kmopkbp25
BUTIRAN UMUM KEJOHANAN
Tempat : Stadium Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia
Tarikh : 10/6/2025-Selasa (Sekolah Menengah)
& 11/6/2025-Rabu (Sekolah Rendah)
Masa : 8.00 Pagi - 2 Petang
kmopkbp25
UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-
undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM),
Peraturan-Peraturan Am Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian Pendidikan Khas Kebangsaan,
Peraturan-peraturan International Paralympic
Committee (IPC) dan International Blind Sports
Federation (IBSA), Deaf Lympics dan Peraturan
Am Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
kmopkbp25 KATEGORI DAN HAD UMUR
PESERTA KEJOHANAN
Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi peserta
lelaki dan perempuan. Dua kategori peserta adalah seperti
berikut:
Kategori BD dan BP akan bertanding bersama.
Kurang Upaya Pendengaran : menggunakan singkatan ‘BD’
Masalah Pembelajaran : menggunakan singkatan ‘BP’
Had umur peserta-peserta :
B19 (19 tahun dan ke bawah)
B15 (15 tahun dan ke bawah)
B12 (12 tahun dan ke bawah)
kmopkbp25 KELAYAKAN PESERTA
KEJOHANAN
Kelayakan peserta Kejohanan Olahraga Peringkat Kuala
Lumpur hanya untuk Warganegara Malaysia SAHAJA
Hanya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang
berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2014 di sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan yang berada dalam sistem Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) untuk tempoh sekurang-
kurangnya 3 bulan LAYAK menyertai Kejohanan Olahraga
Pendidikan Khas.
kmopkbp25 KATEGORI DAN HAD UMUR
PESERTA KEJOHANAN
Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam
tahun pertandingan itu diadakan
Lahir pada 2013 layak menyertai kategori bawah 12 tahun
kejohanan pertandingan yang diadakan pada tahun 2025
Lahir pada 2010 layak menyertai kategori bawah 15 tahun
kejohanan pertandingan yang diadakan pada tahun 2025
Lahir pada 2006 layak menyertai kategori bawah 19 tahun
kejohanan pertandingan yang diadakan pada tahun 2025
kmopkbp25
KATEGORI DAN HAD UMUR
PESERTA KEJOHANAN
Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan
dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis
pertandingan dalam masa yang sama
Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan
dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan
umurnya.
Semua peserta perlu mempunyai Kad Pengenalan dan Kad
OKU asal. Sekiranya peserta tiada dokumen tersebut, dokumen
pengenalan sementara atau salinan (yang disahkan) boleh
digunapakai. Sekiranya kesemua dokumen tersebut tidak
dapat disediakan, penyertaan mereka akan digugurkan atau
dibatalkan.
JENIS -JENIS PERTANDINGAN BP/BD KEJOHANAN
Kategori/Acara 100m 200m 400m 800m
Lompat
Jauh
Lompat
Tinggi
Lontar
Peluru
Rejam
Lembing
L12 BP/BD X X - - X -
X
3kg
-
P12 BP/BD X X - - X -
X
3kg
-
L15 BP/BD X - X X X X
X
4kg
X
600g
P15 BP/BD X - X X X X
X
3kg
X
500g
L19 BP/BD X - X X X X
X
5kg
X
700g
P19 BP/BD X - X X X X
X
4kg
X
600g
kmopkbp25
HADIAH-HADIAH KEJOHANAN
Acara Individu : Tempat pertama hingga ketiga.
Anugerah Khas
Atlet Lelaki B12 Terbaik
Atlet Perempuan B12 Terbaik
Atlet Lelaki B15 Terbaik
Atlet Perempuan B15 Terbaik
Atlet Lelaki B19 Terbaik
Atlet Perempuan B19 Terbaik
Juara Keseluruhan Sekolah Rendah
Juara Keseluruhan Sekolah Menengah
kmopkbp25
CARA PERTANDINGAN
KEJOHANAN
Seorang atlet boleh mendaftar 3 acara iaitu 2 acara balapan
dan 1 acara padang sahaja.
Hanya dua atlet dari sekolah yang sama dibenarkan untuk
mendaftar acara yang sama.
kmopkbp25
CARA PERTANDINGAN
KEJOHANAN
Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti
berikut :-
Kategori Individu Balapan Padang
12 tahun ke bawah 3 2 1
15 tahun ke bawah 3 2 1
19 tahun ke bawah 3 2 1
kmopkbp25
CARA PERTANDINGAN
KEJOHANAN
Bagi acara yang kurang daripada TIGA (3) peserta dari DUA
(2) sekolah bagi kategori BP/BD, penyertaan acara tersebut
tidak akan diteruskan dan acara tersebut akan digugurkan.
Permulaan larian bagi acara pecut dengan mula dekam
(crouch start) dengan menggunakan blok permulaan
(starting block) adalah diwajibkan.
Peserta acara balapan wajib menggunakan ‘spike’. Paku
‘spike’ yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm untuk acara
balapan dan 9mm untuk acara padang. Hanya acara 800m,
lontar peluru, lompat jauh dan rejam lembing dikecualikan
dari pemakaian ‘spike’.
kmopkbp25
CARA PERTANDINGAN
KEJOHANAN
Acara Lompat Tinggi BD dan BP. Ukuran tinggi permulaan
palang bagi acara lompat tinggi:
Kategori B15 dan B19 lelaki BD dan BP: 1.20 meter
Ketinggian palang : 1.20, 1.24, 1.28, 1.32, 1.36. 1.40, 1.44. 1.48, 1.52
1.56, 1.60 dan seterusnya dengan kenaikan 4cm.
Kategori B15 dan B19 perempuan BD dan BP: 0.90 meter
Ketinggian palang : 0.94, 0.98, 1.02, 1.06, 1.10, 1.14, 1.18., 1.22, 1.26,
1.30, 1.34 dan seterusnya dengan kenaikan 4cm.
kmopkbp25
TARIKH PENTING KEJOHANAN
kmopkbp25
PENDAFTARAN KEJOHANAN
Pendaftaran peserta hendaklah selesai SATU ( 1 ) minggu
sebelum kejohanan berlangsung dengan menggunakan BORANG
PENYERTAAN RASMI (SMIS) yang dihantar oleh Jawatankuasa
Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan.
kmopkbp25
PENARIKAN DIRI SEMASA
KEJOHANAN
Jika didapati seseorang peserta telah disahkan
penyertaannya semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan,
tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI
jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera
dari Pegawai Perubatan Kejohanan, peserta berkenaan tidak
akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.
kmopkbp25
PENARIKAN DIRI SEMASA
KEJOHANAN
Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana
acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh
menggambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang
didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada
Pengurus Kejohanan.
kmopkbp25
MELAPOR DIRI PESERTA
KEJOHANAN
Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-
kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi
acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan
berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat
pertandingan oleh Penyelia Peserta / Marsyal.
Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus
kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan melainkan
telah didaftar terlebih dahulu atas acara tersebut dan acara
berlangsung pada masa yang terlalu hampir.
kmopkbp25
MELAPOR DIRI PESERTA
KEJOHANAN
Namun perkara 8.1 dan 8.2 masih tertakluk di bawah budi
bicara Pegawai Teknik dan Refri Kejohanan sekiranya berlaku
perkara yang tidak diduga ataupun atas sebab yang
munasabah.
Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-
nombor mereka mesti disematkan dengan pin setiap 4
penjuru di baju lari masing-masing dihadapan dan
dibelakang kecuali bagi acara lompat tinggi dan lompat jauh
di mana peserta hanya pemakaian nombor dibahagian
hadapan.
kmopkbp25
PENENTUAN ATLET TERBAIK
KEJOHANAN
Atlet terbaik lelaki dan perempuan mengikut kategori bagi
setiap kumpulan umur:
Atlet terbaik lelaki dan perempuan mengikut kategori bagi
setiap kumpulan umur:
BP/BD - Lelaki/perempuan bawah 12.
BP/BD - Lelaki/perempuan bawah 15.
BP/BD - Lelaki/perempuan bawah 19.
kmopkbp25
PENENTUAN ATLET TERBAIK
KEJOHANAN
Hadiah atlet terbaik akan diberi berdasarkan jumlah pungutan
pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.
Sekiranya jumlah pingat emas individu sama, pungutan
pingat perak dan seterusnya gangsa dalam acara individu
akan diambil kira.
Sekiranya masih sama, skor mengikut acara akan diambil kira.
kmopkbp25
PIALA JUARA PUSINGAN
KESELURUHAN KEJOHANAN
Juara pusingan keseluruhan sekolah bagi kategori BP/BD akan
ditentukan dengan jumlah pungutan pingat EMAS dalam
kategori berkenaan. Jika pungutan EMAS sama maka
pungutan PERAK dan seterusnya GANGSA akan diambil kira.
Piala akan diberikan untuk johan kategori BP/BD bagi sekolah
rendah dan sekolah menengah.
kmopkbp25
HURUF DAN NOMBOR
PENGENALAN DIRI PESERTA
Setiap sekolah perlu menetapkan dan menyediakan nombor
bib bagi setiap peserta mengikut kod yang yang telah
ditetapkan.
Warna kain dan nombor:
Kategori umur B12 - Nombor warna biru atas kain putih
Kategori umur B15 - Nombor warna merah atas kain putih
Kategori umur B19 - Nombor warna hitam atas kain putih
HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA
HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA
HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA
kmopkbp25
BANTAHAN KEJOHANAN
Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan (status)
seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan
memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan.
Perkara tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa
Penganjur kemudian.
Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang
sedang dijalankan, hendaklah dilakukan dengan serta merta
dan tidak lewat daripada:
30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-
acara peringkat akhir.
kmopkbp25
BANTAHAN KEJOHANAN
Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan
dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00. Sekiranya
bantahan berjaya, wang pertaruhan akan dipulangkan semula.
Sekiranya gagal, wang pertaruhan tidak akan dipulangkan.
KMOPKBP25
SILA HUBUNGI
PN SYAHIDA
0133456346
PERKARA
PENTING
UNTUK URUSAN PENDAFTARAN SMIS