Harut Marut: Kisah dan Teladan sepanjang zaman.pptx
AimanFitryZulkifli
9 views
18 slides
Oct 19, 2025
Slide 1 of 18
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
About This Presentation
Kisah Harut dan Marut terdapat di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah
Size: 60.9 KB
Language: none
Added: Oct 19, 2025
Slides: 18 pages
Slide Content
Harut Marut
{ وَلَمَّا جَاۤءَهُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقࣱ لِّمَا مَعَهُمۡ نَبَذَ فَرِیقࣱ مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَاۤءَ ظُهُورِهِمۡ كَأَنَّهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ } Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w ), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka , sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka , seolah-olah mereka tidak mengetahui ( kebenarannya ).
{ وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتۡلُوا۟ ٱلشَّیَـٰطِینُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَیۡمَـٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَیۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّیَـٰطِینَ كَفَرُوا۟ یُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَكَیۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا یُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ یَقُولَاۤ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةࣱ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَیَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا یُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَیۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَاۤرِّینَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَیَتَعَلَّمُونَ مَا یَضُرُّهُمۡ وَلَا یَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشۡتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقࣲۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡا۟ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ (102) وَلَوۡ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَمَثُوبَةࣱ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ خَیۡرࣱۚ لَّوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ (103) } Mereka ( membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman , padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu , akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir ( dengan amalan sihirnya ); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat : Harut dan Marut , di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : " Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan ( untuk menguji imanmu ), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir ( dengan mempelajarinya )". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua : ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya , padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat ( atau membahayakan ) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka . Dan demi sesungguhnya mereka ( kaum Yahudi itu ) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat . Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka , kalaulah mereka mengetahui . Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa ( nescaya mereka akan mendapat pahala ); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik , kalau mereka mengetahui .
Sebab Nuzul Berkata Muhammad bin Ishaq Sebahagian pendeta Yahudi berkata , “ engkau semua tidak hairankah dengan Muhammad, dia menyangka Sulaiman itu Nabi? Wallahi Sulaiman itu penyihir ”. Maka turun wama kafara Sulaiman at- Tobari berkata Yahudi berkata , “ tengoklah Muhammad campur aduk haq dengan batil . Dia kata Sulaiman tu Nabi. Bukankah dia tu penyihir yang menaiki angin ?” Maka turun wattbau ma tatlu …
Israiliyat Sebahagian mufassir memasukkan ke dalam tafsir mereka Ringkas cerita : Malaikat dibentangkan tentang penciptaan manusia sebagai khalifah. Lalu Allah memuliakan / melebihkan manusia yang beriman daripada malaikat kerana dijadikan syahwat yang boleh menyebabkan terjerumus kepada maksiat tetapi mereka dapat mengawalnya . Maka Malaikat berkata , “ kalau Engkau jadikan pada kami syahwat nescaya kami tidak melakukan maksiat ”. Allah memilih dua orang malaikat untuk diuji nama mereka Harut dan Marut
Lalu Allah meletakkan kepada diri mereka syahwat dan Allah menurunkan mereka ke bumi serta Allah melarang mereka untuk melakukan maksiat . Mereka turun di Babylon dan beribadat kepada Allah. Di sana mereka ternampak Perempuan yang cantik . Maka mereka pun tertarik . Mereka cuba menggoda / mengorat Perempuan tersebut tetapi tidak dihiraukan . Perempuan itu lalu memberi peluang kepada malaikat sekiranya mereka dirinya , malaikat perlu memilih sama ada hendak sembah berhala , bunuh budak atau minum arak. Malaikat memilih arak kerana ia adalah dosa kecil . Akibat minum arak tersebut , malaikat pun mabuk lalu membunuh budak dan menyembah berhala serta mendapat Perempuan tersebut . Allah murka kepada Harut dan Marut dan Dia memberi pilihan sama ada mahu diazab di dunia atau akhirat . Mereka memilih dunia
Lalu kepada mereka tergantung ( kepala ) di langit Babylon antara bumi dan langit . Sejak itu mereka tergantung sehingga hari kiamat . Berterusanlah di Babylon, mereka mengajar manusia sihir Betapa buruknya perangai bani israel seleweng kitab agama. Memburukkan malaikat . Di sisi kita malaikat patuh kepada Allah. Tu belum cerita perkara lucah di dalam kitab Bible. Ahmad Deedat pernah suruh seorang penceramah famous Kristian di US untuk baca satu teks di dalam Bible yang berunsur lucah . Kalau dia baca , Ahmad Deedat bagi duit . Dia pun baca . Dia peril orang islam ajar boleh kahwin empat . Dia tak sedar buku dia ajar benda teruk .
Taaliq israiliyat Tidak ada sanad sahih dari nabi Ibnu kathir komen , “Riwayat berkenaan Harut dan Marut ini telah diriwayatkan oleh segolongan tabiin ; Mujahid, Hasan Basri , Qatadah … Hasilnya adalah ia merujuk kepada pengkhabaran dari Bani Israel yang tidak mempunyai sanad yang bersambung kepada Nabi”.
Kisah Sebenar Allah melantik dua malaikat namanya ; Harut dan Marut untuk turun ke Babylon(bandar yang maaruf di Iraq). Pemerintah pada waktu itu Hamurabi dan Nabukhaz Nassar. Di sana tersebarnya sihir . Boleh jadi tersebar disebabkan oleh orang Yahudi selepas mana Kerajaan mereka diserang oleh Nabukhaz Nassar. Yahudi memang masyhur dengan sihir . Dalam tafsir munir : Syaitan mencuri dengar pengkhabaran dari langit . Kemudian dipelajari oleh tukang tilik dan manusia pun pelajarinya . Mereka kata, “ Inilah ilmu Sulaiman ”.
Makna ittaba`u ? Membaca Mengikut dan beramal dengannya * gabungkan dua2
Siapa syaitan ? Manusia dan jin Siapa yang banyak pelajari sihir pada waktu itu ? Yahudi kerana mereka hidup zaman Sulaiman . Bahkan jin dan manusia berada pada penguasaan Sulaiman dan Sulaiman adalah nabi mereka .
Nape kata Yahudi ? Daripada muka surat 7 sampai awal muka surat awal 23 semua cerita berkenaan dan ada kaitan dengan Yahudi , Bani Israel dan Nasrani Ayat ni muka surat 16 Perangai mereka ni memang kalau Nabi datang pada mereka yang tak kene dengan nafsu mereka , mereka akan ingkar {أَفَكُلَّمَا جَاۤءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰۤ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِیقࣰا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِیقࣰا تَقۡتُلُونَ } [ Surah Al-Baqarah: 87] Satu lagi perangai suka membelakangi taurat dan ayat sebelumnya { وَلَمَّا جَاۤءَهُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقࣱ لِّمَا مَعَهُمۡ نَبَذَ فَرِیقࣱ مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَرَاۤءَ ظُهُورِهِمۡ كَأَنَّهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ } [ Surah Al-Baqarah: 101] Level pertama ingkar Nabi, ni masuk level kedua ingkar Tuhan terus
Cerita bani israel yang banyak dalam al-Quran satu untuk kita tahu perangai mereka . Satu lagi jadi iktibar untuk kita tidak ikut perangai mereka . Satu lagi perangai umat terdahulu itulah yang akan dihadapi untuk umat seterusnya sebab Allah tak cerita dalam al-Quran sia-sia mesti ada faedah . Jadi lepas mereka membelakangi Taurat apa mereka buat? Mereka mengikut apa dibaca oleh syaitan ( manusia dan jin ) pada masa pemerintahan Sulaiman iaitu sihir . Bila dia sebut `ala Mulki sulaiman , ada yang memahami seakan2 Kerajaan Sulaiman pun guna sihir . Tetapi ayat al-Quran menafikan iaitu wama kafara sulaiman
Jadi kufur sebabkan praktik sihir حديث المسند: من أتى كاهناً أو عرافاً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد Sihir dalam bahasa arab ni dua jenis Penipuan ; mengalihkan pandangan daripada apa yang sebenar dia buat disebabkan licik tangannya Meminta bantuan syaitan
Penyihir di Babylon pada Ketika itu ( sama ada Yahudi atau selainnya ), mereka menakut-nakutkan orang dengan sihir sehingga mereka merasakan sihir mereka ni boleh memberi manfaat dan mudarat . Sehingga mangsa tunduk kepada mereka Peranan Harut dan Marut adalah untuk menghilangkan rasa takut manusia pada Ketika itu tentang sihir . Malaikat mengajar mereka sihir dan menyingkapkan hakikat sihir . Kita boleh gambar perbualan malaikat seperti , “ Sihir ini boleh dipelajari kerana ia seperti ilmu lain. Sesungguhnya sihir tidak dapat memberi manfaat dan mudarat kecuali dengan izin Allah”.
Ayat yang mengatakan “kami ini fitnah( ujian ) jangan kufur ” dengan maksud “kami ni cuma bagitahu hakikat sihir ( bagaimana sihir terjadi , apa trick..) jangan kamu amal pula Ajar orang jangan mencarut , bermaksud tak boleh amal Ajar sihir tu supaya tak tertipu , jangan teruja , ia bukan boleh bagi mudarat manfaat ( jangan takut ) Boleh jadi sebab bila kita dah Nampak orang buat sihir , kita pun terikut . Sama ada nak kenekan orang atau nak dapatkan perhatian orang atau nak duit Ayat ni mereka nakkan Sihir ni betul2 berlaku . Ada orang tak percaya
Bila dah setel kerja malaikat , mereka pun naik ke langit . Masalahnya orang Babylon tak amek nasihat malaikat . Bahkan mereka gunakkannya untuk keburukan hinggakan memisahkan antara isteri dengan suami Ada kawan maknya memang tak boleh jumpa suami dia. Rasa tak sedap badan, hati hingga nak baling periuk belanga Kita ni tak puas hati / dengki dengan orang, pedajal orang. Tu israel serang orang islam tak nak hantar . Penting juga pendinding (zikir2 pendinding cth Daripada Khaulah binti Hakim al- Sulamiyyah R.anha , beliau mendengar Nabi SAW bersabda : مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ Maksudnya : “ Barangsiapa yang tiba di suatu tempat , lalu dia membaca : Aku memohon perlindungan daripada kalimah - kalimah -Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan . Maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut . ” [Riwayat Muslim (2708), Imam al-Tirmizi (3437) dan Imam Ibn Majah (3547)]
Mereka tahu jer Mereka belajar perkara yang membahayakan mereka sekiranya mereka beramal dengannya Mereka tidak dapat bahagian di akhirat apabila mereka lagi nak ikut / memilih sihir berbanding Taurat .