TEKS PENGACARA MAJLIS Anugerah Nilam.docx

ZairulGto 11 views 12 slides May 14, 2025
Slide 1
Slide 1 of 12
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9
Slide 10
10
Slide 11
11
Slide 12
12

About This Presentation

uygyfutui


Slide Content

TEKS PENGACARA MAJLIS
ANUGERAH NILAM SK BUKIT GADING
SESI 2024/2025
Tarikh : 2 Januari 2025 (Khamis)
Teks
Catatan
*Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin dan hadirat disarankan supaya
masuk ke dalam dewan dan memberikan tumpuan kepada majlis yang akan dijalankan
sebentar sahaja lagi. Kami amat menghargai atas kerjasama yang diberikan oleh para
hadirin dalam memastikan kelancaran majlis kita pada pagi ini. Segala kerjasama diucapkan
ribuan terima kasih. Kelancaran majlis ini adalah kejayaan kita bersama.
Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hirabbil alamin. Wassola tu wassalam, aala asyrafil anbia iwal mursalin..
saidina Muhammad.. waala aalihi wasohbihi ajmain...
KATA-KATA ALUAN
Negeri Johor aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Selamat datang untuk semua.
Sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Pn. Salwana bt.Ismail,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah.
Yang Berusaha En.Mohd Alias bin Yusof,
Guru Besar Sek.Keb.Bukit Gading,
Yang Dihormati Pn.Nor Azizah bt Md Nor –
Penolong Kanan Pentadbiran SK B.Gading,
Yang Dihormati, En.Nordin bin Rawi –
Pen.Kanan HEM SK B.Gading
Yang Dihormati, En.Nik Zain bin Nik Soh –
PK Kokurikulum SK B.Gading
Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani
Alhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah Kurnianya dapat sama-
sama kita berkumpul pada hari ini untuk menjayakan Majlis Anugerah Nilam 2024 peringkat
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading.
Kembang ditaman indah berseri
Indah dahlia warna prada
Kehadiran tuan ke majlis kami
Menambah ceria semua yang ada.

Terlebih dahulu,
Saya mewakili majlis mengalu-alukan & mengucapkan sekalung penghargaan kepada...
Yang Berusaha Pn. Salwana bt.Ismail,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah.
di atas kesudian meluangkan masa untuk hadir merasmikan majlis Anugerah NILAM
Peringkat Sekolah Keb.Bukit Gading pada hari ini.
BACAAN DOA
Hadirin hadirat sekalian,
Apa diterbang di tengah lembah
Tentunya kayu saya lentangkan
Semoga berkat majlis disembah
Bacaan doa kita dahulukan.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput
Al-Fadhil Ustaz Mohd Lkhwan b. Wan Adnan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan…
Amin…Amin…Ya robbalalamin
______________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapat melancarkan lagi program kita pada hari ini.
PENGENALAN PROGRAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM , merupakan penggabungan atau adunan
kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai.
Hasrat, niat serta matlamatnya adalah begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan
amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan seterusnya melahirkan generasi
pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu pengetahuan.
Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

UCAPAN Tuan Guru Besar
Kalau tuan mudik duluan,
Carikan saya buah berangan,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari bersama kita dengarkan.
Meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan
Yang Berusaha En.Mohd Alias bin Yusof,
Guru Besar Sek.Keb.Bukit Gading,
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
-UCAPAN PENGELOLA-
Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Alias bin Yusof,
Guru Besar Sek.Keb B.Gading Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput perhiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata perasmian.
Hadirin hadirat sekalian,
Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Yang Berusaha Pn.
Salwana bt Ismail. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah untuk memberi ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Nilam Peringkat Sekolah Keb.Bukit Gading bagi tahun 2024.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PERASMI
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,
Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
Untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutup Anugerah
NILAM Daerah Mersing Tahun 2017.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan...
UCAPAN PPD
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
Di atas ucapan itu tadi.
PENGUMUMAN PEMENANG
Pergi kesekolah awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah akan diberi,
Para penerima sabarlah menanti.
Sidang hadirin sekalian,
Kini tibalah kita ke upacara penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Pengelola dan sijil
penghargaan berserta cenderahati kepada para hakim pertandingan. Untuk itu, dengan
segala hormatnya dipersilakan
Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,

Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
Merangkap
Penyelaras Program, Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017
untuk menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...
Bagi penyampaian sijil kepada para AJK Pengelola, mendahului senarai... Dipersilakan...
RUJUK SENARAI NAMA AJK PENGELOLA
Seterusnya adalah acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada para hakim, mendahului
senarai... Dipersilakan...
RUJUK SENARAI NAMA HAKIM
Sidang hadirin sekalian,
Setelah melalui transformasi yang positif, Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing
Tahun 2017 pada tahun ini telah memperkenalkan dan menambah beberapa kategori baru.
Jika sebelum ini, pihak penganjur cuma menyediakan hadiah kepada pemenang bagi setiap
kategori iaitu pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi kategori Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi
kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah,
Pada tahun ini, buat julung kalinya pihak penganjur telah memperkenalkan piala pusingan
bagi kategori
1. Johan sekolah rendah
2. Johan sekolah menengah
Dan Johan ketegori sekolah dipilih berdasar kepada markah tertinggi bagi kategori
(1 Bahasa Malaysia + 1 Bahasa Inggeris). Piala pusingan ini tidak menjadi milik kekal
sekolah dan ia perlu di kembalikan kepada pihak PKG pada hujung tahun semasa, dan jika
sekolah itu berjaya mendapatkan 3 kali johan keseluruhan secara berturut-turut, maka ia
akan kekal menjadi milik sekolah tersebut. Dan pengiraan akan dibuat mulai tahun ini.
Untuk tahun ini juga diperkenalkan hadiah bagi setiap kategori sekolah rendah dan sekolah
menengah, iaitu:
1. Anugerah Tokoh NILAM + sijil
2. Johan + sijil
3. Naib Johan + sijil
4. Ketiga + sijil

5. Sijil penyertaan bagi setiap peserta.
Bagi Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017 pada hari ini, sebanyak
__4___ buah sekolah menengah dan __12___ buah sekolah rendah telah mengambil
bahagian yang terdiri daripada __11___ orang calon pelajar sekolah menengah dan
seramai __12___ orang calon murid sekolah rendah. Daripada jumlah itu, seramai __12__
orang telah menyertai kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, __9__ orang telah
menyertai kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, ___7__ orang telah menyertai kategori
Bahasa Malaysia Sekolah Menengah dan __4___ orang telah menyertai kategori Bahasa
Inggeris Sekolah Menengah.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili PPD Daerah Mersing ke
Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Negeri Johor Tahun 2017 yang akan berlangsung
pada 23-26 Februari 2017, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Sidang hadirin sekalian,
Kini tibalah kita ke acara kemuncak, acara yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu upacara
penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan. Saya pasti, para hadirin sekalian tidak
sabar untuk mengetahui peserta dari sekolah manakah yang akan memenangi anugerah
dan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2017 bagi setiap kategori dan seterusnya membawa
nama Daerah Mersing ke peringkat Negeri Johor. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan...
Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
Merangkap
Penyelaras Program, Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017
bagi menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

untuk menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...
Acara yang seterusnya adalah acara penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta
Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun 2017.
Bagi peserta sekolah rendah (Kategori Bahasa Malaysia), dipersilakan...
RUJUK SENARAI
Bagi peserta sekolah rendah (Kategori Bahasa Inggeris), dipersilakan...
RUJUK SENARAI
Bagi peserta sekolah menengah (Kategori Bahasa Malaysia), dipersilakan...
RUJUK SENARAI
Bagi peserta sekolah menengah (Kategori Bahasa Inggeris), dipersilakan...
RUJUK SENARAI
Seterusnya adalah pengumuman pemenang Anugerah NILAM Daerah Mersing Tahun
2017. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang sijil penyertaan
dan piala iringan.
Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan pemenang tempat
KETIGA
KEDUA
PERTAMA
Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan pemenang tempat
KETIGA
KEDUA
PERTAMA
Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan pemenang tempat
KETIGA
KEDUA
PERTAMA
Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan pemenang tempat

KETIGA
KEDUA
PERTAMA
Bagi kategori Tokoh NILAM 2017,
Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................
Bagi sekolah rendah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................
Bagi sekolah menengah , kategori Bahasa Malaysia. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................
Bagi sekolah menengah, kategori Bahasa Inggeris. Diumumkan Tokoh NILAM 2017 di
anugerahkan kepada
.............................................................................................................................................
Seterusnya adalah pengumuman Johan keseluruhan bagi kategori sekolah rendah yang
akan membawa pulang piala pusingan.
Diumumkan Johan keseluruhan kategori sekolah rendah bagi Anugerah NILAM
Daerah Mersing Tahun 2017 di sandang oleh
.............................................................................................................................................
Seterusnya diumumkan Johan keseluruhan kategori sekolah menengah bagi Anugerah
NILAM Daerah Mersing Tahun 2017 di sandang oleh
.............................................................................................................................................
Demikian tadi selesai sudah upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,

Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
di atas kesudian menyempurnakan acara itu tadi dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
syabas kepada semua pemenang dan peserta kerana telah menjayakan program kita pada
hari ini.
PENUTUP
Orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai tanda kenang-kenangan di atas kesudian hadir
menyempurnakan majlis ini, dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha En. Mohd bin Abdul Rahim,
Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau, PPD Daerah Mersing.
untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan...
CENDERAHATI PERASMI
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia En. Saidan Bin A. Jalal,
Penolong PPD Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
diatas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Tanam laguna tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpaku didalam hati.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah sudah
program kita pada hari ini.
Sekali lagi, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada perasmi dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAJLIS ANUGERAH
NILAM DAERAH MERSING TAHUN 2017 .

Tiada benda seindah bahasa
Terus menghiasi budaya berzaman
Jumpa lagi di lain masa
Disusun jari mohon kemaafan
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu. Saya sudahi majlis dengan wabillah...............
Disediakan dan diacarakan oleh:
………………………………………………………
(FARID HELMI BIN MOHAMAD NOOR )
GPM
SK Lembaga Endau,
86900 Endau, Johor.
27012017 (Rabu)
-CADANGAN-
ATUR CARA MAJLIS PENUTUP
ANUGERAH NILAM DAERAH MERSING TAHUN 2017
Para jemputan / tetamu mengambil tempat
Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Ucapan pengelola / penganjur
Ucapan hakim

Ucapan perasmi
Penyampaian hadiah kepada
1.AJK pengelola
2.Hakim
3.Semua peserta sekolah rendah dan sekolah menengah
(wakil sekolah)
4.Peyampaian anugerah NILAM Sekolah Rendah
5.Penyampaian anugerah NILAM Sekolah Menengah
6.Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Rendah
7.Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM Sekolah Menengah
8.Penyampaian Johan Keseluruhan Sekolah Rendah
9.Penyampaian Johan Keseluruhan Sekolah Menengah
Penyampaian cenderahati kepada perasmi
Majlis bersurai
Tags