NURATIQHAHBINTIAHMAD
9 views
42 slides
Oct 29, 2025
Slide 1 of 42
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
About This Presentation
KRS
Size: 859.03 KB
Language: none
Added: Oct 29, 2025
Slides: 42 pages
Slide Content
PERKHEMAHAN SHAFIQ AIZATULLAH BIN SHAHARUDDIN
Pengenalan Dengan persiapan kemahiran asas, berkhemah dalam hutan belantara boleh menjadi selamat dan menyeronokkan. Ketua perkhemahan perlu melakukan persediaan yang komprehensif. Setiap anggota perkhemahan perlu tetap berada dalam lingkungan kemahiran dan pengetahuan mereka tentang perkhemahan. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Pengenalan Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi pengajian. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
Tujuan Perkhemahan Berkhemahan sebagai cara pendidikan. Berkhemah sebagai cara ibadat. Perkhemahan untuk orientasi sosial. Berkhemah untuk rekreasi. Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan. Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Berkhemah membuka mata berkaitan kesihatan.
Jenis-jenis Perkhemahan Perkhemahan ringkas Perkhemahan kumpulan Perkhemahan secara besar-besaran
Khemah 1 tiang Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk perkhemahan ringkas. Memuatkan 1 hingga 2 orang penghuni sahaja. Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja.
Khemah Berbentuk A Memuatkan 3 hingga 6 penghuni. Digunakan untuk perkhemahan ringkas dan perkhemahan kumpulan. Ditegakkan dengan menggunakan 2 batang tiang dan 1 batang galang (bumbung).
Khemah berbentuk dinding Sesuai untuk perkhemahan kumpulan. Sama dengan khemah berbentuk A, tetapi mempunyai penahan angin atau hujan di bahagian tepinya. Untuk 5 hingga 6 orang.
Khemah Ridge Mempunyai sempadan yang lebih panjang dan luas daripada khemah-khemah lain. Sesuai di kawasan pergunungan dan di tepi sungai. Memuatkan 4 hingga 7 orang.
ADAB SEMASA BERKHEMAH
Adab Semasa Berkhemah Sentiasa amalkan prinsip LNT (Leave No Trace) walau di mana kita berada. Sentiasa melalui kawasan laluan yang telah tersedia. Elakkan menghasilkan laluan yang baharu dan hormati tumbuh-tumbuhan yang berada di kawasan tersebut.
Prinsip LNT Rancang dan bersedia awal Bergerak dan berkhemah di atas permukaan yang tahan lasak Buang sisa makanan dan sisa manusia dengan cara yang betul Jangan ambil dan ganggu tumbuhan, binatang atau alam sekitar Kawal kesan unggun api Hormati hidupan liar Bertimbang rasa terhadap orang lain
Rancang dan bersedia awal Tahu mengenai peraturan kawasan yang akan dilawati. Bersedia dengan perubahan cuaca, kemalangan atau perkara-perkara yang berkemungkinan berlaku. Rancang jadual lawatan untuk mengelakkan masalah peak season. Bungkus semula lebihan makanan untuk mengelakkan pembaziran. Bahagikan kumpulan besar kepada kumpulan lebih kecil.
Bergerak dan berkhemah di atas permukaan yang tahan lasak Permukaan yang tahan termasuk rintis dan tapak perkhemahan yang sedia ada. Lindungi kawasan tebing sungai dengan mendirikan khemah sekurang-kurangnya 200 kaki dari tasik dan sungai. Di kawasan yang popular, gunakan rintis dan kawasan perkhemahan sedia ada. Jalan dalam sebaris di bahagian tengah rintis, walaupun basah dan berlumpur. Hadkan keluasan perkhemahan dan tumpukan kawasan tidak mempunyai tumbuhan.
Buang sisa makanan dan sisa manusia dengan cara yang betul Bawa keluar apa yang dibawa masuk. Periksa kawasan perkhemahan dan rehat bagi memastikan tiada sampah atau sisa makanan. Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang sedalam antara 6-8 inci, sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rintis. Timbus semula selepas selesai membuang. Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperti sabun dan sebagainya. Basuh pinggan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air. Gunakan jumlah sabun yang kecil dan mesra alam. Tapis dan siram air.
Jangan ambil dan ganggu tumbuhan, binatang atau alam sekitar Kekal alam semula jadi. Lihat boleh, sentuh jangan. Biarkan batu, tumbuh tumbuhan, bahan daripada alam semula jadi. Jangan bawa masuk spesis lain (luar) ke kawasan tersebut. Jangan dirikan sebarang struktur binaan atau menggali parit. Jangan memetik dan mematahkan anak pokok, dahan atau tunas tanpa tujuan dan keperluan.
Kawal kesan unggun api Unggun api mendatangkan kesan berkekalan ke atas alam semula jadi. Gunakan dapur seperti mess tin untuk memasak dan lilin untuk cahaya pada waktu malam. Gunakan kawasan unggun api yang sedia ada sekiranya boleh. Pastikan api kecil. Gunakan hanya kayu-kayu mati di atas tanah yang boleh dipatahkan dengan tangan. Bakar semua kayu dan arang sehingga menjadi abu. Padamkan unggun api dan taburkan abu yang telah sejuk.
Hormati hidupan liar Perhatikan hidupan liar dari jarak jauh. Jangan ikut atau menghampirinya. Jangan memberi makanan kepada hidupan liar. Ini akan merosakkan kesihatan mereka, mengubahsuai lakuan semulajadi dan mendedahkan mereka kepada bahaya seperti pemangsa dan bahaya lain. Lindungi hidupan liar dan makanan anda dengan menyimpan makanan dengan selamat. Kawal binatang peliharaan setiap masa atau jangan bawa bersama anda. Elakkan daripada hidupan liar pada waktu-waktu yang sensitif seperti musim mengawan, bersarang atau beranak dan jangan mengikut denai laluan.
Bertimbang rasa terhadap orang lain Hormatilah pelawat yang lain dan kualiti pengalaman mereka. Bersopan santun. Mengalah kepada orang lain semasa bertembung di rentis. Berehat dan berkhemah jauh daripada rintis dan pelawat lain. Elakkan daripada membuat bunyi bising atau bercakap dengan kuat.
Cara Mengelakkan Risiko Sentiasa pastikan kumpulan berada pada kawasan yg sentiasa dikawal. Jangan bergerak bersendirian. Gunakan sistem buddy-buddy. Jika ada peserta teralih daripada kawasan yang ditetapkan, hanyalah kerana mendapat arahan dan kebenaran. Gunakan wisel atau sistem password yang hanya ahli perkhemahan sahaja tahu. Dengan mendengar perkataan tersebut semua akan berkumpul atau tahu sedang kecemasan.
Cara Mengelakkan Risiko Setiap peserta perlu membaca wisel sepanjang masa. Setiap peserta perlu tahu cara bunyi wisel kecemasan seperti 3 kali tiupan panjang dan kuat dengan selang berhenti sekejap antara setiap tiupan. Alatan memotong hanya digunakan sekiranya perlu. Lihat umur dan tahap kematangan sebelum membenarkan penggunaan alatan tajam. Semua api dan dapur perlu jauh daripada khemah, ponco, fly dan groudsheet dan bahan mudah terbakar. Tunjukkan cara yang selamat dan betul menghidupkan dan mematikan api atau unggun.
MERANCANG UNTUK BERKHEMAH
Merancang Untuk Berkhemah Pilih kawasan perkhemahan. Sediakan tali dan ikatan. Sediakan khemah, lindungan, bag tidur dan pad tidur. Sediakan bag. Sediakan dapur dan tempat memasak. Sediakan alatan menghidupkan api. Rancang menu masakan dan bahan makanan yang perlu dibawa. Sediakan pisau, gergaji dan kapak. Siapkan satu senarai semak.
Merancang Untuk Berkhemah Bentuk jawatankuasa. Kenal pasti kawasan. Surat kebenaran. Belanjawan Alatan perkhemahan.
PERSEDIAAN ALATAN BERKUMPULAN Alatan ini digunakan untuk kegunaan bersama setiap ahli perkhemahan. Setiap ahli bertanggungjawab untuk alatan ini.
digunakan untuk ikatan dan membina tempat perlindungan. TALI BERBAGAI JENIS DAN SAIZ (COTTON DAN NYLON)
MAGNESIUM BLOCK DAN FLINT Untuk menghidupkan api
DAPUR DAN SUMBER API Untuk masak makanan
KHEMAH Untuk perlindungan sementara
FLY DAN GROUDSHEET Untuk perlindungan sementara, tempat berhimpun sementara, aktiviti berkumpulan
BEG TIDUR Perlindungan semasa berehat
PISAU Untuk kegunaan pelbagai, paling kurang saiz 10 cm
Alatan Kumpulan Makanan Bekas simpan makanan Gergaji lipat Kapak (pemotong kayu) Parang Kotak kecemasan Wisel Kotak ikhtiar hidup Bekas air tambahan
ALATAN PERIBADI Untuk kegunaan persendirian
Alatan Peribadi Kelengkapan kebersihan diri (berus gigi, sabun dsb) Beg galas Pakaian harian Ponco Ubat-ubatan peribadi Sudu, garfu, pinggan Botol air Lampu picit Baju sejuk/lengan panjang Kasut Selipar
CARA PENJAGAAN ALATAN
Cara Penjagaan Alatan Simpan setiap alatan mengikut arahan pengeluar produk tersebut. Semua alatan untuk makan perlu dicuci selepas digunakan. Tali, kanvas, fly dan groundsheet perlu dijaga. Sentiasa cari lubang kecil dan tutup dengan tape. Tali yang sudah reput dan rapuh perlu ditukar. Keringkan khemah, ponco, fly dan groundsheet dengan menjemur.
CARA MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN
Cara Memilih Tapak Perkhemahan Tanah atau tapak yang rata. Berhampiran punca air. Jauh daripada dahan mati. Tapak yang lebih tinggi dari punca air. Mudah untuk mendapatkan bantuan. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Keselamatan kawasan perkhemahan.
AMALAN SEMASA BERKHEMAH
Pemeriksaan Pagi Setiap hari, pada waktu pagi perlu diadakan pemeriksaan pagi. Aspek-aspek yang dinilai setiap kali pemeriksaan pagi ialah: Kebersihan dalam dan persekitaran khemah. Susun atur barang dan peralatan kumpulan. Pakaian yang dibawa. Gajet yang dibawa.
Cara Melaksanakan Pemeriksaan Pagi Membersihkan kawasan perkhemahan. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan. Semua ahli perkhemahan berdiri sebaris mengikut sistem Seksyen. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang. Ketua Seksyen mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.