Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar . Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar .
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR Meningkatkan daya belajar dan daya intelek . Memupuk disiplin belajar . Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat . Meningkatkan daya ingatan . Pengurusan masa yang berkesan . Memantapkan pembelajaran individu . Mencapai cita-cita dan matlamat diri . Membina budaya belajar yang betul dan berkesan . Meningkatkan pencapaian individu .
GANGGUAN Tidak memberi tumpuan . Kurang berminat sesuatu mata pelajaran . Berbual-bual semasa pembelajaran berjalan . Membuat angapan negatif “ Tajuk ini tidak menarik ” “ Tajuk ini mudah / membosankan ” Sedang berkhayal . Emosi terganggu . Bunyi bising . Tidak cukup tidur . Sikap diri . Penyampaian guru kurang memuaskan .
APA YANG DIPERLUKAN BAGI MENDENGAR DENGAN BERKESAN
Kawal tumpuan dan pemerhatian anda . Tingkatkan minat kepada semua mata pelajaran . Elakkan berbual-bual semasa guru menyampaikan maklumat . Jangan malu mengemukakan soalan apabila anda tidak faham. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada tajuk yang sedang dibincangkan . Sentiasa berfikiran terbuka “open mind”. Jangan hiraukan / layan gangguan otak . Duduk dengan penuh minat . Anda perlu mendengar , bukan menilai . Membaca terlebih dahulu bahan yang hendak diajar oleh guru. Mencatat isi-isi penting menggunakan perkataan sendiri .