TEKS_PENGACARA_MAJLIS_PERSARAAN_GURU KAUNSELOR docx

NorHayati10 29 views 9 slides Nov 03, 2024
Slide 1
Slide 1 of 9
Slide 1
1
Slide 2
2
Slide 3
3
Slide 4
4
Slide 5
5
Slide 6
6
Slide 7
7
Slide 8
8
Slide 9
9

About This Presentation

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN GURU


Slide Content

TEKS PENGACARAAN MAJLIS 
“LAMBAIAN KASIH TAUTAN RINDU”
SEMPENA PERSARAAN PUAN HAMISAH BT ABU BAKAR

Mengumumkan perarakan masuk insan yang diraikan, Cikgu Hamisah bt Abu Bakar,
diiringi oleh Yang Berusaha Cikgu Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar
SKTSW, Barisan Pentadbir, Jawatan Kuasa Kelab Guru dan Staf serta wakil Jawatan
Kuasa PIBG masuk ke dewan.
Cikgu Hamisah dipersilakan mengambil tempat di singgahsana yang telah
disediakan. Demikian juga barisan pentadbir, NYDP PIBG serta semua hadirin
dipersilakan duduk.
## Persembahan Tarian Selamat Datang….Terus masuk
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan tarian selamat datang yang
telah disajikan sebentar tadi. Persembahan yang diberi nama Tarian Endang
itu tadi dianggotai oleh murid-murid SKTSW yang telah menyertai ……………………
…………………………………………………………………………………………………………
Kata Aluan Pengerusi
1.Bismillahirrahmanirrahim ...  Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Yang Berusaha Cikgu Mohd Effendi bin Abdul Rahman, GB SKTSW ,
Yang Diraikan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar , ,
Yang Dihormati Encik Samsulsham bin Sabudin, Yang Dipertua PIBG SKTSW,
Yang Dihormati Encik Shahidan bin Leng, Naib Yang Dipertua PIBG SKTSW
Yang Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan SKTSW,
Cikgu Fazilah bt Abdul Jalil, Pen Kanan Pentadbiran,
Cikgu Mohd Fauzi bin Mat Salleh, Pen Kanan HEM
Cikgu Badri Sakila bt Omar, Pen Kanan Kokurikulum,
Cikgu Rosiah bt Rasidi, Penolong Kanan Petang,
Yang Dihormati Cikgu Norleeda bt Jamaludin, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKTSW,
Seterusnya,  rakan-rakan guru, hadirin dan hadirat serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.
2. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya, kita dapat berhimpun pada pagi yang ceria dan indah ini bagi meraikan
Majlis Lambaian Kasih Tautan Rindu sempena persaraan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar,
guru kaunselor SKTSW
Bacaan Doa…
Buluh diasah jalinan disemat
Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
3. Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya di sisiNya; dengan segala keinginan dan
harapan menadah tangan, mengaminkan bait-bait doa yang akan dilafazkan
oleh Ustaz Mohd Nasir bin Jusoh. Dengan hormatnya dipersilakan.
4. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Nasir atas doa yang telah dizahirkan sebentar tadi tadi. Semoga majlis kita
berjalan lancar dan mendapat keberkatan Yang Maha Esa.

5. Bak air yang mengalir
Tiba juga di muara waktu
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku
Puan…..
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kelak akan terdengar-dengar petah bicaramu melantunkan nasihat dan teguran buat
anak-anak yang berbaris di dataran;
Kelak akan terbayang tingkahmu melayani anak-anak di bilik kecil yang dihiasai
indah seawal pagi fajar menyinari;
Kelak jua bakal menjadi kenangan laman-laman seri yang telah dibangunkan ….

ANDAINYA BINTANG DI ANGKASA TIDAK MAMPU DIKIRA, BEGITULAH JUGA BESARNYA
JASA PUAN SEHINGGA TIDAK MAMPU UNTUK KAMI MEMBALASNYA. SEKALUNG
PENGHARGAAN DIUCAPKAN BUAT PUAN YANG DIRAIKAN ATAS KESUDIAN
MENGHADIRKAN DIRI.
Ucapan-ucapan..
Hadirin hadirat yang dihormati,
6. Majlis kita kini diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid SKTSW, yang
akan disampaikan oleh adik Muhd Amsyar Zafran bin Zaiful Zazwan.
Dipersilakan.
7.Terima kasih diucapkan kepada adik Muhd Amsyar atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
8. Seterusnya, bagi meneruskan kata bicara luahan rasa di majlis yang penuh bermakna
ini, majlis kini menjemput dan mempersila wakil guru Cikgu Norleeda bt Jamaludin,
merangkap Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKTSW untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

9. Ribuan terima kasih diucapkan kepada  Cikgu Norleeda , atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Buah selasih di dalam puan
Dibawa gadis ke tengah laman
Segala kenangan dan jasamu puan
Sentiasa tersemat di dalam ingatan
Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Hadirin hadirat sekalian
10. Meneruskan titipan bicara menyulam kata buat insan yang diraikan, marilah kita sama-
sama mendengar ucapan sepatah dua kata yang akan disampaikan oleh Cikgu
Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar SKTSW bagi mewakili barisan pentadbir
serta seluruh warga SKTSW. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
11. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh tuan
guru besar sebentar tadi.
## Persembahan Tuan Guru Besar
12.Tuan Guru Besar….
Sudi apalah kiranya mengalunkan sebuah lagu buat titipan kenangan insan yang
diraikan . Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.
13. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan serta bait-bait lirik lagu yang telah
disampaikan sebentar tadi . Semoga bakal menjadi memori indah buat insan yang
diraikan.

Tayangan multimedia/ Biodata …
14. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi yang syahdu ini diteruskan lagi dengan bacaan memori perjalanan
hidup insan yang diraikan yakni Cikgu Hamisah bt Abu Bakar diiringi dengan
persembahan multimedia yang telah disusun bersama oleh Cikgu Norhafiza bt Tajudin,
Cikgu Mohd Ashraf bin Abdul Hadi dan Cikgu Arina bt Ariffin. Marilah sama-sama kita
saksikan.
15. Ribuan terima kasih diucapkan atas persembahan multimedia sebentar tadi. Semoga
apa yang telah disusun dapat menggarap perjalanan hidup serta biografi insan yang
diraikan sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.
Ucapan Yang Diraikan …
Pohon rokan di pinggir kota
Tempat singgah burung tempua
Tampillah puan kami meminta
Bersama madah santapan jiwa
16. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Cikgu Hamisah bt Abu Bakar.  Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan
mempersilakan Cikgu Hamisah bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan
17. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar atas ucapan itu tadi.
Penyampaian sijil tamat perkhidmatan
18. Sebagai menghargai segala jasa dan bakti insan yang diraikan sepanjang
berkhidmat di SKTSW , pihak sekolah berbesar hati ingin menyampaikan sijil
penghargaan tamat perkhidmatan kepada Yang Diraikan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar.
Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Mohd Effendi bin
Abdul Rahman , Guru Besar SKTSW untuk menyampaikan sijil penghargaan
kepada Cikgu Hamisah . Dengan segala hormat dipersilakan.

Acara memotong kek …
19. Hadirin dan hadirat sekalian.
Seterusnya majlis menjemput Cikgu Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar
SKTSW , barisan pentadbir serta NYDP PIBG SKTSW, bagi mengiringi Yang Diraikan
Cikgu Hamisah bt Abu Bakar , naik ke pentas untuk acara memotong kek bersempena
persaraan beliau .
Pahat papan menjadi hulu
Hulu dijual di Tanjung Dawai
Rehatlah puan di dunia baharu
Ukhuwah terjalin usah terurai
20. ## Persembahan 1
Pohon rokan tumbuhnya rendah
Harum mewangi kuntum melati
Padamu puan kami persembah
Boria suka-suka penghibur hati
21. Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis kita kini akan diserikan dengan persembahan Boria oleh kumpulan …………..
…………………………………………….. . Kumpulan ini dianggotai oleh murid-murid
tahun 4 SKTSW serta tiga orang guru yakni Cikgu Khairul Iswadi, Cikgu Asyraf dan
Cikgu Fairuz Ramli. Sekarang ditampilkan kumpulan …………………………………….
dengan persembahan mereka “Boria Suka-suka”. Majlis dengan ini mempersilakan.
## YELL ………
22. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan boria yang begitu
menghiburkan sebentar tadi .
23. ## Persembahan 2

Seterusnya kita akan disajikan pula dengan nyanyian solo oleh adik Puteri Kaseh
……………………………………………. Dari 4 Sathyakkala dengan lagunya
“………………………………………………………………………..” Dipersilakan
## YELL …….
24. Terima kasih diucapkan kepada adik Puteri atas persembahan nyanyian itu tadi.
25. # # Persembahan 3
Kini, ditampilkan pula nyanyian lagu-lagu medley oleh kumpulan penyanyi
SKTSW yang tidak asing lagi yakni Cikgu Mohd Ashraf, Cikgu Fairuz dan juga
Cikgu Khairul Iswadi. Dipersilakan
## YELL…….
26. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan nyanyian lagu-lagu
medley sebentar tadi

SETIA BUDI SEMARAK KASIH,
UNTUKMU PUAN INSAN TERPILIH,
PERGIMU PUAN BUKAN TERSISIH,
BUDIMU PUAN DI HATI MEMBENIH.
SETIA BUDI SEMARAK KASIH,
PUAN BERANGKAT KAMI YANG MERINTIH.
Penyampaian hadiah dan cenderamata, mengikut aliran….xxxxxxx
27. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu  Cikgu Hamisah bt Abu Bakar.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Cikgu Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar SKTSW bagi mengiringi Yang
Diraikan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

28. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata secara peribadi daripada anak-
anak didik SKTSW …….
29. Seterusnya diikuti oleh wakil-wakil kelas/ aliran….
Dipersilakan wakil dari kelas Pra-sekolah , Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun
5 dan Tahun 6.
30. Berikutnya dipersilakan pula wakil-wakil panitia mata pelajaran. Dimulakan dengan …..
31. Demikian lah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk
Yang Diraikan Cikgu Hamisah bt Abu Bakar . Majlis merakamkan ribuan terima kasih
kepada Cikgu Hamisah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Cikgu Mohd Effendi bin
Abdul Rahman yang telah sudi mengiringi Cikgu Hamisah untuk menerima cenderamata
sebentar tadi. Pihak majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata yang terlibat.
32. Hadirin hadirat sekalian,
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara.
Untuk itu, terimalah sedikit seloka khusus untuk insan yang diraikan…
Lincah orangnya wajah berseri
Cikgu Hamisah nama diberi
Kata nasihat tiada henti
Buat anak didik santapan rohani
  Sudah biasa kita dengari
  patah tumbuh hilang berganti
  namun tak sama guru yang ini
  Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu  tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
           Sampai di sini seloka kami
          Tidak berakhir hubungan ini
            Silaturahim  terus terpatri
          Biarpun cikgu  tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami  sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
            Semoga cikgu sihat sejahtera
            Terus menyusuri hari yang ceria
          Di samping beribadah pada yang Esa
        Moga dipayungi bahagia selamanya.
33. Pihak majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu
Hamisah bt Abu Bakar kerana sudi untuk bersama-sama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar cikgu Hamisah bertambah ceria dan
bahagia dalam kehidupan seharian.
34. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “LAMBAIAN KASIH
TAUTAN RINDU” ini.
Send off / Lambaian akhir………………
Tags