Teks Juruacara Majlis Penutupan Ihya Ramadhan Tahun 2025
Size: 66.31 KB
Language: none
Added: Apr 24, 2025
Slides: 6 pages
Slide Content
1
Teks Pengacara Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan, Sumbangan Anak Asnaf dan
Khatam Quran SMK KK 144 6 H
QUE: MULA MAJLIS
Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.
Siapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah maka akan diampunkan
segala dosa2nya yang lalu.( riwayat al-Bukhari).
Orang yg berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan . Pertama ialah ketika ia berbuka dan yg kedua
ketika ia bertemu Tuhannya .(hadis riwayat Bukhori dan Muslim )
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon kami mulakan Majlis.
Dengan bismillah…lafaz dimula,
Dengan bismillah… restu dipinta,
Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,
Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.
Amin.
Yang Berusaha,
Pn. Siti Jubaidah @ Mariam binti Haji Karia,
Pengetua SMK Kota Klias
Yang Berusaha,
Pn. Jelimah Ibrahim,
YDP PIBG SMK Kota Klias,
En. Nordin bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Rasyidah binti Sagap
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Fauziyah Shamsuddin,
Penolong Kanan Kokurikulum
2
Tn Haji Rosland bin Salleh,
Penolong Kanan Tingkatan 6
Yang Dihormati,
Sahibul Samahah Ustaz Mohd. Shamsuddin Zakaria,
Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Kota Klias, Beaufort.
Rakan Guru dan seterusnya semua anak didik yang dikasihi dan dirahmati Allah swt
sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ah lan wa sah lan wamarhaban bikum...
ke Majlis Khatam Quran dan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan, SMK Kota Klias, 1446H.
Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa. ( Surah Al-Baqarah Ayat :
183)
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah swt
Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramdhan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
insya-Allah ,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya.
QUE: DOA
3
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Sahibul Samahah Ustaz Muhammad Shamsuddin untuk
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
---------- selesai bacaan doa-------------
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga, majlis kita diawali
dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
QUE : UCAPAN PENGETUA
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt. Aturcara majlis diteruskan dengan
mendengar ucapan alu-aluan yang akan disempurnakan oleh Yang Berusaha, Puan Siti Jubaidah
@ Mariam binti Hj Karia, Pengetua SMK Kota Klias.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.
Selesai ucapan pengetua
Majlis merakamkan jutaan apresiasi atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi. Semoga setiap
bait kata yang dilafazkan menjadi azimat penyuntik semangat dan benteng iman dan takwa
buat semua anakanda SMK Kota Klias yang sentiasa dilangitkan doa kemenjadian sahsiah dan
kecemerlangan ilmu oleh ayahanda dan bonda guru-guru SMK Kota Klias.
QUE : UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, tentatif majlis diteruskan dengan mendengar ucapan
perasmian penutupan yang akan disempurnakan oleh Pn. Jelimah Ibrahim, Yang DiPertua PIBG
SMK Kota Klias. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Selesai ucapan perasmian
4
Maka dengan itu, rasmilah sudah perasmian penutupan Majlis Khatam Al-Quran dan Ihya
Ramadhan SMK Kota Klias, Beaufort bagi tahun 1446H. Semoga Allah swt memberikan keizinan
ruang dan peluang untuk seluruh warga SMK Kota Klias mengimarahkan bulan ramadhan
dengan program seumpama pada Ramadhan 1447H. In Shaa Allah.
QUE : KHATAM QURAN.
Hadirin yang dimuliakan Allah swt,
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Apabila al-Quran itu dibacakan, dengarkan dan diam
supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204)
Begitulah pentingnya al-Quran. Apabila ada dalam kalangan ahli keluarga atau sahabat
membaca al-Quran, kita perlu mendengarnya dengan penuh ketenangan supaya memperoleh
rahmat.
Ini kerana ayat al-Quran itu adalah kata-kata yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui malaikat Jibril.
Bermakna, membaca dan menelaah al-Quran itu adalah mempelajari kata-kata Allah SWT yang
memiliki kebenaran dan petunjuk buat orang-orang beriman.
Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati alunan merdu
bacaan ayat-ayat suci al-quran di dalam majlis khatam al-quran yang akan diperdengarkan oleh
anak-anak didik SMK Kota Klias. Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Sahibul
Samahah Ustaz Mohd Shamsuddin Zakaria untuk mengemudi bacaan khatam al-quran. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
QUE: SELESAI TADARUS,
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sahibul Samahah Ustaz Mohd
Shamsuddin Zakaria dan anak-anak didik SMK Kota Klias, Beaufort atas bacaan ayat-ayat suci
al-Quran itu tadi.
QUE : PENYAMPAIAN HADIAH.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang acara-acara yang
telah dipertandingkan sebagai pengisian program Ihya Ramadhan 1446H.
Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah majlis mempersilakan En. Nordin bin
Ahmad GPK Pentadbiran, Pn. Rasyidah Sagap GPK Hal Ehwal Murid, Pn. Fauziyah Shamsuddin
GPK Kokurikulum, Tn Haji Rosland Salleh GPK Tingkatan 6 bersama-sama dengan Pn. Jelimah
Ibrahim YDP PIBG untuk mempersilakan dan mengiringi Pn. Siti Jubaidah @ Mariam binti Haji
5
Karia menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang dan peserta pertandingan yang
telah dijalankan sebagai pengisian sepanjang program Ihya Ramadhan tahun 1446H.
Majlis dengn segala hormatnya mempersilakan.
Dipersilakan pemenang
Dipersilakan pemenang Pertandingan Hafazan
Dipersilakan pemenang Pertandingan Kuiz
Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan kecuali bertambah dan bertambah. (HR
Tirmidzi)
Majlis merakamkan jutaan apresiasi atas kesudian Puan Pengetua bersama-sama YDP PIBG dan
barisan pentadbir menyampaikan sijil dan itu tadi.
Tidak lupa rakaman ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang.
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Rakaman jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan
majlis pada pagi ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa, pengorbanan
pihak-pihak yang terlibat hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya, semoga menjadi
asbab pahala dan dikurniakan ganjaran syurga. In Shaa Allah.
Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak baik itu datangnya dari kami hambaNya
yang alpa.
Dengan lafaz salam ukhwah, wabillah taufiq wal hidayah wassalam……
QUE : SESI BERGAMBAR
6
Dipersilakan semua hadirin hadirat yang dirahmati Allah swt untuk bersama-sama
merakamkan memori hari ini bersempena Majlis Khatam Al-Quran dan penutupan Ihya
Ramadhan 1446H dalam satu tangkapan lensa.