PENGKOLONIAN dan SESARAN biologi merujuk kepada proses perubahan dalam komposisi spesies di suatu kawasan atau habitat dari semasa ke semasa.
Size: 9.61 MB
Language: none
Added: Oct 09, 2025
Slides: 16 pages
Slide Content
PENGKOLONIAN & SESARAN
PENGKOLONIAN dan SESARAN biologi merujuk kepada proses perubahan dalam komposisi spesies di suatu kawasan atau habitat dari semasa ke semasa. PENGKOLONIAN adalah proses apabila satu spesies baru mula mendiami suatu kawasan yang sebelumnya tidak didiami. SESARAN adalah proses di mana spesies yang sedia ada digantikan oleh spesies lain .
Pengkolonian berlaku apabila spesies baru mula memasuki dan menetap di suatu kawasan yang kosong atau terbiar. Contohnya, apabila gunung berapi meletus , semua tumbuhan di k awasan berdekatan musnah akibat lava yang panas. Setelah beberapa k etika, apabila lava mula menyejuk, tumbuhan akan mula tumbuh di atas lava yang sejuk. L umut dan paku-pakis akan menjadi antara yang pertama mendiami kawasan tersebut. Tumbuhan-tumbuhan ini disebut sebagai spesies perintis .
Lumut dan paku-pakis itu mampu hidup dan bertoleransi dalam keadaan yang sukar seperti persekitaran berdebu, suhu yang tinggi, kekeringan dan kekurangan nutrien dalam tanah. Spesies perintis ini menyumbang kepada kualiti tanah yang lebih baik dengan menguraikan batu gunung berapi dan mengumpulkan bahan organik dalam tanah. Apabila keadaan tanah lebih baik , spesies tumbuhan lain yang lebih sesuai dengan keadaan tanah yang baru, akan mula tumbuh dengan lebih baik di kawasan tersebut dan perlahan-lahan menggantikan spesies perintis . Spesies yang baru ini dikenali sebagai spesies penyesar .