di
pergelangan tangan adalah jelas dan menonjol.
11) Kesimpulan Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki.