Muntolak Bab 10 - Keselarasan & Kesyumulan.pdf

MohdNoorShawal 61 views 2 slides Dec 10, 2024
Slide 1
Slide 1 of 2
Slide 1
1
Slide 2
2

About This Presentation

https://taplink.cc/kitasq


Slide Content

dia juga yg paling khusyuk solat dan paling
bersemangat berdakwah. Tapi, dia tak mahu
terikat dengan sebarang perancangan &
peraturan. Apa yg dirasakan betul dia buat
tanpa melihat pandangan da’i lain. Dia tidak
peduli sama ada apa yg dibuat selaras dgn
da’i lain atau tidak. Orang sebegini sukar utk
sampai ke hasil positif. Dia hanya akan
berlegar di tempat yg sama.
Sebenarnya, da’i yang memberi harapan kpd
ummah hanyalah da’i al-munassiquun (yg
dapat disusun).
Pengalaman dakwah terdahulu terus
membuktikan betapa pentingnya satu
penyusunan/tanzim utk menyelaraskan usaha
setiap orang yg bekerja utk Islam.
Penyusunan akan dapat memberikan impak
yang padu. Kemampuan individu yang paling
kecil akan menghasilkan result yang hebat.
Dakwah mempunyai tuntutan yg saling
melengkapi (mutakamilah). Usaha yg kecil tak
akan menjadi kecil sekiranya dibuat pada
masa yang sesuai. Yang kecil akan
menyempurnakan & menguatkan yg besar.
Sesungguhnya kerja yang mengekalkan
perjalanan jamaah dakwah: “Anda lihatnya
umpama satu bulatan yang berputar.
Adakalanya ia naik atau turun. Bukan kerana
rendah atau tingginya, tetapi kerana bergerak
mengelilingi pusat (orbit), selaras & seimbang
menurut ukuran yang tertentu.” -Al-Rafi’e
Jadi tiada satu pun usaha pun yang dianggap
remeh, rendah nilainya dan kurang
kepentingannya lalu ia diabaikan. Semua
usaha adalah sama penting apabila ia
diusahakan dalam perancangan, ukuran dan
timbangan yang tertentu.
Orang yg benar tarbiahnya akan dapat
dikenali dgn 2 sifat berikut;
1. Isti’la’ (meletakkan Islam yang tertinggi) -
prinsip lain adalah rendah & sesat
2. “Clear cut” – berpisah, berlepas diri dan
tinggalkan pengikut al-hawa.
Inilah fitrah Islam yg Allah tetapkan.
Disebabkan 2 sifat ini, gagallah segala usaha
utk berdamai antara Islam dan kufur kerana
cara fikir keduanya takkan dapat disatukan.
Bab 10: Keselarasan & 
Kesyumulan 
Perbezaan Cara Fikir Menghalang Pertemuan
1. Intro (Sifat Islam ialah taghyir-mengubah)
4. Menyeluruh dlm Perlaksanaan Kerja
Perkara kedua ialah kesyumulan dalam
setiap aspek seperti dalam Usul 20 IHAB.
 
“Bahawa Islam kita adalah Daulah & Tanah air,
Kerajaan & Umat, Akhlak & keKuatan, Rahmat &
keAdilan, Pengetahuan & Perundangan, Ilmu &
keHakiman, keBendaan & Harta, Usaha &
keKayaan, Jihad & Dakwah serta Tentera &
Fikrah, sebagaimana ia adalah Akidah yang
benar & Ibadah yang sahih.”

Akronim:
DT-KU-AK-RA-PP-IH-BH-UK-JD-TF~AI (22)
(d
ata kuak rappih bhuk j ida tefiai)
Keluasan pengertian Islam ini menyebabkan
da’i juga perlu luas dalam pendekatan &
perlaksanaan. Oleh itu, kumpulan dakwah
Islam..
1. Bukanlah parti politik walaupun ia seolah2
berusaha mengusai pemerintahan. Ia berhati2
Penyair2 dakwah telah menerangkan tabiat
taghyiriyyah Islamiyyah. Mahmud al-Jaafar
adalah salah satunya yg berkata;
Allah matlamat kami..
Al-Quran perlembagaan kami..
Kami tak menerima selain Al-Quran..
Bagi kami, Islam hanyalah dakwah..
..memusnahkan kepala si degil..
Keadaan sekarang sudah cukup jelas bagi
seorang dai, apa yg benar dan apa yg salah.
Adakah kita akan melepaskan kerja ini kpd
manusia sesat?
Kerajaan2 sudah lari dari hidayah. Mereka
menunggang politik berpandukan ijtihad nafsu
& kedegilan mereka. Sesetengahnya terang2
di dalam kesesatan. Sebahagiannya pula
menyorok disebalik “topeng berkecuali”.
Mereka lupa tanggungjawab kpd manusia dan
terus sombong. Mereka menyebabkan
malapetaka dan bencana diseluruh dunia.
Tidak mahukah kita berlumba-lumba
mendapatkan pertolongan Allah? (Hadis 40:
Ke-19) Sudah hambarkah kita dgn seruan
jihad untuk mencari 2 tujuan utama di dunia
ini? Hidup dgn penuh kemuliaan atau syahid
di jalan ini.
Keadaan ini memestikan para da’i bertindak pantas & keluar bersama2 untuk
mengembalikan orang yg sesat.
Perkara pertama yg perlu dibuat ialah
mengajak manusia berkumpul. Namun,
kadang2 kita lihat ada da’i yg menyeru kpd
fikrah Islam semata-mata (tak berpijak pd
bumi/ tak sedar realiti). Kita lihat dia sebagai
da’i yg paling hebat kefahamannya, akidah,
sistem dan paling banyak membaca. Mungkin
Perkembangan Mantap lahir dari pusat tetap

Itulah ciri keistimewaan kedua yang
membezakannya dari umat Islam umum yang lain
setelah ciri pertama iaitu kerja secara jamai’e.
Sebenarnya ciri istimewa ini bukanlah pandai-
pandai kita sahaja. Ianya adalah arahan anjuran
Imam Ahmad Ibnu Hanbal selaku pemimpin da’I
di zamannya. Ketika beliau ditanya oleh muridnya
Zuhair bin Abu Zuhair: “Bagaimana jika si polan
itu boleh jadi berusaha di dalam sesuatu bidang
seperti perkilangan, membina masjid dan
pengairan?” Kata Zuhair: “Imam Ahmad berkata
kepadaku: “Tidak, dirinya lebih utama baginya.”
Imam Ahmad tidak suka laki-laki ini
mengorbankan diri dan air mukanya.”
Terdapat 2 isu yg dijelaskan Imam Ahmad:
1. Ia adalah nasihat supaya da’i Islam tak
menjatuhkan air muka dgn usaha
meminta/menerima harta dari orang kaya
meskipun utk maslahah umum. Perbuatan ini
mungkin akan menyebabkan lidahnya
tertahan dari mengatakan kebenaran.
2. Nasihat supaya da’i menjaga air muka
dengan menjadi da’i tafarrugh (fulltime).
Berdakwah dgn penuh megah, memandu
orang ramai, memerangi bid’ah & musuh2
Islam dan amar makruf nahi mungkar serta
mengembangkan ilmu.
Memang dakwah adalah betul-betul
penjagaan. Ia adalah benar-benar suatu
tanggungjawab. Dari sinilah barulah difahami
betapa jauhnya perbezaan di antara dua
usaha, iaitu:
1. Usaha hanya semata-mata untuk menjaga
kebajikan manusia meskipun sepenat
manapun, dan
2. Usaha untuk bersama-sama dakwah
secara syumul, penyertaan yang
mengorbankan jasmani, memenatkan fikiran
dan menghirup nyawa.
Oleh kerana itulah, kesyumulan dalam
dakwah merupakan satu ketinggian. Hanya
orang mukmin yang kuat sahaja yang mampu
mendokongnya.
6. Memimpin Umat > Amal Kebajikan
agar tidak lalai daripada landasan tarbiyah & tanggungjawab ibadah.
2. Bukan pusat kajian fiqh, kelas agama @
majlis fatwa walaupun kelihatan berusaha
mendalami ilmu syariah & mengikut al-
Sunnah. Ia menjauhi perdebatan masalah
furu’ & drpd discussing teori yg melemahkan
usaha tajmi’ & memimpin masyarakat.
3. Bukan pustaka penerbitan @ wartawan
walaupun kelihatan banyak menulis,
mengikuti perkembangan semasa. Ia
membahas isu menurut pandangan Islam utk
menyempurnakan kewajipannya.
4. Bukan pasukan komando kamikaze @
institusi PLKN walaupun jihad salah satu
dasar & ada wasilah mukhayyam. Ia tak
terbabit dalam kekerasan, tindakan membabi
buta @ gopoh.
5. Bukan NGO kebajikan @ wakaf walaupun
menolong anak yatim & fakir miskin, merawat
orang sakit & membantu membina masjid.
Ya, dakwah Islam bukanlah salah satu tetapi
semua yg di atas. Sekiranya, tenaga tidak
cukup, maka perlu diutamakan mana yg lebih
penting menurut neraca masolih & mafasid.
Masalah kecil perlu dikorbankan & ditanggung
jika dapat menghilangkan maslahah yg lebih
besar.
Ramai madu’ yg kita seru hari ini kurang
kesedaran politik, manhaj fiqhiy dan masih
belum menyala roh jihad. Apa yg pasti, aspek
amal kebajikan cukup menguasai pemikiran
mereka walaupun mereka sendiri kurang harta
untuk membantu. Oleh itu, mereka perlu
di’shift’kan mindset tentang kesempurnaan &
keistimewaan dakwah ini berbanding badan
kebajikan.
Tak dinafikan faktor ini adalah disebabkan
mereka mempunyai hati yg lembut & fitrah
iman. Hati2 mereka sentiasa dibasahi nasihat
untuk sentiasa mengejar kebaikan & pahala
akhirat.
Demi Allah, semua itu benar. Kita tidak
melupakan kesan amal kebajikan dalam
kemajuan dakwah. Ia juga dpt membuka
peluang bagi da’i utk berinteraksi dgn orang
awam.
Tetapi da’i mempunyai kerja yang lebih
penting & besar. Dia wajib membuat kerja yg
tak dilakukan orang lain melainkan dia.
Sesungguhnya da’i Islam wajib melaksanakan
tugas tajmi’iyy, tarbawiyy, thaqafi, I’laamiyy,
siyasiyy, jihadiyy, khairiyy dalam kesyumulannya
yang luas dan takamul yang saling berkaitan di
antara satu den
gan yang lain.
Tags