TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN.ppt BAPA PEMBANGUNAN
sahrulazha
0 views
20 slides
Oct 04, 2025
Slide 1 of 20
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
About This Presentation
JIKA ADA KESILAPAN, KELEMAHAN DI PIHAK SAYA..
Size: 526.56 KB
Language: none
Added: Oct 04, 2025
Slides: 20 pages
Slide Content
TUN ABDUL RAZAK BIN
DATO’ HUSSEIN
1970-1976
BAPA PEMBANGUNAN
DISEDIAKAN OLEH: MOHD SAHRUL AZHA BIN SULONG
LATAR BELAKANG
Allahyarham Orang Kaya Indera Shahbandar Tun Dato' Indera Haji Sir Abdul
Razak bin Dato' Haji Hussein (Jawi: نيسح ن
Bب قازرلا دBبع
; 11 Mac 1922 – 14 Januari
1976) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana
Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada
Januari 1976
Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah
binti Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis
yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato'
Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong.
Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya
Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya
yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
LATAR BELAKANG
Berkahwin dengan Tun Dato' Indera Hajah Rahah binti Tan Sri Dato'
Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 – 18 Disember 2020)
Beliau ialah anak kepada Tan Sri Dato' Mohamed Noah Omar, Yang
di-Pertua Dewan Rakyat pertama.
Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun
Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009.
Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed
Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir. Disebabkan
sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal
pada 14 Januari 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di
London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam Pahlawan yang
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran
dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan.
Mendpt pendidikan rendah di sekolah Melayu Kampung Jambu,
Langgar dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala
Kangsar sehingga tamat pd tahun 1937.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau
bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu.
Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej
Raffles, Singapura pada 1940.
Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu
pencetusan Perang Dunia II.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kingdom pada tahun
1947 untuk belajar jurusan undang-undang.
Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku
Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga
untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.
Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan
Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah
Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu.
Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah
wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk
penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima
ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London, United Kingdom.
SUMBANGAN POLITIK
1) KERJAYA DALAM POLITIK MALAYSIA
Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan
bergiat dalam bidang politik.
Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri
Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua
Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955,
beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian peristiwa 13 Mei 1969
dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970,
beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
kedua
Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk
menggantikan Parti Perikatan.
SUMBANGAN POLITIK
2) TERLIBAT DALAM ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON
Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British melalui portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian
Pertahanan Menteri.
Rombongan ini berada di London dari 18 Januari sehingga 8 Februari 1956
untuk merundingkan kemerdekaan negara.
Akhirnya rundingan ini telah berjaya dan pada 8 Februari 1956 Tunku telah
menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pihak British di Lancaster House, London.
Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, Persekutuan Tanah Melayu
akan diisytiharkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.
SUMBANGAN POLITIK
3) MENDAMAIKAN HUBUNGAN LUAR MALAYSIA
Dalam konteks dasar luar negara, beliau antara tokoh yang turut memainkan peranan
penting dalam usaha mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia. Tambahan pula,
beliau berketurunan Bugis Sulawesi yang juga menunjukkan pertalian yang sangat rapat
antara dirinya dengan Indonesia.'
Semasa sambutan kemerdekaan, Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa
Pusat Merdeka peringkat negara turut tidak ketinggalan menjemput wakil kerajaan
Indonesia untuk hadir dalam majlis meraikan hari bersejarah tersebut di Stadium Merdeka
pada 31 Ogos 1957.
Pada 19 November 1958, Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan telah memulakan kerjasama dengan mengetuai satu
rombongan muhibah ke Indonesia.
Beliau turut mewujudkan konsep ZOPFAN atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali yang ditandatangani oleh Menteri Luar Indonesia,
Malaysia, Filipina dan Singapura melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 Nov 1971.
SUMBANGAN POLITIK
3) MENDAMAIKAN HUBUNGAN LUAR MALAYSIA
Semasa di Indonesia, Tun Abdul Razak dan rombongan telah dibawa
melawat Akademi Tentera Kebangsaan Indonesia di Magelang dan Akademi
Tentera Laut di Surabaya.
Pada 27 November, lawatan tersebut berakhir dengan Tun Abdul Razak dan
Naib Perdana Menteri Indonesia, Hardi telah mengeluarkan kenyataan
bersama iaitu untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama Persekutuan
Tanah Melayu Indonesia.
Kerjasama ini merangkumi hubungan diplomatik, kebudayaan, bahasa dan
keselamatan
Pada 29 Mei 1966, Tun Abdul Razak mengetuai perwakilan Malaysia untuk
mengadakan rundingan dengan Adam Malik yang mengetuai rombongan
Indonesia di Bangkok. Selepas berunding selama tiga hari, Tun Abdul Razak-
Adam Malik telah mengambil keputusan untuk menamatkan permusuhan dan
memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dengan Indonesia
SUMBANGAN POLITIK
4) SUMBANGAN DALAM POLITIK ANTARABANGSA
Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah
mengubah dasar luar yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan apabila semua negara ASEAN
bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
atau ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971.
Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan
sokongan kuasa besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah
menghantar Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan ke
China pada bulan Mei 1971.
Kejayaan dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan
diplomatik antara kedua-dua negara apabila China menyokong cadangan
mewujudkan ZOPFAN.
SUMBANGAN EKONOMI
1)PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Semasa Tun Abdul Razak mengetuai Kementerian Pembangunan dan Luar
Bandar, beliau telah melancarkan skim rancangan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan untuk membangunkan
kawasan luar bandar di bawah program Rancangan Malaya Pertama.
Di bawah penyeliaan Tun, Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar
telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk
menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringat negeri, daerah
dan kampung
Tun Abdul Razak juga merangka satu dasar pembangunan menyeluruh
yang meliputi seluruh negara yang dikenali sebagai “ Buku Merah ”
bertujuan untuk mengawasi kemajuan projek2 pembangunan yang
dilaksanakan di setiap daerah.
Bank Bumiputera juga ditubuhkan untuk membantu pengusaha Melayu
memperoleh pinjaman dengan faedah yang rendah.
SUMBANGAN EKONOMI
2) MENYEDIAKAN ASAS INFRASTRUKTUR
Tun Abdul Razak Memperuntukkan hampir ½ juta ekar tanah untuk
tanaman padi, kelapa, dan tanaman lain bg diusahakan oleh
pnduduk d kaw luar bandar.
Pembukaan jalan2 baru spt jalan raya persekutuan dan ngeri serta
jambatan – jambatan telah diperbaiki. Contoh, jalanraya Kuala Lumpur,
Ajil – Jerangau di Terengganu dan lain2.
Kadar buta huruf di kalangan orang dewasa dihapuskan dgn
penubuhan kelas pelajaran dewasa. Menerusi kelas ini, dlm tempoh 10
tahun dr tahun 1960 – 1970 lebih tiga juta orang dewasa yang buta
huruf d seluruh ngara dpt dicelikkan.
SUMBANGAN EKONOMI
3.MELANCARKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun
1971 bertujuan untuk mngurangkan jurang ekonomi ant. kaum .
DEB menekankan keseimbangan ant. pembangunan sosial dan
pembangunan ekonomi melalui cara membasmi kemiskinan tanpa
mngira kaum dan mnyusan smula masyarakat.
Mlalui dasar ini penglibatan org Melayu dan bumiputera dlm bidang
perniagaan telah dipertingkatkan dgn sokongan dn bantuan drpd
kerajaan.
Gerakan Buku Hijau dlancarkan ketika ngra mnghadapi inflasi
kewangan utk menggiat jentera kerajaan melibatkan rakyat dalam
rancangan penggunaan tanah, tanaman janga pendek, pekebunan
kelompok, ternakan dan pemeliharaan ikan air tawar.
SUMBANGAN EKONOMI
SUMBANGAN EKONOMI
4.RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA LIMA TAHUN
Tujuan penubuhan ialah membasmi kemiskinan tanpa mngira kaum
dgn mnambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan
bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum
mengikut fungsi ekonomi.
Dengan ini, tertubuhnya beberapa agensi spt Lembaga Beras dan
Padi Negara utk mnstabilkan harga padi.
Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia untuk mmbngunkan dn
memondenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup
nelayan.
Penubuhan RISDA ( Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ) utk
mmbantu dr segi penyelidikan dan penanaman smula getah dan
Lembaga Pertubuhan Peladang utk menggalakkan dn mmbantu
petani melibatkan diri dlm koperasi.
SUMBANGAN EKONOMI
SUMBANGAN SOSIAL
1) MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN KAUM MELALUI PENDIDIKAN
Penyata Razak 1956 adalah laporan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak yang
bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu
dengan cadangan utama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar, serta menyatukan kaum melalui pendidikan
yang lebih seragam. Laporan ini menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan
memperjuangkan penubuhan sekolah kebangsaan dan sistem peperiksaan yang
sama untuk semua.
Tujuan Utama Penyata Razak
Membentuk identiti kebangsaan:
Melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang berpusat, laporan ini ingin
menyatukan pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Menyatukan sistem pendidikan:
Laporan ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang lebih seragam
dan cekap untuk memenuhi keperluan negara yang baru merdeka
SUMBANGAN SOSIAL
2) RUKUN NEGARA
SUMBANGAN SOSIAL
3) ASPEK PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NEGARA DAN RAKYAT
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri, juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957.
Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan
melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas
anggota askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman dalam peperangan
gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan
anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun
memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan
Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas
pilihan raya umum
KESIMPULAN
Tun Abdul Razak smasa hayat beliau telah bnyk mncurahkan tenaga dan
usahanya kpd perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan
rakyat dan keamanan dunia. Jasanya yg tidak ternilai ini diharapkan dpt
dicontohi serta diteladani oleh semua pemimpin – pemimpin dan juga
seluruh rakyat Malaysia.
Tun Abdul Razak meninggal dunia pd 14 Januari 1976 di London kerana
penyakit leukemia. Jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak telah
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Sedekahkanlah Al – Fatihah kpd Allahyarham.