haid-nifas-dan-istihadhah untuk pembekalan siswi.pptx
JhonyBram
8 views
20 slides
Oct 18, 2025
Slide 1 of 20
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
About This Presentation
pembekalan siswi sejak dini agar selamat dunia akhirat
Size: 439 KB
Language: none
Added: Oct 18, 2025
Slides: 20 pages
Slide Content
FIQH WANITA (Thaharah)
DA RAH : -HAI D -NIFAS -ISTIHADHAH
MAKNA HAID HUKUM MEMPELAJARI HAID WARNA-WARNA HAID MASA DAN TEMPOH HAID HUKUM-HUKUM KETIKA HAID 3 HAI D
Makna H aid Secara bahasa الحيض ialah: M engalir Secara syara’ (Istilah) haid ialah : D arah yang keluar dari rahim wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia adalah darah fitrah yang keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.
HUKUM MEMPELAJARI HAID 5 F ardu ‘ ain : wanita yang sudah baligh F ardhu kifayah : laki -la ki
Warna-warna darah haid Menurut ulama; warna-warna darah haid ada lima, y aitu; 1. Hitam 2. Merah 3. Asyqar (warna antara merah dan kuning) 4. Kuning 5. Keruh
Tanda Habisnya Haid ? 1. Telah keluar cairan putih, yaitu cairan berwarna putih yang keluar dari rahim sebagai tanda telah selesainya masa haid (darah haid telah berhenti). 2. Keringnya farji (sama sekali tidak ada lagi darah yang keluar), (tanda ini bisa digunakan) bila wanita tersebut tidak memiliki kebiasaan keluar cairan putih
Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid? Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari) Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud) 8
MASA DAN TEMPOH HAID Tempoh paling minima l sehari semalam Tempoh paling maksimum 15 hari MASA HAID MASA SUCI Tempoh paling minima l sehari semalam Tempoh paling maksimum 15 hari kebiasaan nya selama 6 atau 7 hari
Shalat, HUKUM-HUKUM KETIKA HAID Puasa, Thawaf, Menyentuh dan Membaca mushaf Al-Qur’an, Berhubungan intim dengan suami pada kemaluannya.
MANDI WAJIB Apabila haid berhenti, wajib mandi dengan mengenakan air ke seluruh anggota badan berdasarkan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha : “Apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat, dan apabila hilang haid maka hendaklah kamu mandi dan solat.” [ Shahih al-Bukhari – no: 320 (Kitab al-Haid) ]
ISTIHADAH DAN HUKUM-HUKUMNYA
PENGENALAN ISTIHADAH
I stihadah الاستحاضة ) ) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita . Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan . Dalil pertama , yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ' anha kepada Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari : “ Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci ” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci .” Dalil kedua , yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu ' anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam lalu berkata : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak .” [ Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya .]
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘ alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘ anha : “ Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam ( lagi ) dikenali , justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat . Jika ia adalah ( darah ) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu ’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah ( darah ) penyakit .” [ Sunan Abu Daud – no: 247 ( Kitab al- Thaharah ) dan Sunan al- Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim] Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya , akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya . Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita . [1]
Hukum-Hukum Istihadah . Maka hukum-hukum yang diwajibkan ke atasnya adalah sama seperti wanita yang suci kecuali sebagai berikut : Wanita yang beristihadah wajib berwudhu ’ setiap kali hendak solat . Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ' anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: “ Kemudian hendaklah kamu berwudhu ’ pada setiap solat .” Hadis ini memberi makna bahawa dia tidak berwudhu ’ untuk solat yang berwaktu kecuali selepas masuk waktunya . Adapun bagi solat yang tidak berwaktu ( solat sunat ) maka dia berwudhu ’ ketika hendak melaksanakannya .
JENIS-JENIS ISTIHADAH Darah yang keluar kurang dari masa haid yg minimum yaitu kurang dari sehari semalam . Darah yg keluar lebih dari had paling banyak masa haid yaitu lebih 15 hari . Keluar haid sebelum berumur sembilan tahun ( mengikut perkiraan tahun Islam). Darah yg keluar lebih dari had maksimal bagi nifas yaitu lebih dari 60 hari . Darah yg keluar dari had kebiasaan (6 atau 7 hari ) bagi wanita yg keluar darah warna yg sama dan lebih dari 15 hari .
NIFAS
PENGENALAN Nifas ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak . Darah ini keluar sama ada di saat melahirkan anak , selepas melahirkan anak atau dua hingga tiga hari sebelum melahirkan anak . Darah ini sebenarnya merupakan campuran darah , lendir dan tisu uri . Nifas biasanya terjadi selama 4 hingga 6 minggu .
MASA DAN TEMPOH NIFAS Bagi nifas tidak ada tempoh minimum atau maksimum . Jika ditakdirkan seorang wanita melihat darah lebih daripada 40 atau 60 atau 70 hari lalu kemudian barulah ia berhenti , maka itu adalah darah nifas . Akan tetapi jika pendarahan berlaku secara berterusan ( melebihi tempoh di atas ) maka ia adalah darah fasid ( istihadah ). Maka batasnya ( bagi kes ini ) ialah 40 hari kerana sesungguhnya tempoh 40 hari adalah kebiasaan ( bagi wanita yang sudah bersalin ) sebagaimana yang disebut dalam atsar-atsar ( pendapat tokoh terdahulu ). [ al- Risalah fi al- Asma ’ allati ‘ Alaq al- Syar‘i al- Ahkam biha , ms. 37]